"Aku dah save number aku dalam phone kau, call je kalau kau ada masalah ke dalam bahaya ke apa ke. Faham??" Ujar lelaki tidur itu dan disambut dengan anggukan daripada Myra.
"Kau masuk rumah dulu, then kau masuk bilik kau. Kau tengok sepintas lalu je ibu bapa kau. Then, kau masuk dalam bilik kau and kunci. Bila dah sampai kau call aku. Aku tunggu lima minit dekat sini kalau kau tak call, aku masuk dalam rumah kau. Kalau ada apa-apa jadi dekat ibu kau jerit je, nanti aku masuk untuk tolong kau. Faham?" Arah lelaki tidur dengan panjang lebar.
Myra hanya menganggukkan kepalanya sahaja lalu menundukkan badannya sebanyak 90° untuk menunjukkan bahawa dia berterima kasih kepada dua orang lelaki itu.
Dia memasuki ke dalam rumahnya lalu menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada di aras dua, semasa di dalam perjalanan ayahnya menarik tudungnya sehingga tudungnya terkoyak kerana daya yang dikenakan sangat kuat, Myra pula terjatuh ke lantai kerana tidak dapat mengimbangi badannya setelah tudungnya ditarik oleh ayahnya.
Dia melihat ke arah ibunya yang sedang menahan sakit dipukul oleh ayahnya. Dia dapat melihat muka dan tangan ibunya dipenuhi dengan lebam dan darah. Dia memberitahu ibunya supaya masuk ke dalam biliknya melalui pandangan mata.
Ibunya yang faham dengan isyarat itu menggelengkan kepalanya kerana dia tidak mahu anaknya itu menerima pukulan daripada suaminya seperti yang dia telah dapat. Myra pula memberi isyarat mata supaya mengikut arahannya sahaja. Ibunya yang tidak berdaya hanya mengikut arahan anaknya sahaja.
Myra pula menggunakan masa itu untuk mengalih perhatian ayahnya supaya ibunya dapat memasuki ke dalam biliknya tanpa ada halangan daripada ayahnya.
Myra melarikan dirinya ke arah bilik bacaan ayahnya yang berada berhampiran dengan tangga ke biliknya, begitu juga dengan ayahnya.
Setelah tiba di bilik bacaan ayahnya Myra menyembunyikan dirinya di belakang pintu bilik itu, ayahnya yang baru sahaja tiba memanggil-manggil namanya dengan suara yang sangat lembut kemudian ayahnya memanggilnya dengan suara yang keras.
Myra yang berada di belakang pintu menggigil ketakutan.
"Hish!! Dia keluar ikut tingkap!!" Ujar ayah Myra setelah terlihat tingkap di biliknya terbuka lalu berlari menuju ke luar rumah.
Myra yang telah merasakan dirinya berada di dalam keadaan selamat keluar daripada tempat persembunyiannya.
Tiba-tiba dia merasakan pipinya ditampar oleh seseorang dan terjatuh ke lantai kerana tamparan itu sangat kuat. Bibirnya telah pecah dan mengeluarkan darah yang banyak.
Dia membuka matanya dan terkejut kerana ayahnya berada di hadapannya.
"Hahaha, aku ingatkan kau pandai sangat. Rupa-rupanya kau bodoh macam mak engkau. Anak dengan anak-anak sama je. Menyusahkan aku. Aku hantar kau ke sekolah suruh kau belajar supaya kau pandai, jadi macam aku. Usahawan bekerjaya, tapi kau jadi macam mak kau. BODOH!!!" Bebel ayahnya yang seperti orang gila.
"Ma...macam mana ayah bo...bo...leh ada dekat sini??" Soal Myra dengan tersekat-sekat kerana dikuasai oleh ketakutan.
"Kau tahu tak apa itu lakonan??? Well semua itu lakonan, tak sangka pulak kau percaya. Hahaha." Jawab ayahnya dengan bersahaja.
"Meh sini kau." Ujar ayah Myra lalu mendekati kemudian menolak Myra hingga dia terjatuh ke atas lantai. Ayahnya mengambil kesempatan itu dengan menindih badan Myra lalu mengoyak baju Myra sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya. Nasib Myra amat baik kerana dia mempunyai tabiat memakai classique nursing inner black.
Myra yang cuba untuk melepaskan dirinya mencari peluang untuk membuat sesuatu. Matanya telah mengeluarkan air mata yang tidak dapat dikira lagi.
Tiba-tiba terdapat satu bayangan yang menyepak ayahnya sehingga ayahnya terpelanting ke tepi bilik itu.
Myra yang terkejut dengan perkara itu berdiri kaku di tempatnya tanpa melakukan apa-apa. Tiba-tiba kepalanya di letakkan oleh sesuatu dan diikuti oleh suara sesorang yang menyuruhnya untuk memakai benda itu. Dia melihat ke atas untuk melihat objek itu dan mendapati objek itu adalah tudung lalu mengambil tudung itu kemudian memakainya.
Setelah memakai tudung dia melihat ke arah lembaga yang berada di tepinya tetapi lembaga itu sudah tiada.
Tiba-tiba bilik itu menjadi cerah kerana lampunya telah di buka sekarang oleh seseorang. Myra melihat ke arah tempat letaknya suis untuk membuka lampu.
Setelah melihat gerangan lembaga itu Myra memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi kerana telah mengurniakan sesuatu untuk menyelamatkannya sambil berjalan mendekati lembaga yang menekan suis lampu.
"Apa masalah kau? Anak sendiri pun nak ajak buat benda terkutuk ke?!?! Dasar takde maruah!" Marah lembaga yang telah menyepak ayah Myra tadi dan dia juga lah lelaki tidur.
"Kau ni sapa hah? Lantak aku la nak buat apa pun. Apa hak kau,hah? Nak tunjuk Hero dekat sini pulak! Ke kau dah try anak aku ni? Sebab tu aku tengok dia berdandan macam pelacur!" Bebel ayah Myra yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Myra yang mendengarnya mengeluarkan air matanya padahal dia baru sahaja berhenti menangis. Lelaki yang menutup lampu iaitu lelaki berkaca mata memegang bahu Myra tanda memberi semangat.
"Lisan kau tu jaga sikit! Jangan tuduh orang lain sedangkan benda tu terjadi dan kau yang lakukan!!" Marah lelaki tidur.
Lelaki berkaca mata menyuruh Myra masuk ke dalam biliknya dan jangan keluar selagi mereka tidak panggil. Myra hanya mengikuti arahan itu.
Ayah Myra berjalan menuju ke arah almari laci yang menempatkan pistol untuk keselamatan sementara dia bercakap dengan lelaki tidur.
Setelah sampai di hadapan almari dia membelakangkan almari lalu mengambil pistol di dalam laci secara perlahan-lahan.
Dia mengacukan pistol itu ke kepala lelaki tidur dengan berharap lelaki tidur itu akan takut kepadanya malangnya lelaki tidur itu semakin mendekatinya setapak demi setapak dan berhenti kira-kira satu depa di antara dia dan Ayah Myra.
Lelaki tidur itu memegang hujung muncung pistol lalu memusingkannya sekaligus membuatkan tangan ayah Myra tergeliat kerana dia memegang pistol itu dengan terlalu ketat. Pistol itu pula terpelanting di tepi almari bukunya.
Lelaki tidur yang sudah bersiap-sedia melancarkan serangan tumbukan berpandu ke arah muka ayah Myra.
"Stop!!!" Jerit Myra dengan lantang, berharap agar lelaki tidur tidak mencederakan ayahnya. Walaubagaimanapun lelaki itu tetap ayahnya.
Lelaki tidur yang mendengar jeritan itu berhenti dengan serta-merta sambil memandang tajam ke arah ayah Myra manakala ayah Myra mempersendakannya.
"Kenapa?? Kau takut ke?? Takut nak pukul aku??? Hahahaha. Kesian, penakut jugak engkau rupanya." Ujar ayah Myra yang berpura-pura berani.