'Kad jemputan?'
Yun Luofeng terpegun dan memandang Lin Ruobai. "Kita perlukan kad jemputan untuk sertai Pertandingan Tabib?"
Kenapa Tian Ya tidak beritahu dia? Sebenarnya, Tian Ya sendiri tidak sangka Pertandingan Tabib akan diadakan awal. Tian Ya fikir masih ada masa untuk beritahu selepas Yun Luofeng pulang, jadi dia tidak beritahu Yun Luofeng hari itu.
Lin Ruobai terkejut dan menggeleng kepalanya. "Saya tidak tahu apa-apa."
Mendengar kata-katanya, Yun Luofeng bermuram. Jika dia tahu awal-awal, dia patut pergi ke Pavilion Perubatan dan pergi ke Persatuan Tabib bersama mereka.
Dengan wajah yang gelap, pengawal itu berkata dengan dingin. "Kalau kami tiada kad jemputan, sila pergi."
Dia sudah jumpa terlalu ramai orang seperti Yun Luofeng yang hendak curu-curi masuk ke dalam Persatuan Tabib! Jadi tiada siapa yang akan lalu di gerbang itu tanpa kad jemputan!
"Yun Luofeng?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください