webnovel

Bab 9_Stress!

Sejurus aku ke kampus kembali, ramai juga yg menunggu kedatangan Hazama. Setiap pelusuk kampus, pasti akan bercerita tentang Hazama. Mereka ada yg memuji dan ada yg mengutuk. Tapi pada aku, dia adalah tunang aku. Baik buruk dia, dia akan menjadi sebahagian dari hidup aku. Aku harus terima dirinya. Hazama hanya tinggal satu semesta lagi utk diselesaikan. Sebab itu ramai yg cuba mendekati Hazama.Pada mulanya, aku hanya diamkan diri sahaja. Namun setelah sekian lama, hati aku terdetik cemburu. Aku hanya dapat melihatnya dari jauh dan pendam perasaan. Dia pula sudah jarang berhubung denganku kerana sibuk dengan aktiviti tahun 3 yg perlu dia habiskan. Aku juga banyak menyendiri. Suatu hari, Rania datang menghampiri aku dan menampar pipi aku. Dia juga memarahi aku tanpa sebab. Aku terkejut dan nasib baik ketika itu, Wafie dan kawan-kawan datang back up aku. Selepas menghalau Rania, Wafie bawa aku ke biliknya utk menyapu sedikit minyak pada pipi aku.

Wafie: Kau dah lama lost contact aku. Kau

kenapa? Ada masalah ke? Kenapa kau

tak nak share dengan aku ke?

Aku: Tak ada apalah. Hari tu sim kad aku

hilang. Jadi aku belilah nombor baru.

Aku lupa nak send kt kau. Lagipun aku

sibuk sekarang. Maklumlah dah banyak

kerja.

(Dia menyapu minyak perlahan dan tiba-

tiba dia meletak tapak tangannya pada

pipiku.)

Wafie: Aku rindu kat kau..

Aku: Kau dah kenapa, Wafie? Aku pun rindu

juga kat kau tapi aku cuma sibuk sikit.

Aku minta maaf lah.

(Mukanya yg serius, tiba-tiba tersenyum.

Dia terus melepaskan tangannya dan

memegang tanganku pula.)

Wafie: Kalau kau ada masalah, bagitahu aku.

Aku pasti akan datang tolong kau.

(Kali ini aku yg menepuk tangannya yg

dia atas tanganku.)

Aku: Wafie, jangan risau ok? i can take care of

myself.. Aku bukannya budak kecil lagi.

(Wafie mengangguk dan melepaskan

tangan aku)

Malam itu terus aku dapat panggilan dari Hazama. Suaranya agak panik apabila aku menerima panggilannya.

Hazama: Sayang.. Are u okey?

Aku: Jangan bersayang dengan aku boleh

tak? Aku gelilah! Apa yg tak okey nya?

Aku okey je! Girlfriend kau tu yg gile.

Tiba-tiba je tampar orang tak pasal. Dah

la tu maki hamun aku depan orang

ramai. Ingat aku ni tunggul agaknya. Tak

ada perasaan. Kalau kau jumpa dia kau

cakap kat dia jangan jumpa aku lagi. Aku

dan dia tak ada kena mengena dan aku

pun malas nak masuk campur urusan

korang. Pergi mampus korang berdua.

Jangan ganggu aku sudah.

Hazama: Aik, marah nampak.! Jeles ke?

(dia ketawa)

Aku: Tak ada masa aku nak jeles. Banyak lagi

benda aku nak fikir dari layan karenah

girlfriend kau yg tak betul tu.

Hazama: okay. Aku minta maaf. Nanti aku

akan pesan kat dia. okay tunang ku.

Puas Hati?

Aku: Apa kata lebih baik kita putuskan

pertunangan kita dan kau kawinlah

dengan girlfriend kau yg gila tu. Senang

sikit hati aku. Tak adalah sakit macam ni.

Hazama: Janganlah macam ni, sayang. Masa

aku dapat tahu yg kau tu tunang aku,

aku bersyukur sangat dan aku dah

janji pada diri aku ni nak jaga kau

betul-betul dan tak ada siapa yg

dapat ganti dan pisah kan aku

dengan kau. Ingat tu! Aku sayang kau

lebih dari nyawa aku tau!

Aku: Kalau kau dah cakap macam tu, kau

jagalah hati aku ni baik-baik. Kalau lain

kali aku dengar benda yg buat aku sakit

hati. Memang aku tak akan dapat

maafkan kau tau.Jangan harap.

Hazama: Baiklah sayangku. Boleh pergi tidur

sekarang? Abang dah ngantuk la

sebab esok pagi nak bangun

siapkan tesis dan hantar report

pada lecturer.

Sebelum panjang lebar, aku terus matikan talian. Dia pasti akan lebih panjang merepek. Apabila aku sedar, rupanya kak Ayu dari tadi mendengar perbualan aku bersama Hazama. Dia terkejut apabila dia dapat tahu aku adalah kekasih Hazama. Aku cuba memberitahu hal sebenar tentang pertunangan yg di rancang dari kecil pada kak Ayu. Dia juga tidak sangka yg Hazama itu adalah jodoh aku. Ramai senior tidak percaya Hazama akan berkahwin. Dia merupakan playboy besar dalam kampus ibi. Tak mungkin dia lah jodohku itu. Memang betul juga kata kak Ayu.Jika ramai yg tahu tentang hubungan aku dan Hazama, pasti ramai perempuan akan membenci aku dan pasti akan berlaku sesuatu yg tidak di ingini. Sebab itulah lebih baik dirahsiakan buat sementara waktu.

Semenjak kejadian kak Rania, aku sentiasa ditemani Wafie dan kawan-kawan 'ganas' aku kemana sahaja. Kadang-kadang dia lebih bimbangkan aku dari Hazama. Dia lebih caring, protect aku dan banyak tolong aku jika aku dalam kesusahan. Kadang-kadang aku rasa aku macam aku mempergunakan kebaikannya terhadapku. Oleh sebab itulah setiap kali dia bantu aku, aku pasti akan bagitahunya yg aku takut dia rasa aku mempergunakan dia. Tapi dia sendiri akan cakap, dia bantu aku ikhlas. Bukan aku yg suruh.Hingga suatu malam, Kami mengadakan study group di sebuah kelas tapi hanya kami berdua yg ada malam tu. Yg lain tak dapat join. Mungkin ada hal dan sebagainya. Sepanjang perbincangan kami, telefon aku asyik bergetar apabila aku melihat pada skrin, nama Hazama tertera padanya. Mulanya aku hanya membiarkan sahaja panggilan itu tetapi lama kelamaan dia menganggu perbincangam kami. Wafie mengambil hanfone aku dan melihat nama lelaki itu. Dia mula bertanya tentang kami..

Wafie: Apa hubungan kau dengan lelaki ni?

Aku: Kitorang just kawan je la.

Wafie: Kawan kau cakap? Macam mana kau

boleh kawan dengan lelaki macam ni,

Lisa? Kau kan sendiri kenal dengan

perangai lelaki ni. Tak payah aku

ceritalah.. semua orang tahu dia ni

buaya. Asal ada perempuan dahi licin

je, die sapu. Takkan lah dengan lelaki

macam ni kau boleh cair!

Aku: Tak adalah. Aku dengan dia kawan je la.

Aku terpaksa juga berhubung dengan dia

sebab dia senior aku utk tesis yg akan

aku siapkan. Lecture dah tetapkan

dengan siapa senior aku. So kami just

kawan je..

Wafie: Aku tak suka kau kawan dengan dia.

Kau boleh putus hubungan dengan dia.

Nanti aku akan minta lecture tukarkan

kau dengan senior lain.

Aku: Wait! Aku okay je la dengan Hazama. Tak

apa. Aku boleh handle masalah aku

sendiri. Lagipun dengan siapa aku nak

berkawan, itu pun bukannya masalah

kau.Kalau aku nak bercinta dengan dia

pun, kau tak ada hak nak halang aku.

Wafie: Kau kata aku tak ada hak? Aku ni

kawan baik kau tau! Takkan aku nak

biarkan dia mempermainkan perasaan

kawan baik aku sendiri. Aku tak akan

benarkan dia dekati kau. Kalau dia ada

mulakan ganggu kau, kau bagitahu aku.

Nanti aku akan ajak budak-budak aku

belasah dia.

Aku: For the meant time, i'm just okay.

Kami mematikan perbualan kami tentang Hazama. Kalaulah Wafie tahu cerita tentang kami dari mula, mahu kena belasah Hazama dengan budak-budak tomboy kt sini. Aku tahu, Wafie sepertinya menganggap aku lebih dari seorang kawan. Ramai budak-budaknya ada bagitahu aku. Selama aku menghilangkan diri, dia asyik memandang gambar kami bersama dan termenung. Mulanya aku sangkakan dia hanya rindukan aku. Tapi selepas aku berhubung dengannya kembali, dia asyik memegang tanganku dan kadang-kadang dia akan merangkul bahuku utk merapatkan dirinya dan diri ku. Aku tidak fikir begitu jauh. Mungkin dia hanya rindukan aku.