webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Ancaman? (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kamu…" orang tua itu terpegun, kebingungan memandang Yun Luofeng dan wajah kelihatan tidak percaya. "Bagaimana kamu boleh berada di hadapan saya?"

Dia telah jauhkan jarak di antara mereka sebentar tadi, jadi bagaimana Yun Luofeng muncul di hadapannya sebaik sahaja dia hilang tumpuan?

Merenung orang tua yang terkejut itu, Yun Luofeng mengangkat bahu dan berkata, "Saya cuma bermain-main dengan kamu tadi."

Memberikan orang tua itu harapan lalu menghancurkannya. Ini adalah balasan untuk orang itu!

Boom!

Serangan rohani menghentam minda orang tua itu lagi.

Bagaimanapun, orang tua itu lebih kuat, jadi dia tersedar dalam sekelip mata. Tetapi sekelip mata itu sudah cukup untuk kaki Yun Luofeng menghentam muka orang tua itu, membuat dia terundur beberapa langkah. Geseran pergerakan kaki Yun Luofeng itu telah menghasilkan percikan api di udara.

"Yun Luofeng!" wajah orang tua itu merah kemarahan. "Kamu tahu menggunakan serangan rohani?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください