webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Puak Hamster Marah

編集者: EndlessFantasy Translation

Jelas sekali, kata-kata Mu Qingran itu telah membuat hamster-hamster itu marah. Semua hamster pencari emas itu merenung dia seolah-olah ingin menelan dia hidup-hidup.

Dengan tangan mencekak pinggang dan dagu mendongak angkuh, Teh Susu berjalan di antara hamster-hamster itu dan berhenti di depan Mu Qingran, kaki kecilnya memijak jari kaki Mu Qingran.

"Nyawa kami murah? Kalau begitu biar saya beritahu kamu, di mata kami, satu nyawa hamster jauh lebih berharga berbanding nyawa kamu semua!"

Selepas berkata begini, Teh Susu menoleh ke belakang dan mengenyitkan mata pada Meng Meng, seakan menunggu dipuji.

Meng Meng tersenyum manis padanya. Senyuman Meng Meng bagaikan sinaran matahari, terus menghangatkan hati Teh Susu dan membuat jantungnya berdegup laju.

"Saya akan beri kamu satu peluang. Bebaskan saudara hamster saya, kalau tidak saya akan makan kamu hidup-hidup sehingga tiada sisa mayat kamu."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください