webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Lin Ruoxin Menempah Maut (8)

編集者: EndlessFantasy Translation

Mata Lin Ruoxin tertunduk dan cahaya dingin berkilau pada matanya. Apa yang ayahnya katakan itu benar. Apa yang sepatutnya miliknya akan tetap jadi miliknya dan tiada siapa boleh merampasnya!

"Ruoxin," Wajah Lin Yuan semakin lembut ketika dia bercakap, "Percayalah, hal ini tiada kaitan dengan kamu dan kamu tidak perlu bertanggunjawab! Ayah akan sokong kamu!"

Lin Ruoxin mendongak tapi masih ada rasa bersalah dalam matanya. "Tapi Ayah, ini memang salah saya dan kalau saya tidak guna kematian saya untuk meminta maaf, hati saya tidak akan tenteram."

Mungkin disebabkan kelakuan ganas Yun Xiao hari ini, orang lain tidak berani berkata apa-apa di depannya. Namun, mata mereka jelas penuh dengan cemuhan ketika mereka semua memandang Yun Luofeng.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください