Ee Chen berasa terkejut. "Maksudnya kamu nak menyelidik keluarga He Lan?"
"Betul." kata Xinghe dengan serius seolah-olah dia sedang bercakap tentang cuaca. "Hanya dengan menyiasat tentang mereka, kita boleh mendapat maklumat yang kita mahu dari mereka."
Ee Chen lebih terkejut, "Kamu percaya dengan segala yang saya katakan?"
"Kenapa pula saya tak percaya?" tanya Xinghe dengan curiga.
"Kamu tak takut ke kalau saya hanya mereka cerita dan kamu akan membahayakan keluarga yang tak bersalah?" Ee Chen menyuarakan kebimbangan di hatinya. Ia adalah perkara biasa jika Xinghe mempunyai pemikiran itu, sesiapa pun boleh berfikiran begitu.
Walau bagaimanapun, jawapan Xinghe telah mengejutkannya. "Saya mempunyai pandangan saya sendiri kerana saya telah memilih untuk bekerjasama dengan kamu, jadi saya pastinya mempunyai kepercayaan tertentu kepada kamu."
"Tapi, saya pernah khianati kamu sebelum ini..."
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください