webnovel

Bab 8_First Date..

Lama juga dia menunggu, aku keluar dengan pakaian yg amat simple. Namun di tegur oleh mak tok. Katanya, pakailah yg istimewa sikit. Mahu keluar bersama tunang, haruslah cantik dan anggun. Tapi nasib baik Hazama yg backup. Kalau tak, memang tak jadi aku keluar dengannya hari tu. Lepas kami bersalaman mak tok dan tok ayah, kami menaiki kereta dan menuju ke arah pantai. Dia mengajak aku makan dan lepak di tepi pantai. Tujuan dia ajak aku keluar utk mengenali aku dengan lebih dekat. Aku dapat rasakan dialah orang yg paling gembira dapat keluar dengan aku. Sedangkan aku hanya layan dia endah tak endah. Kami berada di tepi pantai agak lama, sampai pukul 2 petang.Kemudian dia ajak aku tengok wayang. Selepas selesai tengok movie, kami lepak dekat cafe yg ada dalam mall tu. Kami hanya sekadar minum coffee dan makan sedikit kek. Ketika itu lah kami menjadi tumpuan. Ramai wanita yg mengenali Hazama dan cuba menegurnya.Pada mulanya aku tidak kisah, lama-lama aku jadi rimas. Mereka mula duduk bersama kami dan mula mendekati diri Hazama dan mengosok-gosok peha Hazama. Wajah Hazama pun aku nampak kurang selesa dengan kehadiran mereka. Tiba-tiba keluar soalan dari salah seorang perempuan itu,

Nadia: Ni siapa abang Hazama? Sepupu

abang ke?

Hazama: tak lah, dia tunang abang.

Nadia: what? abang just main-main je kan?

Hazama: abang tak bergurau. Dia memang

tunang abang. Abang minta maaf

Nad dan girls. Today is our time.

Please leave us.

Mereka tersipu-sipu dan pergi meninggalkan kami. Mulanya aku mahu angkat kaki berambus dari situ. Tapi bila Hazama perasan siapa kedudukan aku padanya, dengan muka selamba aku terus meneguk kopi yg tersisa dan makan sisa kek yg berbaki. Selepas aku selesai, aku terus bangun dan keluar dari kedai itu. Hazama lambat menyelesaikan segala bil dan barulah dia keluar. Aku tidak menunggunya, kakiku terus melangkah dan berjalan berlegar-legar di kawasan mall tu. Pada masa itu, Hazama mengejar aku dari belakang dan sempat mendapatkan aku. Ketika itulah, kawan-kawan Hazama datang menghampiri kami. Aku terkejut namun dengan segera Hazama menarik aku ke belakangnya. Amir dan Zul berhadapan dengan Hazama manakala Naufal hanya berada di belakang mereka berdua.

Amir: Kau buat apa ni, Ma?

Zul: Kau cakap tiada rahsia di antara kita. Dia

siapa? Kenapa kau kena sorokkan dia

dari kitorang?

(Amir mula berang dan menarik baju

Hazama pula kali ini. Tapi Hazama tidak

membalas kembali. Dia hanya biarkan

sahaja kawan baiknya yg sedang marah.)

Naufal: Korang boleh sabar tak? Kita berada

kat kawasan awam ni kan. Bagi

Hazama jelaskan dulu.

Naufal memegang tangan Amir. Minta utk melepaskan Hazama. Amir kemudian melepaskan gengamannya dan Hazama hanya membetulkan bajunya. Mereka memandang sesama sendiri hingga Naufal mengajak kami utk berbincang di sebuah cafe yg berhampiran. Kami terus mengikuti melangkah mereka ke sana. Pada mulanya, aku meminta diri kerana ini adalah urusan Hazama. Aku tidak mahu ikut campur. Tapi apabila Naufal telah bertegas utk aku ikut. Aku tidak dapat menolak. Bimbang juga nanti jika Hazama naik angin. Dengan harapan aku boleh bantu. Itulah kata Naufal. Aku hanya mengiakan sahaja walaupun aku tidak tahu mahu tolong dari segi apa. Sampai di dalam cafe, Naufal menyuruh kami memesan minuman terlebih dahulu sebelum bermula. Aku berada di sebelah meja mereka.

Naufal: Apa sebenarnya dah jadi? Apa

hubungan kau dengan junior tu?

Hazama: Aku minta maaf, Fal. Aku tak

sengaja nak rahsiakan hubungan

kami. Pada asalnya aku tak rancang

pun. Tiba-tiba je ianya berlaku.

Kami dah bersama

Amir: Eleh.. Kau bukannya baru dengan, Ma.

Dah berapa banyak perempuan. Selama

ni kau tak kisah je kita kongsi. Kau juga

yg kata, kita share. Kenapa dengan dia

tak boleh plak?

(Hazama mula melepaskan keluhan

panjang.)

Hazama: Aku dah jatuh cinta dan dia juga dah

jadi tunang aku sekarang.

Zul: Asal cepat lak kau boleh bertunang

dengan dia? Kau takut kitorang sapu?

Hazama: Bukan macam tu. Sebenarnya dialah

tunang aku sejak kecil yg aku pernah

cerita kat korang dulu. Aku pun baru

tahu. Aku pun tak sangka yg aku

boleh jatuh cinta lepas apa yg jadi.

Dalam aku tak sedar, sebenarnya dia

adalah tunang aku. Dah takdir dan

jodoh kami.

Amir: Kau jangan cakap pasal cinta. Kau tahu

kan ramai yg sedang beratur menunggu

kau, Ma. Aku bimbang nanti tunang kau

ni jadi mangsa.

Hazama: Sebab tu aku rahsiakan hubungan

kami. Bukan aku tak nak bagitahu

korang, tapi belum ada kesempatan.

Nampaknya korang lagi cepat

bertindak dari aku.

Zul: Kalau kau cerita betul-betul, kami tak

kisah. Kami boleh terima siapa sahaja

pilihan kau. Tapi kau kena beritahu kami

itu sahaja.

Wajah Hazama mula tersenyum melihat kawan-kawannya dapat menerima aku. Namun begitu, aku masih tidak tahu dapat menerima dirinya atau tidak. Banyak rahsia yg dia sembunyikan dari aku. Mereka bergelak ketawa kembali tanpa menghiraukan aku disebelah sambil menghirup kopi yg masih panas. Banyak mata yg memandang aku tetapi aku endahkan sahaja. Selepas selesai persengketaan antara mereka. Aku diajak balik oleh Hazama. Ketika di dalam kereta, dia ada juga sempat berbincang denganku tentang tempat kami akan bernikah dan bersanding nanti. Tapi aku hanya jawab semuanya mak tok dan mama yg uruskan. Aku hanya mengikut sahaja. Lagipun panjang lagi masa. Dalam masa 2tahun, mungkin aku sempat grade dan mungkin juga aku sempat bekerja utk tok ayah. Dia juga akan sibuk uruskan business milik keluarganya dan tiada masa utk majlis itu. Biar orang tua uruskan lebih baik pilihan mereka.

Sepanjang cuti ini, memang aku selalu di ganggu oleh Hazama. Dia akan datang kerumah utk mengganggu aku atau menhubungi aku. Katanya rindu padaku. Aku masih tidak ada perasaan utknya lagi. Masih tertutup pintu hati aku utk dirinya. Tambahan pula dia adalah lelaki yg menjadi tunang aku. Memang lagi aku menyirap. Rasa seperti di permainkan. Aku juga bimbang jikalau ex Hazama tahu akan hubungan aku dengan dia. Pasti aku akan di kecam dan di buli nanti. Aku harap juga tiada apa yg akan berlaku padaku. Terutama sekali, kak Rania. Dia adalah peminat tegar Hazama. Selama aku berada di kampus. Nama Hazama akan di gandingkan dengan kak Rania. Senior tahun 3 kos Komputer. Dia antara perempuan tercantik dan hot dalam kampus. Semua lelaki tergila-gilakan dirinya. Lembut gemalai alunan jari jemarinya. Liuk lentuk gerak jalannya. Goyang habis pinggan rampingnya. Lambaiannya pasti buat lelaki akan jatuh pengsan. Tak percaya dia akan menegur. Dia juga antara wanita yg murah dengan senyuman. Jika ada junior lalu, dia pasti akan senyum. Ada juga beberapa kali aku ternampak, dia akan bersama Hazama. Hatta dalam kereta Hazama juga, aku pernah nampak dia bercumbuan. Loya tekak aku jika teringat peristiwa itu. Aku pasti samada aku dapat melarikan diri dari Rania dan kisah silam Hazama. Aku juga takut kalau-kalau aku tak dapat terima kisah silamnya bila aku mula sayang dia. Aku takut hatiku tak dapat menahan. Panjang aku fikirkan tentang hubungan ini. Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui segala kejadian dilangit dan di bumi. Mungkin ada Hikmah besar utk aku darinya.