webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Ling Yao Dibelasah (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Mendengar ugutan Xiao Jing itu, Yun Luofeng menjawab dengan tindakan.

Splak!

Sekali lagi, tangan Yun Luofeng menampar muka Ling Yao. Dalam sekelip mata, pipi Ling Yao terus bengkak dan membuat dia kelihatan seperti khinzir. Ia terlalu sakit sehingga dia tidak mampu berkata walau pun sepatah. Dia merenung Yun Luofeng dengan mata merahnya yang penuh dengan air mata kemarahan. Jika renungannya itu mampu membunuh, mungkin Yun Luofeng sudah tercincang.

Walaupun Xiao Jing mampu mengawal kemarahannya, dia tetap menjadi terlalu marah terhadap Yun Luofeng sehingga dia hampir terbakar dan wajah hitam dengan kemarahan.

"Jangan salahkan saya jika saya jadi kurang ajar kalau kamu terus-terus mencabar kami!" Xiao Jing menggenggam penumbuknya lalu meluru ke arah Yun Luofeng, niat membunuh jelas berkilau pada matanya yang ganas.

BOOM!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください