Akibat dari peristiwa itu, Rykal tidak dapat untuk melelapkan matanya. Dia teringat akan masa lalunya bersama ibu dan ayahnya itu.Di samping itu,encik Ismail sedang memarahi tiga orang pengawalnya itu dengan nada yang perlahan kerana dia tidak mahu membuat Rykal dan encik Ikmal terbangun dari tidurnya. Encik Ismail sangat kecewa dengan pengawalnya itu kerana tidak mampu menandingi budak mentah seperti Rykal.Mendengar hal itu, seorang pengawal itu berkata bahawa Rykal sangat mahir dalam seni bela diri sehingga mereka tidak mampu menandinginya.Encik Ismail tidak menerima alasan itu dan menyuruh pengawalnya mengakui bahawa mereka memang lemah.Encik Ismail seketika terdiam dan menyuruh ketiga pengawalnya itu untuk pergi.
Keesokan paginya,Rykal bersiap siap untuk pergi ke sekolah.Sebelum dia pergi ke sekolah, dia bersarapan bersama ayahnya dan encik Ismail."Nanti dekat sekolah belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu". Kata encik Ikmal kepada anaknya itu. "Baik ayah". Balas Rykal.Encik Ismail memberitahu bahawa pagi ini jalan sedang jem dan Rykal mungkin akan terlambat untuk ke sekolah.Oleh sebab itu,encik Ismail menyuruh pengawalnya untuk menghantarkan Rykal ke sekolah dengan menaiki helikopter.Rykal sangat terkejut mendengar hal itu kerana dia belum pernah pergi ke sekolah menaiki helikopter.Rykal sempat menolak dan memilih untuk tetap menaiki kereta namun encik Ismail meyakini Rykal untuk menaiki helikopter ke sekolah.Rykal berkata dimana helikopter itu akan mendarat mengingat kawasan persekolahannya itu, tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mendaratkan helikopter.
Encik Ismail hanya tersenyum dan berkata bahawa semuanya telah dirancang dan Rykal tidak perlu khawatir.Singkat cerita, Rykal pun bertolaj ke sekolah menaiki helikopter kepunyaan encik Ismail.Encik Ikmal menemani anaknya itu kerana dia tahu bahawa anaknya takut akan ketinggian.Rykal memberanikan diri untuk melihat ke luar tingkap. Dia sangat terpesona melihat pemandangan di pagi itu.Setelah beberapa minit menaiki helikopter, Rykal pun tiba di sekolahnya. Pengawal encik Ismail yang mengemudi helikopter itu mendaratkan helikopter itu di padang sekolah Rykal.Rykal menjadi perhatian pelajar di sana kerana dia datang menaiki helikopter.Selepas itu, Rykal mula melangkahkan kakinya untuk masuk ke sekolah itu dengan perasaan gembira dan gementar kerana dia bakal berjumpa dengan kawan baru.
Semasa Rykal tiba di perhimpunan, semua pelajar melihat ke arahnya.Rykal hanya tersenyum malu dan berjalan menuju barisan kelasnya. Singkat cerita, semua pelajar telah pergi ke kelas masing masing dalam keadaan teratur.Di kelas pula, Rykal disambut ramah oleh semua pelajar di kelas itu.Tanpa di duga,Putra juga bersekolah di situ dan dia juga merupakan rakan sekelas Rykal. Rykal sangat gembira mendapati kawan baiknya ada bersama dengannya dan itu membuatnya semakim semangat untuk belajar.Selepas itu, guru kelas itu pun tiba.Semua pelajar bangun dan memberi salam kepada guru kelas itu.Guru kelas itu meminta Rykal untuk memperkenalkan dirinya. "Hai..ermm nama saya Muhammad Rykal bin Ikmal.. Korang boleh panggil saya Rykal".Kata Rykal kepada kawan sekelasnya."Baik terima kasih Rykal.. Nama cikgu ialah cikgu Aisyah". Balas Guru kelas itu kepada Rykal.
BERSAMBUNG.....