webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · 幻想
レビュー数が足りません
1241 Chs

"Lepaskan saya!" Wajah Yun Luofeng muram dan dia menepis tangan Bai Su.

Gadis itu menjerit dengan kuat, matanya "berkilau dengan cahaya dominan dan keyakinan juga… penuh dengan cemuhan terhadap Bai Su.

Kilauan gelap bersinar pada mata Bai Su dan senyuman pada wajah tampannya beransur hilang. Dia merenung Yun Luofeng lalu menyeringai, "Khabarnya waris perempuan Kediaman Jeneral sangat miang dan selalu menggoda pengawalnya. Saya sangka saya mampu buat kamu sertai Keluarga Bai dengan wajah saya yang menggiurkan ini! Malangnya, saya silap, kamu tidak tertarik dengan penampilan tampan saya ini."

Yun Luofeng mengangkat kening. "Jadi?"

Sepanjang hidupnya, dia tidak akan menggoda mana-mana lelaki selain Yun Xiao.

"Semakin kamu tolak saya, semakin tertarik saya terhadap kamu."