webnovel

Kawan lama

Encik Ikmal dan isterinya tiba di sebuah gerai makan kepunyaan pak ayub yang merupakan salah satu jiran ayah encik Ikmal. Encik Ikmal menarik nafas lalu memulakan langkahnya ke gerai pak ayub dengan bacaan bismillah sambil ditemani isterinya yang berada di sampingnya.

Encik Ikmal memberi salam pada pak ayub sambil menyalam tangannya sebagai tanda hormat. Encik Ikmal meminta pak ayub agar meminjamkannya beberapa minit kerana dia mahu menanyakan soal kerja kosong sekiranya ada. Namun begitu, nasib encik Ikmal tidak begitu beruntung kerana gerai pak ayub tidak memerlukan pekerja lagi disebabkan pekerja yang berada di sana sudah banyak.

Dengan perasaan yang kecewa, encik Ikmal menyalam tangan pak ayub sambil mengucapkan terima kasih kerana sudi meminjamkan masanya. Encik Ikmal dan isterinya meneruskan perjalanan untuk mencari kerja di tempat yang lain. Puan Zia terus menyemangati suaminya supaya terus bersemangat untuk mencari kerja.

Di rumah ayah encik Ikmal, Rykal sedang sibuk mencuba membaca al-quran sambil ditemani oleh datuknya. Setelah selesai membaca al-quran, Rykal pergi bermain di luar bersama kawan kawannya yang berada di kampung itu.Rykal begitu seronok sekali bermain bersama kawannya itu sampai dia tidak mendengarkan panggilan dari datuknya.

Setelah mengetahui bahawa datuknya sedang memanggil, Rykal terus bergegas masuk ke dalam rumah menuju pada datuknya. Rykal meminta maaf kepada datuknya kerana tidak mendengarkan panggilnya. Datuknya tidak terlalu mengambil hati soal itu, datuknya cuma mahu Rykal tolong menyiramkan pokok bunga datuknya nanti.

Berbalik kepada encik Ikmal dan isterinya,sudah lama mereka mencari kerja kosong namun tidak menjumpainya. Encik Ikmal dan isterinya pergi berehat di sebuah gerai sambil menikmati minuman. Kemudian, mereka di sapa oleh encik hamid yang merupakan anak ketua kampung di situ. Puan Zia sungguh teruja apabila melihat encik hamid kerana dia sudah lama sekali tidak berjumpa dengannya. Melihat isterinya yang begitu rapat dengan encik hamid, encik Ikmal mula merasakan seperti dirinya cemburu namun dia hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana dia menganggap isterinya dan encik hamid hanya sekadar kawan rapat.

Encik hamid bertanya apa yang dilakukan encik Ikmal dan isterinya di kampung ini. Setelah mendengar penjelasan encik Ikmal, encik hamid sedia membantu encik Ikmal untuk mendapatkan kerja. Mendengar hal itu, encik Ikmal terus menyalam tangan encik hamid sambil mengucapkan terima kasih pada encik hamid kerana sudi membantu.Encik hamid memberi nombornya ke encik Ikmal supaya dia boleh menghubunginya nanti.

Selepas itu, encik Ikmal dan isterinya menuju ke kenderaannya untuk pulang. Encik hamid mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sambil memberi senyuman manis pada puan zia. Melihat hal itu, encik Ikmal menegur encik hamid dengan nada yang tegas lalu pergi dari gerai itu.

BERSAMBUNG.....