webnovel

Bab 11_Terima

Hampir dua hari aku tidak sedarkan diri sebab kehilangan banyak darah. Ketika aku sedar, ramai yg ada bersama aku. Mak tok, tok ayah, mama dan papa Hazama, tidak ketinggalan juga Hazama dan kawan-kawannya. Aku rasa lebih baik apabila melihat semua orang ada bersama aku ketika itu. Oleh kerana tanganku masih berbalut, aku masih tidak berdaya utk mengangkat barang. Hazamalah orang yg banyak membantuku dan menjagaku. Dia menjagaku dengan begitu baik dan teratur sepanjang aku berada di dalam tahanan wad. Dia juga tidak membenarkan sesiapa datang melawat selain dari ahli keluarga dan kawan-kawan baiknya. Dia bimbang jika wafie akan datang melawatku ketika ketiadaan Hazama. Setiap masa Hazama akan bersama aku. Dan kalau dia ada hal, dia pasti akan minta sesiapa utk menjagaku. Samada mak Jah atau Mak tok. Aku duduk dalam wad hampir 5hari, jadi pada hari yg ke 5 itu, doktor benarkan aku discharge pada keesokkan pagi selepas sesi berjumpa doktor waktu pagi. Jika tiada masalah, aku terus boleh keluar. Waktu melawat hampir tamat, Hazama turun mencari mak Jah utk gantikan tempatnya. Ketika itu lah, Wafie datang dengan sejambak bunga dan meletakkan sisi katilku. Dia merenung wajahku sehingga aku dapat hidu minyak wanginya menghampiri wajahku. Aku terjaga dan dia menutup mulutku. Aku hanya mengangguk, faham dengan apa yg ingin dia arahkan. Apabila mulut aku dilepaskan, dia memegang tanganku yg berbalut.

Wafie: Wei, aku minta maaf Lisa. Aku tak

sengaja.. Aku tak bermaksud pun nak

sakitkan kau.

Aku: Aku okay jela.. Jangan la risau. Aku lagi

kuat dari yg kau sangka.

(dia memegang tanganku.)

Wafie: Kalau macam tu okaylah. Aku tak nak

kehilangan kau, Lisa. Aku sayangkan

kau.

Aku: Wafie.. Aku minta maaf banyak-banyak

kat kau. Kalau kau sayang aku sebagai

kawan, aku akan terima dengan hati yg

terbuka. Tapi kalau kau sayang lebih..

Aku tak mampu Wafie. Aku tak suka

bercinta dengan kaum sejenis. Itu bukan

cara aku. Sekali lagi aku minta maaf

dengan kau, Wafie. Jangan ganggu

Hazama lagi lepas ni.. tolong..

(Wafie mula berang tetapi dia cuba

control kan diri kerana berada di dalam

wad)

Wafie: Hey Lisa! kenapa ye kau masih bela si

jantan tak guna tu? Kau tahukan apa

dia dah buat? Kau masih boleh maafkan

semua kesalahan dia macam tu je? Kau

tahukan, kau kenal aku dulu dari kenal

dia? Kenapa kau pilih dia bukan aku!?

Bukan mudah utk aku lepaskan kau!

Kalau aku tak dapat, dia pun tak akan

dapat!

Kakinya terus melangkah keluar dari bilik aku. Walaupun aku berasa lega tetapi masih risau akan keselamatan Hazama. Tak lama kemudian Mak Jah masuk ke dalam dan membawa makanan yg telah dimasak dari rumah. Bagus juga, dapat aku merasa masakan Mak Jah. Rindu rasanya. Tapi hati masih risau. Keesokkan pagi, Hazama melihat jambangan bunga di katil tanpa nama. Apabila dia tanya aku menjawab Wafie yg datang melawat aku semalam, wajahnya nampak risau. Mundar mandir seperti berfikir sesuatu. Dia mula menghubungi kawan-kawan baiknya utk meminta pendapat dan pandangan dari kawan-kawannya berkenaan masalah yg aku hadapi.

Jadi setelah mereka berbincang, dia meminta aku supaya mendengar arahan dia kali ini. Buka sahaja semester baru, dia tidak membenarkan aku utk tinggal di asrama lagi. Dia meminta kebenaran mak tok dan tok ayah supaya aku tinggal dirumahnya yg berada di dalam kampus itu juga. Rumah itu juga merupakan tempat tinggalnya sewaktu belajar di kolej itu juga. Dia tidak akan lagi tinggal di situ kerana dia sudah pun tamat pengajiannya dan dia akan berpindah ke Kuala Lumpur utk mengikut mama dan papanya pula. Dia minta aku pindah ke rumahnya itu kerana dia tidak mahu aku diganggu lagi oleh Wafie dan kawan-kawannya yg lain. Papa dan mama Hazama juga bersependapat dan mereka juga sudah pun meminta izin pihak kolej utk aku tinggal dirumahnya. Dan semua terpaksa bersetuju dengan cadangan mereka, memandangkan aku akan jadi menantu mereka tidak lama lagi. Aku tidak pasti samada aku patut gembira atau sedih kerana tidak dapat berada di asrama lagi. Namun aku masih boleh melawat kawan-kawanku yg lain ketika pergi ke kelas.

Sepanjang minggu aku berada di dalam wad, Hazama yg banyak menjaga aku. Katanya, bimbang aku sendirian lagi. Banyak yg aku belajar mengenali diri Hazama ketika itu. Dia juga banyak bercerita tentang dirinya semasa kecil dulu. Dia sempat dan masih ingat pada arwah mama dan papa aku. Katanya, semasa dia dapat tahu yg dia akan di tunangkan dengan aku, dia amat marah. Dia takut apabila sudah besar nanti kami tidak serasi. Sebab itu lah dia banyak buat hal dan memberontak. Dia mahu papa dan mamanya menghentikan pertunangan itu. Namun apabila dia mengenali aku, dia rasa bersyukur dapat dijodohkan dengan aku. Walaupun kami berjumpa dalam keadaan yg kurang baik. Aku juga dapat tahu, Hazama mempunyai seorang adik perempuan yg duduk belajar di London. Adiknya tinggal di sana sejak dari tingkatan 3 lagi kerana adiknya amat cemerlang dalam pelajarannya. Mama dan papa Hazama mahu adiknya mendapat pelajaran yg terbaik. Manakala Hazama hanya di masukkan di kolej papanya. Itu juga salah satu yg membuatkan dirinya memberontak. Kadang-kadang aku ketawa apabila mendengar cerita tentang dirinya. Macam budak-budak. Lama panjang kami bercerita, kawan-kawannya juga turut datang melawat aku sambil membawa beberapa buah tangan. Mereka mula rapat dan mengenali aku dengan baik.Mereka juga seperti aku juga, risaukan tentang perangai Hazama. Tapi apabila dia banyak luangkan masa dengan aku, ketika itulah berputik satu perasaanku terhadapnya. Dia seorang lelaki yg baik, romantik dan setia.

Apabila mulanya semester baru iaitu semester 6, aku terus berpindah ke rumahnya. Dalam rumahnya, dia juga turut mempunyai seorang orang gaji dan seorang driver. Dia juga amat peka terhadap keselamatan aku. Jadi diatelah memasang beberapa CCTV di sekitar kawasan rumahnya dan alarm di setiap pintu dan tingkap rumah itu. Setiap hari aku akan dilayan seperti tuan rumah walaupun tuan rumah sebenar tiada disitu. Namun aku masih ada sikap berdikari. Aku tidak mengharapkan semua kerja di buat oleh org gajiannya. Ada masa aku akan memasak sendiri makanan aku atau cari makanan di luar. Menghadiri kelas, aku masih pergi sendiri. Tapi tanganku masih tidak dapat barang-barang yg berat, jadi dia memberi kebenaran hanya kawan sekelas aku, Nadia dan Atikah yg dibenarkan utk mengambil atau menghantar aku. Hanya orang-orang tertentu sahaja yg dapat masuk ke dalam kawasan rumahnya kerana rumah itu di pantau ketat oleh pihak kolej. Mereka tidak mahu sebarang aktiviti haram berlaku dikalangan pelajar kolej itu. Samada dalam kampus atau luar. Sepanjang aku masuk ke kelas, aku tidak lagi berjumpa dengan Wafie mahupun kawan-kawannya. Aku agak bimbang jika masih bertembung dengan Wafie. Apa yg akan dia lakukan kali ini? Aku masih takut kalau apa yg di katakan hari tu, adalah betul. Dia jatuh cinta dengan aku! Aku tak mungkin jatuh cinta pada dia. Walaupun dari luaran rupanya seperti lelaki tetapi hakikatnya dia adalah seorang perempuan! Mana mungkin aku mahu bersama dengan kaum sejenis. Aku hanya menganggapnya seperti kawan perempuanku yg lain. Jika dia menganggap aku lebih, aku hanya berdoa agar dia mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Semoga dia pulang ke pangkal jalan.

Hujung semestar 7, ketika menjelang minggu peperiksaan, Hazama pula datang utk melawat aku. Aku cuba utk menolak dari berjumpa dengannya kerana aku harus tumpukan pelajaran pada ketika ini. Peperiksaan semakin hampir aku takut tidak sempat utk study semua sekaligus. Tapi dia tetap menyuruh aku berjumpa dengannya. Walaupun hanya utk seketika. Oleh kerana terdapat rasa rindu aku padanya, aku bersetuju utk jumpa dengannya sebentar. Selepas habis kelas petang itu, aku menyuruhnya datang mengambil aku di rumah. Sudah sekian lama aku tidak berjumpa dia, jadi kali ini aku memakai make-up dengan pakaian yg agak istimewa. Semasa dia datang menjemput aku, dia agak terkejut melihat aku lain dari dulu. Dia beberapa kali memuji dan tersenyum melihat aku boleh menerima dirinya. Kami keluar makan di restoran kegemarannya kerana sudah sekian lama tidak merasa makanan kegemarannya. dan kami terus menuju ke arah pantai utk melepak dan bersantai di tepi pantai. Hampir lama juga kami di sana tapi tidak lama kemudian Amir, Zul dan Naufal datang memberi kejutan padaku. Banyak yg telah berubah pada mereka. Sejak mereka tamat pengajian, mereka merempuh kehidupan peribadi masing-masing. Amir sudah semakin berotot kerana hampir setiap hari dia pasti akan ke gym. Zul pula semakin bergaya dengan penampilan ahli koprate kerana dia selalu menghadiri beberapa mesyuarat memandangkan ayahnya merupakan seorang CEO syarikat. Jadi dia sekarang sudah menjadi pembantu peribadi ayahnya sekarang. Naufal sahaja yg masih sama. Tiada perubahan. Namun kata Zul, aku silap. Sekarang dia lebih kerap berada di kelab malam dan berdating bersama beberapa orang wanita yg baru dijumpainya di sana. Aku memberi amaran pada Naufal supaya tidak mengajak Hazama sekali terlibat dengan perempuan lagi. Mereka hanya ketawa apabila melihat Hazama telah di control oleh aku dan Hazama tidak mampu melawan kataku kali ini sebab katanya, kali ini aku yg betul. Hubungan mereka amat baik seperti selalu. Walaupun setelah sekian lama tidak berjumpa. Aku turut gembira walaupun mereka bukanlah kawan berperangai baik namun mereka amat setia kawan dan amat mempercayai satu sama lain.