webnovel

Hilang kasih Bab 4

Encik Ikmal dengan isterinya pulang ke rumah setelah lama mencari kerja dari pagi tadi sehingga ke petang.Setibanya mereka di rumah, mereka melihat Rykal yang sedang leka bermain telefon bimbitnya sehingga tidak sedar akan kepulangan ibu bapanya. Setelah mengetahui bahawa ibu bapanya telah pulang, Rykal terus bangun dan menyambut ibu bapanya disertai dengan senyuman yang terukir di wajah Rykal.

Rykal mengambil air di dapur untuk dberikan kepada ibu bapanya tetapi ianya tidak jadi dilakukan kerana ayahnya memberi tahu bahawa mereka sudah minum di sebuah gerai. Encik Ikmal dan puan zia duduk di sofa sambil bercakap mengenai kebaikan encik hamid yang sudi membantu untuk mencarikan encik Ikmal sebuah pekerjaan.

Ayah encik Ikmal tiba di ruang tamu sambil bertanya kepada puan zia adakah encik Ikmal sudah memiliki pekerjaan. Puan zia menjawab bahawa suaminya masih belum memiliki pekerjaan namun, mereka telah ditawarkan bantuan daripada anak ketua kampung iaitu encik hamid untuk mendapatkan pekerjaan. Setelah mendengarkan hal itu,ayah encik Ikmal seperti merendahkan anaknya yang tidak dapat mencari pekerjaannya sendiri.

Kalau diikutkan hati, encik Ikmal mahu saja meninggikan suara kepada ayahnya namun dia hanya memendamkan hasratnya itu. Malam pun tiba, encik Ikmal tidak dapat melelapkan matanya kerana dia merasa akan ada hal buruk yang akan datang padanya nanti. Namun begitu, dia mencuba untuk melelapkan matanya dengan membaca doa dan bersangka baik bahawa hari esok merupakan hari yang lebih baik daripada hari ini. Di bilik Rykal pula, dia juga tidak dapat tidur kerana dia merasakan tidak sedap hati. Dia rasa akan ada benda yang berlaku tetapi dia berusaha untuk menenangkan dirinya dengan berzikir dan berdoa meminta supaya allah menenangkan hatinya agar dia dapat tidur.

Pagi pun tiba, Rykal dan ayahnya sudah terlajak sehingga tidak sempat untuk menunaikan solat subuh.Puan zia menunggu anak dan suaminya di meja makan bersama mertuanya. Sebelum ke meja makan, Rykal dan encik Ikmal membasuh mukanya supaya segar. Semasa di meja makan, ayah encik Ikmal menberitahu bahawa sebentar lagi dia dan puan zia akan pergi ke rumah ketua kampung kerana ingin berbincang mengenai sesuatu pekara. Rykal memberitahu ibunya bahawa dia ingin mengikuti mereka namun ibunya tidak membenarkan kerana dia masih belum mandi begitu juga dengn encik Ikmal yang bangun lewat.

Encik Ikmal bertanya adakah mereka ingin berbincang soal anak ketua kampung yang ingin menolongnya mendapatkan kerja. Namun isterinya hanya menggelengkan kepalanya sambil menundukkan pandangannya ke bawah meja.Encik Ikmal mula rasa tidak sedap hati namun dia mencuba untuk tetap tenang. Selepas selesai makan, ayah encik Ikmal bersama puan zia keluar untuk pergi ke rumah ketua kampung. Encik Ikmal tidak senang duduk kerana dia dapat merasakan benda buruk yang akan berlaku. Rykal memcuba menenangkan.

ayahnya dengan memberinya minuman.

Setelah puan zia dan mertuanya pulang dari rumah ketua kampung, ayah encik Ikmal memanggil anaknya untuk membincangkan suatu hal. Setibanya encik Ikmal, ayahnya memberitahu encik Ikmal tentang sesuatu yang membuatnya tidak dapat menahan amarahnya lagi..

BERSAMBUNG.....