webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Merawat Penyakit (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tabib Dewa, tidak kira apa, saya sudah sangat bersyukur kamu sudi selamatkan anak saya." Lelaki itu kembali tersedar dan satu senyuman perit menghias bibirnya. "Kalau memang tiada cara untuk selamatkan dia maka hanya boleh dikatakan yang ia memang sudah takdirnya."

Orang tua itu tidak lagi berkata apa-apa. Dia perlahan berjalan ke katil itu lalu perlahan menyentuh nadi gadis muda itu. Keningnya yang asalnya berkerut menjadi semakin ketat.

"Saya sudah lama tahu keadaannya tidak baik, tetapi saya tidak sangka ia begini serius! Sekarang ini, organ dalamannya sudah rosak dan melainkan ada orang sudi mendermakan organ mereka, ia mustahil untuk selamatkan dia."

Hati lelaki itu menggeletar sambil matanya perlahan tenggelam. Setelah beberapa ketika, seolah-olah membuat keputusan penting, dia mengetap giginya lalu berkata, "Tabib Dewa, bolehkah saya derma organ saya."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください