webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Hukuman (6)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tuan Muda Yun Xiao, tolong saya. Kalau kamu rela selamatkan saya, saya sanggupjadi hamba kamu sepanjang hidup saya.

Pada pandangan Ye Xiaoyue, tidak kira betapa kuat pun Yun Luofeng, dia tetap harus dengar cakap suaminya! Jadi dia tidak merayu kepada Yun Luofeng, sebaliknya dia meminta tolong daripada Yun Xiao.

Sekiranya lelaki biasa yang melihat wajah sedih dan penuh simpati Ye Xiaoyue itu, mungkin hari mereka akan cair dan bertindak menyelamatkan dia. Malangnya, dalam dunia Yun Xiao, dia hanya ambil berat seorang perempuan sahaja iaitu Yun Luofeng. Yun Xiao tidak akan pandang pun perempuan lain walaupun perempuan itu dibunuh di depan matanya. Bagaimanapun, kalau Yun Luofeng mengalirkan setitis air mata, dia pasti akan berasa kesal dan sedih selama beberapa hari…

"Qin Yuan, apa yang kamu tunggu lagi? Heret perempuan ini keluar! Saya tidak mahu tengok dia lagi di sini." Suara Yun Xiao sangat dingin dan kejam.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください