webnovel

Ini Kisah Kita

Jika lazuli mampu mengucup lensa dengan kilauannya...biarkan hikayat terbuka dengan wadah dan cinta.

levonuts · ファンタジー
レビュー数が足りません
23 Chs

lapisan_4|silent

The best thing to hold onto in life is each other.

-Audrey Hepburn

******

Aku merenung kosong almari kaca. Lebih tepat lagi...ke arah sebuah frame gambar yang diselitkan dengan kelopak ros merah hitam yang layu. Layu dengan arus masa. Layu kerana dunia. Layu kerana manusia yang menyimpan kecantikannya di sebalik dinding berkaca. Sama seperti aku.

         "Alya....nightmare again?"

Suara garau dari belakang. Dalam masa yang sama, badan aku dipeluk dan bahu aku memberat dengan lekuk dagu dia yang meruncing tajam. Perlahan-lahan aku mengangguk. Si dia yang melihat aku dari sebelah, terus menghela nafas berat.

          "Jangan pernah putus asa,alya. Allah ada sentiasa. Dengan sesiapa yang terus meminta. If Allah wants to do good to somebody, he afflict her with trials. Allah sayangkan alya dengan beri alya ujian."

Lembut suara dia memujuk. Perlahan-lahan dia menunduk dan bibir dia berlabuh lama atas kepala aku. Tenang. Tapi sepatah pun bait tak terkeluar dari bibir aku. Cuma mata aku terpejam. Letih dan haus dengan takdir.

         "put your trust in God and he will give you the best."

Aku masih terdiam. Cuma kotak fikiran aku melayang. Aku terfikir. Betul ke Allah sayang aku? Dengan semua yang dia ambik....betul ke dia sayang aku? Aku mengeluh. Tangan dia yang melingkar erat pinggang aku, aku tolak lembut. Dan aku terus melangkah ke bilik yang gelap dan sunyi.

Aku tak perlukan cahaya. Sebab bila ada cahaya.....mesti ada gembira. Dan aku....alya qaisara....aku tak perlu rasa bahagia. Aku tak nak rasa gembira.

Aku...

Tak nak sesiapa..

Ada dengan aku...

Aku tak nak....

Sesiapa kisah dengan kewujudan aku..

Tapi dia...

       "Alya..."

Tangan kecil aku diraih dan digenggam erat dalam tangan dia yang besar.

        "Kita...kena sentiasa percaya pada qada dan qadar. Sebab Allah....sebijak-bijak perancang.....dan setiap apa yang berlaku ada sebab...yang hanya Dia tahu."

Perlahan suara dia. Aku tahu...dia risau dengan keadaan aku. Aku....memang menyusahkan dia. Kolam mata aku berkaca. Perlahan-lahan aku mengangguk sebelum kaki mula melangkah. Tapi dia....tetap tak lepaskan aku. Badan aku dia tarik ke dalam pelukan. Lama. Sehingga aku terlelap.

Dia....memang seorang lelaki yang menenangkan. Dia ibarat cahaya yang menerangkan gelap. Dan aku sangat sesuai dengan gelap. Hidup aku sangat membosankan.....dan aku tak perlu cahaya dari dia. Dia....firdaus hazeki.

*****

Mata aku memerhati sekeliling. Kawasan yang penuh dengan cahaya dan bunyi. Badan aku mula menggeletar. Lagi kuat dan hebat...bila mata aku jatuh pada kereta hitam yang meluncur laju. Lebih tepat lagi...pada perempuan yang berbaju kurung. Perempuan kecil tu tengah senyum dan ketawa. Si abang di sebelah....tak habis-habis geletek si adik.

Di tempat pemandu...ada si ayah. Yang tersenyum sambil sesekali mata dia kerling ke sebelah. Ke arah si ibu yang ketawa.

Nafas aku sesak.

Tolong....

Berhenti dari ketawa...

Jangan gembira....

Jangan...

Aku cuba menjerit...tapi seolah kerongkong aku disumbat sesuatu yang keras. Sampaikan aku hanya mampu berdiri dan menggigil dari jauh. Kolam mata aku kembali pada perempuan kecil. Muka dia sangat gembira. Dan bibir pink basah dia yang sentiasa dihias dengan senyuman.

          "Abang....alya dah dapat 9 A...abang happy tak?"

Si perempuan lama merenung si abang. Jari kecil dia mula mengambil sehelai kertas dan ditayang pada si abang. Slip keputusan spm.

Nafas aku sesak. Dada aku sempit. Sangat sempit dan memaksa empangan air mata aku untuk pecah. Mata aku tak berkelip pada mereka. Pada reaksi si abang. Si abang yang tersenyum sambil sebelah tangan mengusap sayang kepala si adik.

         "Mesti lah happy.."

         "Happy aje...abang tak sayang alya?"

Si adik dah memuncung. Sebelah tangan ligat menyimpan slip tadi ke dalam beg sandang. Muka dia yang putih melepak dah memerah.

         "Ya allah....alya kan adik abang...abang mesti lah sayang....kalau abang mati...abang nak adik abang ada dengan abang."

Si abang tersenyum. Bahu si adik dia peluk erat.

Tuhan...

Tolonglah....

Kalau ni cuma mimpi....

Kejutkan aku....

Aku melorot jatuh ke atas jalan. Perlahan-lahan aku bawa lutut ke dada. Empangan air mata aku terus pecah dan pecah. Sehingga pipi aku basah dengan air mata. Kedua-dua tangan aku lekapkan ke telinga. Kuat.

Aku tak nak dengar..

Tolonglah...

Aku tak nak dengar semua ni....

              "Ishh...jangan lah cakap macam tu....alya tak nak abang mati.." si adik mula lekapkan tangan pada telinga. Kolam mata dia pun mula berkaca.

            "Mati tu pasti alya...."

           "Alya tahu...tapi alya tak nak dengar...alya sayang abang..."

         "Ya Allah....kenapa nangis ni...alahai...kita happy-happy nak celebrate result dia...dia nangis pulak..." Si abang ketawa. Sebelah tangan dah sibuk tarik hidung comel si adik hingga merah.

        "Abanglah.."

         "Ishh...manja laa adik abang ni.."

          "Biasa laa man...adik eman memang manja. Manja sangat...lagi-lagi dengan abang. Dengan ma dia tak manja pun.." suara si ibu.

         "Mama! Alya sayang mama!"

        "Papa?" Si ayah pun sama. Nak mengusik perempuan kecil tadi yang dah tayang muka masam.

       "Mestilah!"

Dan mereka ketawa. Terus ketawa. Seolah mereka keluarga yang sangat gembira. Sangat.....hingga satu saat....kereta hitam mula melanggar penghadang jalan.

Dan.....stretttttt...

Yang tinggal...

Hanya lah.....kaca yang pecah.

Darah yang melimpah..

Dan jasad yang kaku....

  

Aku yang memerhati dari jauh diam dan terus rebah. Yang tinggal hanyalah aku. Aku yang masih hidup. Hidup dalam memori silam. Dan aku cuma perempuan bisu. Lemah! Lembik! Banyak kekurangan! Jadi.....boleh ke aku terus bahagia? Atau...lebih elok....

Aku mati?

Dan bila aku buka mata...

Aku tak ada sesiapa.

Aku tak ada mama.

Aku tak ada abah.

Aku tak ada abang.

Tuhan dah ambik mereka. Tuhan lebih sayangkan mereka. Dan tuhan gantikan semua tu dengan firdaus. Sepupu aku sendiri. Aku ingat lagi...bila aku bangun dari lena.....hanya ada kelibat mak su dengan pak su yang sibuk jaga aku di hospital. Aku sebatang kara. Tak ada sesiapa....sebab tu..mak su suruh aku tinggal saja dengan dia sekeluarga. Dan...untuk elakkan fitnah....firdaus kahwin dengan aku.

Kahwin dengan aku.

Kahwin dengan seorang perempuan bisu.

Sedangkan firdaus sangat sempurna.

Tak ada cacat cela...

Dia baik...sangat baik.

Jadi....layak ke aku....perempuan yang penuh kekurangan ni....berdiri di samping dia?

            

******