Ayah encik Ikmal hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana dia kasihan melihat puan Zia yang merayu agar dia tidak memberitahu Rykal dan suaminya tentang pekara sebenar.Encik Ikmal yang dipenuhi rasa curiga terus mendesak ayahnya untuk memberitahunya.Melihat keluarganya yang sedang bertengkar, Rykal terus menjerit sekuat hati lalu pergi belari meninggalkan rumah datuknya itu sambil menangis.Puan Zia mencuba untuk menghalang anaknya tetapi usahanya hanya sia-sia.
Penglihatan Rykal mulai kabur akibat air matanya yang begitu banyak lalu tiba tiba sebuah kereta tanpa sengaja melanggar Rykal yang membuatnya terjatuh sehingga kepalanya berdarah.Ketika itu, Rykal terus tidak sedarkan diri selama sehari. Apabila dia sedar, dia mendapati bahawa dirinya sekarang sedang berada di sebuah hospital. Puan Zia yang melihat anaknya terjaga terus memeluknya dengan erat.Encik Ikmal hanya tersenyum melihat anaknya. Rykal memegang tangan Ayah dan ibunya sambil memujuk mereka agar tidak berpisah.
Puan Zia hanya mendiamkan dirinya sahaja manakala encik Ikmal terus memeluk anaknya dengan erat.Seminggu kemudian, encik Ikmal telah menceraikan isterinya dengan talak 1.Rykal sangat sedih apabila ibu bapanya bercerai.Selepas Puan Zia diceraikan, encik Ikmal pergi meninggalkan kampung halamannya. Ayah encik Ikmal menyediakan persiapan kahwin untuk menantu kesayangannya itu yang akan berlangsung 2 hari lagi.
Singkat cerita hari yang ditunggu encik Hamid dan puan Zia telah pun tiba. Majlis perkahwinan itu dijalankan secara besar besaran.Semua tetamu merasa hairan kenapa puan Zia diceraikan oleh encik Ikmal yang menurut mereka sungguh baik dan penyayang.Rykal duduk sambil menikmati hidangan yang disediakan di majlis itu. Pada awalnya, Rykal mahu menjadi pengapit bersama dengan sepupu perempuannya tetapi pekara itu tidak dibenarkan oleh encik Hamid. encik Hamid mahu anak tunggalnya yang berusia 1 tahun lebih muda dari Rykal untuk menjadi pengapit mereka.Rykal tidak melawan kerana dia tahu selepas kematian isteri encik Hamid, dia sangat memanjakan anaknya itu.
Semasa sedang menikmati hidangan, Rykal ditegur seorng remaja perempuan. Ia merupakan sepupunya yang bernama Aina. Rykal gembira kerana dapat berjumpa dengan sepupunya itu. Ketika Rykal hendak memulakan perbualan, anak encik Hamid iaitu Malek datang dan mengajak Aina untuk makan bersama ayah dan ibu barunya itu. Aina dan Malek terus pergi meninggalkan Rykal sendirian. Selepas majlis itu selesai, Rykal duduk di sebuah pondok yang berhampiran dengan rumah datuknya itu sambil melihat akaun instagram miliknya.
Sewaktu dia sedang melihat instagramnya, dia melihat sebuah gambar perkahwinan ibunya yang diupload oleh ibunya sendiri. Dia melihat gambar itu walaupun dia kecewa kerana gambar tidak ada. Selepas itu, dia melihat sebuah post ibunya bersama dengan Malek. Apa yang membuatnya merasa marah dan cemburu ialah apabila ibunya menulis caption Malek merupakan anaknya yang paling spesial.Rykal terus menutup aplikasi itu dan mematikan fonnya.
Malam pun tiba, puan Zia kini tinggal di rumah encik Hamid manakala Rykal terpaksa tinggal dirumah datuknya.Datuknya berkata bahawa dirinya harus memberi peluang untuk pengantin baru. Rykal hanya menurut walaupun di dalam hatinya masih tidak berpuas hati kerana hanya dirinya saja yang tidak dibenarkan tinggal bersama ibunya manakala Malek anak encik Hamid dibenarkan untuk bermalam bersama ayah dan ibu barunya.
BERSAMBUNG.....