Singkat cerita, datuk Rykal telah selamat dikebumikan oleh orang kampung.Rykal sungguh bersedih atas pemergian datuknya itu.Walaupun sebenarnya dia amat marah kepada datuknya selepas mendapat tahu bahawa datuknya merupakan ayah kandungnya sendiri. Namun, Rykal tetap menyayangi datuknya yang melayaninya dengan sungguh baik dan mengambil berat tentang dirinya.Penduduk kampung menyemangati Rykal agar tidak terlalu lama berduka atas pemergian datuknya itu. Mereka juga menyuruh Rykal untuk menginap di rumah ibunya. Hal ini kerana di rumah datuknya sudah tidak ada siapa siapa lagi.Rykal berterima kasih kepada penduduk kampung yang menyemangatinya dan berkata bahawa dia akan tetap tinggal di rumah datuknya itu.
Beberapa hari kemudian, Rykal pergi ke sungai bersama Putra yang telah sembuh dari luka yang didapatinya tempoh hari. Sewaktu mereka sedang melihat suasana di sungai itu, Putra bertanya kepada Rykal tentang siapakah dalang dibalik pembunuhan datuknya itu."Rykal..agak-agaknya siapa orang yang bunuh atuk kau tu?" tanya Putra." Entahlah.. aku pun tak tahu siapa... Setahu aku, datuk aku mana ada musuh dan orang kampung sangat menyukainya". Jawab Rykal."Tapi kau ada cakap dengan aku yang cik Hamid yang jaga atuk kaukan? tapi mana dia waktu tu?. Tanya Putra."aku rasa macam ada benda yang tak kena ni". Kata Rykal.
Selepas itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.Sewaktu Rykal berjala untuk pulang ke rumah, dia tiba tiba ditegur oleh seseorang.Dia menoleh ke belakang dan mendapati bahawa suara itu merupakan suara encik Ikmal.Rykal terdiam seketika lalu pergi memeluk ayahnya yang sudah lama dia tidak berjumpa.Rykal memberitahu ayahnya bahawa atuk sudah meninggal dunia akibat dibunuh oleh seseorang sambil menahan tangisan. Rykal juga meluahkan apa yang dia rasakan selepas ayah dan ibunya berpisah.Encik Ikmal memeluk erat anaknya itu sambil memujuknya agar tidak menangis lagi.
Encik Ikmal mempelawa Rykal untuk tinggal bersamanya. Rykal menyetujuinya kerana dia sudah lama ingin bersama ayahnya semula.Encik Ikmal membawa anaknya pulang menaiki kereta audi A6 miliknya.Rykal hairan dimana ayahnya mendapatkan kereta itu kerana selepas bercerai, ayahnya sudah tidak mempunyai wang.Encik Ikmal yang melihat anaknya kehairanan terus berkata"kereta ni ayah dapat daripada kawan ayah."ucap encik Ikmal."kawan?kawan ayah yang mana?.tanya Rykal."Kejap lagi Rykal taulah". Balas encik Ikmal.Setibanya Rykal di kediaman baru ayahnya, dia sedikit terkejut melihat kediaman baru ayahnya yang kelihatan sungguh mewah dan pengawal keselamatan yang agak banyak.
Kedatangan mereka berdua disambut oleh seorang lelaki yang berpakaian sederhana. Encik Ikmal memperkenalkan kawannya itu pada Rykal.Lelaki itu memperkenalkan dirinya pada Rykal. Dia berkata bahawa namanya ialah Ismail.Encik Ikmal memberitahu anaknya bahawa semua harta yang dia ada saat ini adalah kepunyaan encik Ismail.Encik Ismail meminta pengawalnya untuk membawa beg Rykal ke biliknya.Selepas itu, Rykal duduk di sofa sambil memandang keadaan dalam rumah itu. Encik Ismail datang duduk bersama Rykal.Rykal memberanikan diri untuk bertanya bagaimana encik Ismail boleh mengenali ayahnya.
Encik Ismail memberitahu Rykal yang dia terjumpa ayahnya yang sedang menangis dalam keadaan tidak terurus. Encik Ismail menegurnya dan bertanya apa yang sedang terjadi pada dirinya. Encik Ikmal menceritakan masalahnya dengan sangat emosional. Apabila mendengar masalah yang sedang dihadapi encik Ikmal,encik Ismail terus menyemangatinya dan bertekad ingin membantu encik Ikmal."erm..tapi kenapa pakcik nak bantu ayah saya? Atau pakcik cuma bersimpati dengan ayah saya?". Tanya Rykal. Encik Ismail tertawa dan berkata "pakcik tahu apa yang ayah awak tengah rasa.. ditinggalkan pergi oleh orang yang kita sayang".Jawab encik Ismail."Maksud pakcik?". Tanya Rykal.Mendengar soalan daripada Rykal itu, encik Ismail terus menitiskan air matanya.
Rykal meminta maaf kepada encik Ismail kerana telah membuatnya menangis. Encik Ismail tertawa dan mengelap air matanya dan tersenyum melihat Rykal." Pakcik dulu pun ditinggalkan oleh isteri pakcik yang sangat pakcik sayang".kata encik Ismail.Rykal hanya terdiam mendengarkan hal itu.Kemudian,encik Ikmal berkata kepada anaknya bahawa dia akan bersekolah semula setelah sekian lama tidak bersekolah.Encik Ikmal berkata kepada anaknya bahawa dia akan memberikan anaknya pendidikan yang terbaik serta dia juga akan membuat anaknya ceria.
Rykal tersenyum dan memeluk ayahnya itu dengan erat.Encik Ismail turut gembira melihat mereka berdua bersama dan gembira.Encik Ismail berharap mereka akan terus bahagia seperti ini.
BERSAMBUNG.....