webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · 一般的
レビュー数が足りません
13 Chs

12 “I will make sure to get back what is should be mine”

____________________________

Peguam Ken memerhati semua yang ada di situ. Kemudian,jam yang ada di tangannya dikerling. Jam sudah menunjukkan 7:30 minit. Dia mengeluh perlahan.

"boleh kita mula kan sekarang?"soalnya. Datin Safura mengangguk teruja. Di kepalanya hanya tertumpu kepada harta wasiat yang akan dibahagi-bahagikan sebentar sahaja lagi.

"uncle,can we wait for Yanna in 10 more minutes?"pinta Mikail. Belum sempat peguam Ken berkata apa-apa,Datin Safura bersuara tidak puas hati.

"tunggu?!"Velerie menyiku lengan Datin Safura. Namun,hanya jelingan tajam yang diberikan.

"kenapa kita kena tunggu budak tu pulak?"

"ma.."tegur Velerie. Cassandra dan Jefri cuba untuk menahan geram. Mikail pula hanya berlagak tenang.

"aunty,Yanna kan ahli keluarga kita juga"Datin Safura tertawa mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Mikail.

"what do you mean that she's one of us?"

"ma..stop it"Haziq mula bersuara apabila menyedari yang Datin Safura sudah sampai ke tahapnya. Dia berasa sedikit bersyukur bahawa Sarah tidak turut serta dengan mereka di situ kerana dia mengikuti Datuk Enrykarl ke Dubai atas urusan kerja.

"Kail,I think you clearly know about this..budak tu cuma anak pungut. Dia tak layak untuk ikut serta dalam urusan pernyataan wasiat ni"

"Aunty,I think you've cross the line"sampuk Clarina. Datin Safura memandang Clarina tidak mengerti. Namun,cuba untuk berlagak tenang.

"what do you mean that I've crossed the line? Aunty rasa everything is clear,even Peguam Ken pun tahu tentang benda ni"Datin Safura cuba untuk mempertahankan kata-katanya.

"Ya,memang tak dinafikan semua tu betul.."Clarina berjeda. Datin Safura sudah tersenyum kemenangan kerana kata-katanya tidak dipertikaikan.

"but..."Clarina memandang ke arah Datin Safura lalu Datin Safura membalas perkara yang sama.

"kalau diikutkan you also not allowed here..am I wrong?"senyuman sinis terbit di hujung bibir Clarina membuatkan senyuman melebar Datin Safura tadi mati serta merta. Sentap.

"of course,i'm allowed here. I am the only sister that your dad have since mak korang tu anak tunggal"Clarina mengangguk setuju.

"aha yup,but isn't this wasiat matter just between your dearest brother family only? And since aunty pun ada family dah,so kenapa kena libatkan diri dalam hal kami?"Datin Safura sudah kehilangan kata-kata.

This kid. Clarina hanya membalas pandangan tajam Datin safura dengan senyuman sinis.

"you.."suasana di pejabat Peguam Ken menjadi semakin tegang dan dingin. Peguam Ken berdehem.

"okay,times's up...I think kita kena mulakan tanpa kehadiran Cik Medina"Datin Safura membetulkan duduknya,hatinya panas mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Clarina.

Cassandra dan Jefri menghadiahkan 'thumbs-up'. Clarina tersenyum. Puas mengenakan Datin Safura. Peguam Ken mula menyelak dokumen wasiat untuk dibentangkan. Tiba-tiba pintu dibuka. Muncul Medina di muka pintu. Dia tunduk.

"maaflah lambat jalan jem tadi"jelas Medina sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Mikail. Velerie melambai ke arah Medina. Medina hanya membalas dengan senyuman. Haziq pula sibuk dengan telefonnya.

Matanya dan Datin Safura bertembung. Dia menghadiahkan senyuman menyapa. Namun,dibalas dengan jelingan maut wanita itu. Medina memandang ke arah Mikail mahukan penjelasan.

Mikail hanya memberi isyarat menunjuk ke arah Clarina. Medina memandang ke arah Clarina pula. Clarina mengenyitkan matanya. Medina tertawa kecil tanpa suara. Faham akan maksud kenyitan itu.

"baiklah,memandangkan semua sudah berada di sini. Saya akan mulakan pembacaan wasiat"suasana menjadi sunyi sepi menumpukan kepada isi kandungan wasiat yang akan dinyatakan sebentar lagi.

"menurut tertulis....."

___________________________

"sayang.."Datin Safura tidak mempedulikan Datuk Enrykarl yang menegurnya tadi. Kakinya terus menghala ke tingkat atas dengan wajah bengang. Tidak lama kemudian,Veleria turut masuk.

"hai pa"tangan lelaki tua itu disalam.

"kenapa dengan mama kamu tu?"soal Datuk Enrykarl pelik dengan perangai isterinya yang tiba-tiba bad mood sedangkan siang tadi ceria sahaja.

"tak tahu,Vel naik atas dulu la penat"pamit Velerie mengelak untuk menyatakan pejelasan kepada ayahnya.

__________________________

Pintu dihempas kuat. Tak guna! Dia bengang. Kata-kata yang keluar mulut Peguam Ken sebentar tadi masih terngiang di telinganya.

"semua harta akan diberikan kepada semua anak-anak arwah"Datin Safura terus bingkas bangun.

"what?!"

"ma.."Velerie turut bingkas bangun dari duduknya cuba menenangkan Ibunya.

"Peguam Ken,what do you mean by that? Semua harta tu diberikan dekat budak-budak ni? Habis tu I?!"soal Datin Safura dalam ketidakpuasan hati.

"datin,sila bawak bersabar. Biarkan saya habiskan dulu membaca semua isi wasiat"dada Datin Safura turun naik cuba menahan sabar. Velerie menarik Datin Safura untuk duduk. Dia duduk.

"untuk adik arwah pula iaitu Datin Safura,arwah mewasiatkan sebidang tanah seluas 10 ekar"sekali lagi Datin Safura bangkit berdiri. Tidak percaya.

"argh!!!!"segala barang solek yang tersusun rapi di meja solek bertaburan di atas lantai.

"sebidang tanah je yang kau tinggalkan dekat aku Kahairul? Tuk guna..harta kau yang berlambak tu kau bagi dekat anak-anak kau,aku pulak kau bagi sebidang tanah je?!"dia duduk di hadapan meja solek.

"kau dari dalu memang suka sangat rampas benda yang aku suka. Sekarang pun sama jugak,aku ingat bila kau dah mampus,aku boleh lah hidup senang tapi...argh!!! sial! Tak apa..."dia berjeda,nafas ditarik dalam. Wajahnya ditatap pada cermin dengan pandangan penuh dendam.

"tak apa,kau tunggu,kau tunggu je aku akan pastikan semua harta kau tu akan jatuh ke tangan aku jugak"senyuman sinis penuh makna terbit dibibirnya. Pelbagai rancangan jahat sedang bermain di kepalanya ketika ini.

____________________________

Sarah berdiri memandang bangunan tinggi yang bertingkat dalam lingkungan hampir 100 tingkat. Dia tersenyum penuh makna. Nama bangunan tinggi yang tertera pada pintu hadapan bangunan ditatap.

GAGAH HOLDINGS

Kakinya diarak menuju ke pintu masuk bersama niat tersembunyi. Sebaik tiba di hadapan kaunter penyambut tetamu. Penyambut tetamu itu menyapanya dengan senyuman manis.

"selamat datang ada apa-apa yang saya boleh bantu cik?"soal wanita itu. Sarah membuka kaca mata hitam yang dipakainya.

"Imran Hakimi ada? Saya nak berjumpa dengan dia"

"maaf,cik ada buat temu janji ke?"soal wanita itu berserta dengan senyuman yang tidak lekang di wajahnya. Sarah menggeleng.

"maaf ya cik,cik kena buat janji temu dahulu sebelum bertemu dengan Encik Imran"Sarah ingin bersuara namun,nasibnya agak baik hari ini. Kelihatan Imran berjalan menuju ke kaunter penyambut tetamu.

"Wendy,kalau ada orang nak jumpa saya bagi tahu yang saya ada hal"

"baiklah encik Imran"patuh Wendy. Imran ingin melangkah pergi namun,Sarah dengan pantas menghalangnya.

"hai"

"sorry,who are you?"Sarah tersenyum. Dia tahu akan maksud soalan itu. Namun,tidak semudah itu dia akan melepaskan lelaki ini.

"I Sarah sepupu Medina,kita jumpa dekat majlis pengebumian mama dengan papa dia"Imran mengangguk perlahan.

"oh,you..sorry,I have to go now"Sarah ingin menghalang namun,Imran lebih bertindak pantas meninggalkannya di situ. Bibir diketap. Kemudian,senyuman terukir.

"you made me want you even more Imran"

____________________________

"find everything about that woman,jangan tinggalkan sebarang maklumat pun..aku nak tahu motif utama dia"arah Imran sebelum melangkah masuk ke kereta. Hans mengangguk faham.

"maybe I can use her someday,who knows"senyuman sinis Imran terukir. Telefonnya tiba-tiba berdering. Panggilan diangkat.

"what's wrong Chen?"

"we got a big problem Imran,aku jumpa kau dekat tempat biasa. I'll tell you in detail later"Chen menamatkan panggilan. Imran berdiam untuk seketika cuba menghadam kerana suara Chen agak serius sebentar tadi.

"kita pergi ke tempat biasa"arah Imran. Badrul yang menjadi drivernya pada hari itu terpaksa menukar hala dan menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Imran sebentar tadi.

TO BE CONTINUED...

There's nothing much yang I ubah since this is written a long time ago. I just ubah where it's necessary only sebab tak nak kacau plot story.

MeiXuercreators' thoughts