webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · 若者
レビュー数が足りません
59 Chs

Bab 45

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Aku memakai blouse, jeans dan tudung bawal. Macam biasa. Tapi...

"Ah! Tudung ni nak mati ke?" rungutku seorang diri kerana tudung itu tidak berbentuk elok. Setelah beberapa kali aku cuba membaiki kecacatan tudung aku itu, tapi masih tak jadi, aku biar je. Ah! Lantak kau lah nak jadi ke tak tudung! Aku malas nak gosok tudung lain. Takut lambat nak masuk kelas. So, pakai je lah tudung tak jadi tu.

Aku keluar daripada bilik selepas mengambil beg. Aku terserempak dengan Sarah. Dia kelihatan gembira. Senyum bukan main lebar.

"Morning, Nayli!" ucap Sarah, gembira bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Morning." balasku.

"Kenapa tudung tak jadi ni?" tanya Sarah.

"Entah. Dah berapa kali dah try betulkan. Still tak jadi. So, biar je lah. Okay ke?" tanya aku.

"Okay je. Cantik, cantik. Don't worry." kata Sarah lalu turun ke bawah. Aku memandang Sarah pelik. Dah kenapa happy semacam? Apa jadi? Aku turut turun ke bawah.

"Morning Qis!" ucap aku dan Sarah.

"Morning!" balas Qistina. Sarah menyediakan sarapan sambil menyanyi.

"La la la la la..." Qistina turut memandang Sarah pelik.

"Nayli. Kenapa dengan Sarah? Happy semacam je..." tanya Qistina.

"Kan. Kita pun tak tahu." kata aku.

"Qistina!" panggil Sarah.

"Ye?" balas Qistina.

"Awak nak breakfast jugak?" tanya Sarah.

"Boleh jugak." jawab Qistina.

"Okay! Nayli?" tanya Sarah lagi.

"No, thanks. Tak ada selera lah." jawabku.

"Ala ala... Sian lah dia tak ada selera. Okay lah." kata Sarah. Dia sambung memasak. Aku dan Qistina saling berpandangan sambil berkerut dahi.

Aku dan Qistina duduk di meja makan. Main phone sambil tunggu Sarah siap masak. Aku naik ke tingkat atas masuk ke dalam bilikku. Aku ingin mengambil sesuatu. Sarah yang sudah siap masak itu menghidangkan makanan di atas meja.

"Yeay!" Qistina dah tak sabar nak makan.

"Makan lah." kata Sarah.

"Thanks." ucap Qistina.

"Welcome." balas Sarah. Dia mengambil tempat duduk dan sedia untuk makan.

"Mana Nayli?" tanya Sarah.

"Dalam bilik dia kot." jawab Qistina. Aku turun ke bawah sambil membawa guitar kesayangan aku. Aku turut duduk di meja makan itu.

"Ah! Miss my baby girl!" kata aku. Dah lama aku tak main guitar. Aku memetik guitar. Aku main petik je.

Setelah mereka siap makan, aku meletak kembali guitar aku di dalam bilik dan kami ke kolej.

Sampai sahaja di kolej, kami mencari kelibat mereka.

"Sarah." panggil aku.

"Ye?" sahut dia.

"Kita nak tanya... Kenapa awak happy semacam hari ni?" tanya aku.

"Haah. Tadi siap nyanyi lagi masa masak." kata Qistina.

"Nothing. Just tadi Haras call..." kata Sarah.

"Oh... Cakap dengan boyfriend... Patut lah happy..." kata Qistina. Aku tersenyum.

Haizeq dan Johan menuju ke arah kami. Kenapa dengan Haizeq? Kenapa dia nampak macam letih? Tak cukup tidur ke?

"Mia..." panggil Haizeq. Dia mengangkat mukanya memandangku. Oh! Ada dark circle! Eye bag teruk! What happened?

"Mia..." panggil Haizeq lagi.

"Kau tak tidur ke?" tanya aku kepada Haizeq.

"Dia tidur lambat..." kata Johan.

"Kenapa?" tanya aku.

"Aku baca novel kau lah... Best sangat. Sampai tak boleh stop baca." kata Haizeq. Aku tergelak.

"Kan dah cakap! Aku hari tu pun susah nak stop baca." kata Sarah.

"Nayli. Semalam kan..." Johan menceritakan apa yang terjadi semalam.

______________________________

Imbas kembali apa yang terjadi semalam.

Haizeq dan Johan bersenang lenang di atas katil masing-masing setelah beberapa jam penat menyiapkan assignment.

Haizeq mengambil novel itu di atas mejanya dan kembali duduk di atas katil. Dia mula membaca sinopsis novel itu.

"Weh Haizeq!" panggil Johan. Haizeq yang sedang fokus membaca itu terganggu. Dia melemparkan muka tidak mahu diganggu kepada Johan.

"Ye. Nak apa?" tanya Haizeq.

"Kau ambik novel aku eh? Bagi balik!" bentak Johan.

"Mana ada! Ni aku punya lah." balas Haizeq.

"Habis tu mana aku punya?" tanya Johan.

"Mana lah aku tahu!" jawab Haizeq.

"Aku sure tu aku punya! Bagi lah balik!" kata Johan. Dia cuba merampas novel itu daripada Haizeq.

"Eh! Kau ni dah kenapa? Ni aku punya!" bentak Haizeq.

"Haizeq! Bagi lah! Tu aku punya!" kata Johan.

"Wait!" kata Haizeq. Mereka berhenti berebut. Haizeq menyelak novel itu. Ada tandatangan aku dan nama 'Haizeq'. Dia tunjuk kepada Johan.

"Ha! Ni aku punya!" kata Haizeq.

"Habis tu? Novel aku?" tanya Johan.

"Kau dah cari betul-betul ke?" tanya Haizeq.

"Ye. Tak jumpa." kata Johan. Mata Haizeq melilau mencari novel itu. Dia terjumpa sesuatu di bawah bantal Johan.

"Wey! Tu apa? Kat bawah bantal kau tu?" tanya Haizeq. Johan mengangkat bantalnya. Ha... Jumpa pun.

"Ha! Tu apa?" tanya Haizeq. Johan hanya tersengih.

"Ish! Kau ni kacau je aku nak baca!" marah Haizeq.

"Sorry, sorry." pinta Johan. Mereka mula membaca.

Beberapa jam kemudian...

Johan terdengar esakan.

"Wey Haizeq. Kau nangis ke?" tanya Johan.

"Mana ada." nafi Haizeq. Dia mengelap air matanya. Kata tak nangis!

"Hehe. Aku tahu lah kau nangis." kata Johan.

"Aku tak nangis. Air mata ni je tiba-tiba keluar." jawab Haizeq.

"Ye ke?" tanya Johan.

"Takde lah! Kenapa Mia buat cerita sedih ni? Sampai hati dia buat aku macam ni... Semua salah Mia..." kata Haizeq. Johan tergelak.

"Haizeq... Sebenarnya aku pun nak nangis jugak. Tapi aku tahan..." Johan mengaku. Mereka tergelak.

_________________________

"Hahahaha..." kami ketawa selepas mendengar Johan cerita apa yang jadi semalam.

"Mia. Aku mengaku aku nangis semalam. Kau lah! Buat cerita sedih sangat!" kata Haizeq. Aku tergelak.

"Korang dah baca sampai mana?" tanya Qistina.

"Aku tinggal separuh je lagi." jawab Haizeq.

"Johan?" tanya Sarah.

"Aku baru baca sikit. Baru 30 chapter. Aku mengantuk semalam. Haizeq je tidur lambat." kata Johan. Aku memandang Haizeq. Aku tersenyum.

"Haizeq dah tak handsome lah! Ada dark circle..." kata aku.

"Aku tahu! Tadi ingat tak nak datang sebab dah tak handsome. Nanti Mia tak nak kawan dengan aku, tapi..." Haizeq bercakap seperti budak-budak.

"Eh kau. Kau datang nak belajar ke nak jumpa Mia?" tanya Sarah. Haizeq mengangkat bahu.

"Dah dah. Class dah nak start. Jom masuk class." ajakku. Hari ni aku duduk sebelah Sarah. Aku save seat di sebelah aku untuk Eiman. Aku memandang ke sekeliling. Aku terpandang satu raut wajah itu. Muka dia ada iras macam pelakon korea. Ha! Oppa apa eh nama dia? Aku dah lupa. Tapi kalau sekali pandang, hampir sama dengan oppa tu. Nanti kalau aku ingat aku bagitahu korang.

Aku melambai-lambai kepada Eiman. Dia yang nampak aku melambai kepadanya itu tersenyum. Ha! His smile! The way he smile makes him look more like that oppa. They have the same eyebrow too! Eiman menghampiriku. Dia duduk di sebelahku.

"Morning!" ucap Eiman.

"Morning!" balasku mesra.

"Sleep well last night?" tanya Eiman.

"Yeah." jawabku.

"Dah breakfast?" tanya Eiman.

"Tak breakfast. Kau?" tanya aku.

"Same." jawabnya. Aku dapat message daripada papa aku.

Papa:

- Assalamualaikum, kakak. Morning!

Aku:

- Waalaikumussalam, papa. Morning!

Papa:

- Kakak dengan kawan-kawan sihat?

Aku:

- Sihat je! No worries!

- Papa, mama and the brothers sihat?

Papa:

- Sihat, alhamdulillah...

- Kakak ada class ke?

Aku:

- Ada. Tak start lagi.

Papa:

- Ohh... Okay lah. Ada apa-apa call je! Focus belajar! Bye!

Aku:

- Okay! Bye pa...

Aku tersenyum. Eiman yang dari tadi memandang aku tapi aku tak sedar.

"Nayli." panggil Eiman. Aku memandangnya dan setia menanti apa yang akan Eiman katakan.

"Hello everyone. Okay. Our class gonna start now." sapa lelaki yang agak berusia itu yang mengajar kami.

"Yes? What is it?" tanya aku kepada Eiman. Eiman terkaku memandangku.

"Em. Takpe lah. Kejap lagi lah." katanya.

"Okay." akurku. Aku memandang Haizeq. Dia tertidur sambil kepalanya dilentokkan di atas meja. Aku tersenyum. Aku mengambil gambarnya secara senyap-senyap.

"Haizeq!" panggilku perlahan. Dia membuka matanya. Haizeq memandangku.

"Jangan tidur. Class dah nak start." kata aku kepada Haizeq yang berada selang tiga seat daripada aku. Dia mengangkat kepalanya dan cuba memberikan tumpuan. Aku memerhatinya. Hahaha! Cute bila tengok muka tahan mengantuk dia tu!

Setelah kelas berakhir, kami melangkah keluar untuk pulang.

"Nayli. Kita dengan Sarah nak pergi toilet kejap tau." kata Qistina. Aku hanya mengangguk. Aku berjalan di sebelah Haizeq.

"Haizeq. Mengantuk lagi ke?" tanya aku.

"Haah. Balik ni aku nak tidur kejap. Lepas tu nak sambung baca novel kau." kata Haizeq. Aku tergelak kecil.

"Oh yeah. Mia. Jom main game sama-sama." ajak Haizeq.

"Sure! Dah lama tak main sama-sama." kata aku.

"Okay. Pukul 4 tau." kata Haizeq.

"Deal!" setujuku.

"Jom balik." ajak Haizeq.

"Em. Kau balik lah dulu. Aku nak tunggu Sarah dengan Qis." balasku.

"Oh. Okay then. Bye! Jangan lupa, pukul 4!" kata Haizeq.

"Ye!" jawabku. Aku memusing badanku ke belakang.

"Oh mak kau!" latahku. Terkejut aku! Terpampang muka Eiman yang handsome lagi charming yang sedang memandangku. Eiman tergelak.

"Eiman! Terkejut lah." kata aku.

"Sorry, sorry. I didn't mean to." pinta Eiman.

"It's okay." balasku.

"Em... Nayli." panggil Eiman.

"Yes?"

"Umm..." Eiman masih tidak mengeluarkan kata-katanya. Dia kelihatan teragak-agak untuk berkata-kata. Aku pelik.

"Why? Did you do something wrong?" tanya aku. Eiman menggeleng.

"Then? Shy?" tanya aku lagi.

"Maybe..." jawabnya.

"Hahaha... Cakap je lah. Tak payah malu-malu..." kata aku. Eiman menarik nafas sebelum bersuara.

"Jom dating esok." ajak Eiman. Aku terdiam dan terpaku memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Hehe... Jom pergi Art Gallery dengan aku esok." ajak Eiman sekali lagi sambil tersenyum.

"Oh! Sure! Terkejut aku. Ingatkan apa lah tadi." kata aku.

"Okay. Aku ambik kau dekat rumah esok. Pukul 9:30 pagi. Okay?" tanya Eiman.

"Okay." setujuku.

"Bye. Aku balik dulu." Eiman meminta diri.

"Bye!" balasku. Eiman berlalu pergi. Sarah dan Qistina menghampiriku.

"Jom balik." ajak mereka. Aku hanya akur. So, ada dua benda aku kena ingat. Pukul 4 kejap lagi, main game dengan Haizeq. Esok, pukul 9:30 pagi keluar dengan Eiman.

Hi guys! Lama tunggu? Sorry! Sorry sangat-sangat sebab lately ni banyak korean drama yang best-best! Sampaikan lupa korang... Plus, idea tak nak masuk! So, ni bab 45. Korang comment lah apa-apa. This comment section is available 24 hours! I will reply your comments. Anyway, enjoy reading guys! Next chapter is coming soon. Stay tuned, stay safe. Love! ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts