webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · 若者
レビュー数が足りません
59 Chs

Bab 35

"Uwek!" Haizeq menghamburkan muntahnya. Uwek! Aku pun rasa nak muntah bila ada orang muntah. Tetapi tetap aku tahan. Aku mengusap belakang Haizeq. Hmm... Kesian Haizeq I ni...

"Haizeq? Okay tak?" tanya aku, lembut. Haizeq berkumur-kumur. Mukanya lesu. Aku membawa Haizeq duduk di sebuah bangku. Sarah, Qistina, Eiman dan Johan menghampiri kami.

"Nah." aku menghulurkan sebotol air mineral kepada Haizeq. Haizeq meneguk air itu perlahan.

"Muntah ke?" tanya Johan.

"Haah..." jawabku bagi pihak Haizeq.

"Ish ish ish... Kesian..." kata Sarah sambil menggeleng kepala.

"Um... Haizeq. Kau okay ke?" tanya aku.

"Hmm... Okay lah sikit...." kata Haizeq, lemah.

"Kenapa kau tak cakap yang kau memang tak boleh naik roller coaster?" tanya Qistina.

"Aku pun tak tahu kenapa aku muntah. Tapi sebelum ni okay je naik roller coaster. Mungkin sebab dah lama tak naik kot..." kata Haizeq.

"Umm... Kalau macam tu... Boleh tak kau duduk sini kejap? Kitorang nak pergi pendulum ride pulak ni." kata aku.

"Hah? Tinggal aku kat sini sorang-sorang ke?" tanya Haizeq. Heh... Mengada-ngada! Macam budak-budak lah. Takde orang nak culik pun! Eh. Ada. Wanita-wanita di luar sana akan culik Haizeq daripada kau... Hahaha... Masa tu baru kau nak menyesal. Otakku menyampuk. Aduh... sibuk ah otak nih... Boleh tak jangan menghasut orang? Nasib baik Haizeq cute... Hehehe...

"Ke kau nak ikut kitorang pergi pendulum ride tu?" tanya Johan.

"Err... Takpe lah. Aku tunggu dekat sini. Tak larat nak muntah..." kata Haizeq.

"Tahu takpe..." kata Sarah.

"Hmm... Kalau macam tu, kitorang pergi dulu lah. Take care!" kata aku. Sebelum tu, aku sempat lagi melambai ke arah Haizeq yang tersenyum ke arahku.

Kami berjalan menuju ke pendulum ride. You know pendulum ride? Dia berpusing-pusing jugak. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu pendulum ride tu macam mana. Korang search dekat google je lah!

Johan duduk di sebelah Qistina, Qistina duduk sebelah Sarah, Sarah duduk sebelah aku, aku duduk sebelah Eiman. Huh... detail tu... Kami mengambil tempat masing-masing. Oh-oh! Dah nak start! Argh!

"Nayli!" jerit Eiman. Aku, Sarah dan Qistina tergelak gembira. Aku pandang bawah. Giliran aku pula menjerit. Gayat! Tingginya!

"Huhuhu... Qis... Tolong..." rayu Johan. Kami tergelak lagi. Oh-oh! Berpusing pulak! Oh no!

"Sarah! Qistina! Eiman! Johan!" jeritku. Ha... Ambik kau. Habis semua nama aku sebut. Eh. Ada yang tertinggal.

"Haizeq!" jeritku lagi. Mereka tergelak.

"Eiman!" jeritku.

"Ya!" sahut Eiman, turut menjerit.

"Aaaaa!" akhirnya Sarah menjerit. Dari tadi ketawa je.

Huh! Penat... Penat apa? Penat menjerit dan ketawa. Eiman menghembus nafas leganya. Aku memandangnya.

"Best?" tanya aku.

"Best... Tapi penat." kata Eiman.

"Hahaha... Kesian..." kata aku.

"Nayli. Tunggu sini jap." kata Eiman.

"Hah? Apa? Kenapa?" tanya aku, keliru. Tanpa jawapan, Eiman berlalu pergi. Aku hanya berdiri menunggu Eiman di situ. Sarah, Qistina dan Johan aku dah tak nampak batang hidung. Huhuhu... Kenapa Eiman tinggal aku dekat sini? Kenapa dia suruh aku tunggu dia dekat sini? Banyak persoalan di dalam kepala. Aku menyepak-nyepak batu-batu di kaki aku itu. Ada orang menepuk bahuku dari belakang. Haih... Terkejut aku. Aku berpaling ke belakang.

"Nah." Eiman menghulurukan sesuatu. Giant rainbow cotton candy! Wah... Aku mengambil cotton candy itu dengan muka gembira.

"Wah... Cantiknya cotton candy ni! Kau beli kat mana ni?" tanya aku.

"Tu..." Eiman menunjuk ke arah gerai yang menjual cotton candy ini. Aku mengangguk.

"Thanks!" ucapku sambil menghadiahkan senyuman paling manis. Eiman terpaku seketika. Dia tersenyum.

"Welcome, cutie!" balas Eiman. Aku memasukkan sedikit cotton candy itu ke dalam mulutku. Hm! Sweet!

"Nak? Share..." kata aku. Eiman hanya mengangguk dan tersenyum. Dia mengambil sedikit dan memasukkan ke dalam mulutnya.

"Um. Jom beli untuk diorang sekali. Sebab nanti diorang nak aku punya... Habis nanti." kata aku, memuncungkan bibir.

"Hahah... Okay. Jom." ajak Eiman. Kami menuju ke gerai itu. Kitorang beli dua cotton candy itu lagi. Sarah share dengan Qistina. Haizeq share dengan Johan. Tiba-tiba aku tersedak. Aku terbatuk-batuk sambil menutup mulut. Haih... Siapa mengata aku ni? Eiman mengusap dan menepuk belakangku perlahan. Dah habis batuk...

"Okay tak? Nak air?" tanya Eiman, perlahan.

"Nah... It's okay. I'm fine." kata aku.

"Hey, young lady! Lucky you! Your boyfriend is so handsome and caring!" puji wanita yang berada di sebelah pembuat cotton candy itu. Dia agak berusia.

Hah? Boyfriend? Aku dan Eiman saling berpandangan. Aku terkelip-kelip. Eiman tersenyum memandangku sambil mengangkat kening. Err... What is that mean? Kami hanya tersenyum kepada wanita itu. Tak tahu nak cakap apa.

"You too, young and handsome man! Your girlfriend is quite pretty and cute." wanita itu memuji aku pula.

"Thank you!" ucap Eiman kepada wanita itu. Haih... Aku yang kena puji dia pula yang cakap 'thank you'...

Sekali lagi aku tersedak. Haih... Batuk lagi. Penat aku! Sekali lagi Eiman mengusap belakang aku. Wanita itu tersenyum memandang kami.

"Since you two looks like a sweet couple, I'll give you discount!" pelawa wanita itu. Aku dan Eiman berpandangan lagi. Kami tersenyum.

"Oh! Thank you so much!" ucapku. Eiman memegang dua cotton candy yang di beli tadi. Cotton candy diorang lah! Aku call Sarah.

"Awak dekat mana?" tanya aku.

"Dekat bangku tempat Haizeq duduk tadi lah." kata Sarah.

"Oh. Okay!" aku mematikan talian. Kami menuju ke tempat tadi. Dalam perjalanan;

"Untung kita. Dapat discount." kata Eiman.

"Tu lah. Kalau macam tu kena berlakon jadi couple selalu ni!" kata aku, semangat.

"Boleh je..." kata Eiman. Dia tersenyum. Eh. Apa yang boleh? Hey Nayli! Apa kau cakap tadi? Haish... Mulut ni! Main lepas je! Kami sampai di bangku tadi.

"Woah..." mata Sarah dan Qistina tertumpu kepada cotton candy itu. Eiman menghulurkan cotton candy itu kepada mereka.

"Pergi mana tadi? Dating?" tanya Qistina. Haih... Tadi Sarah. Ni Qistina pulak.

"Haah." jawab Eiman. Haizeq berpaling memandang ke arah kami. Mukanya berubah. Aku hanya tersengih memandang Sarah dan Qistina. Takkan lah diorang percaya kan?

"Nayli." panggil Eiman. Aku berpaling.

"Nak tu." kata Eiman. Dia menunjuk ke arah cotton candy yang aku pegang itu.

"Oh. Nah. Ambiklah." kata aku. Aku menghulur cotton candy itu.

"Uyyoo... share... Sweetnya couple ni!" kata Sarah. Haih... Aku mengeluh. Sarah dengan Qistina ni saja je tau! Aku dan Eiman menghiraukan mereka. Kitorang hanya focus makan cotton candy je. Eh. Lupa nak ambik gambar! Aku keluarkan phone dari beg dan mengambil gambar. Eiman menyorokan mukanya.

"Eh. Join je lah." kata aku. Aku mengambil gambar. Kemudian aku mengajak Sarah dan Qistina mengambil gambar pula. Aku memberi cotton candy itu kepada Eiman. Suddenly aku rasa macam aku rindu someone ni. Aku berjalan menuju ke arah Haizeq.

"Haizeq! Tak selfie lagi!" kata aku. Haizeq tersengih. Klik! Hmm... Biasa lah. Dalam gambar Haizeq lah yang paling handsome. Muka aku macam apa entah...

"Korang! Pandang sini!" kata aku.

"Eiman! Johan! Sini sikit. Tak nampak." kata aku. Klik! Haa... Dah ada gambar... Dah lah ber-view-kan ferris wheel tu. Ah! Cantik. Aku kembali kepada Eiman. Kami sambung makan cotton candy itu lagi.

"Er, korang. Makan cotton candy je ke? Aku lapar lah... Dah la tadi muntah. Takde tenaga dah nak sambung main ni... Cotton candy pun dah habis..." kata Haizeq.

"Hmm... Ye lah. Jom makan." ajak Sarah. Kami menikmati makanan tengahari. Kami sambung main. Bumper cars! Boom! Boom! Boom! Habis kena langgar dengan Haizeq, Sarah dan Qistina. Boom! Ha... Ambik kau. Aku balas balik. Boom! Adui... Aku kena langgar dengan Eiman pulak. Eiman tergelak.

"Eh korang. Stop jap. Mana Johan?" tanya aku. Kami mencari kelibat Johan. Oh... Dekat hujung tu! Johan turut memandang ke arah kami.

"Kejar Johan!" kata Haizeq. Kami mengejar Johan. Johan melarikan diri. Hahaha... Daripada tadi penuh dengan ketawa. Boom! Ha... Dapat pun Johan!

Kami teruskan bermain. Kali ni swing ride pulak. Laju lagi! Wah... Jarang betul aku rasa happy macam ni.

Dah macam-macam kitorang main. Dah banyak sebenarnya. Malas nak cakap semua. Antaranya... tembak-tembak... Hehehe... Part tembak-tembak tu aku dengan Haizeq lah yang paling happy...

"Haizeq! Tembak, tembak!" jeritku.

"Okay! Mia tembak tu! Tembak! Shoot!" jerit Haizeq pula. Bersungguh betul. Sarah dan Qistina menggeleng kepala. Eiman dan Johan hanya tersenyum melihat tingkah laku kami.

"Woah! Menang!" jerit aku dan Haizeq.

"Eh. Bisingnya..." kata Sarah. Kitorang dapat panda bear. Ah! Cute!

"Hahaha... Cute... Macam Mia." kata Haizeq. Aku hanya tersenyum. Nasib baik panda. Kalau dia cakap monyet cute macam aku, dah lama Haizeq tu kena makan dengan aku.

"Okay. Kat mana lagi nak pergi ni?" tanya Johan.

"Haunted house!" kata aku sambil tunjuk ke arah haunted house yang berada di depan aku.

"Haizeq pun kena masuk jugak." kata aku.

"Err... Okay..." akur Haizeq.

"Okay jom!" ajak Sarah.

Haizeq? Jangan cakap lah! Dia dari mula-mula masuk dah berkepit dengan aku. Suasana di dalam haunted house tu sungguh gelap. Ada sebuah almari di depan kami. Err... Korang rasa hantu apa eh dari almari? Almari tu terbuka perlahan-lahan. Argh! Ju-on! Ju-on keluar merangkak menuju ke arah kami. Huhuhu... Tolong! Johan yang berada di hadapan berlari ke belakang. Kini Sarah dan Qistina yang berada di hadapan. Wow... Berani betul...

Huh! Dah lepas almari. Haih... Gelap lagi. Kamu berjalan perlahan-lahan. Tiba-tiba baju Johan ditarik secara perlahan dari belakang. Johan berpaling ke belakang.

"Argh!" jerit Johan, terkejut. Kami turut terkejut. Siapa yang tarik baju Johan tadi? Budak kecik yang serba putih. Mata dengan rambut je hitam. Ye... budak yang dalam cerita Ju-on jugak. Haizeq dari tadi menjerit takut.

Kami berlari. Haih... Tak habis lagi. Habis semua hantu ada. Hantu dalam cerita Insidious 1, 2, 3... Dan banyak lagi hantu dari cerita seram. Semua ada. Oh-oh!

"Qis. Awak cakap awak nak patung Annabelle kan? Tu. Awak pergi ambik dekat sana." kata aku kepada Qistina sambil menunjuk ke arah patung Annabelle yang berada di dalam bekas kaca itu.

"Err... Kita tukar fikiran lah." kata Qistina.

"Mia... Aku takut lah." kata Haizeq.

"Ye... Aku pun takut..." kata aku.

Sampai lah di satu tempat ni. Mirror maze. Macam scary... Kami mencari jalan keluar. Tiba-tiba... Aku ternampak satu badut... IT! Argh! Takut! IT itu menghantuk kepalanya pada dinding kaca macam dalam cerita IT 2! Kami mencari jalan keluar secepat mungkin. IT itu berjalan menghampiri kami. Makin dekat. Mereka melarikan diri. Aku tidak sempat melarikan diri. IT itu dah tangkap aku.

"Mia! Nayli!" jerit mereka. Muka IT itu makin dekat dengan aku. Aku hanya memejamkan mata. IT itu melepaskan aku. Aku membuka mata dan berlari menuju ke arah mereka. Sebelum tu, aku berpaling ke belakang. Aku melambai kepada IT itu. Ye lah... Takkan lah tu IT betul...

Kami tiba di satu bilik. Macam kenal je bilik ni. Aku pandang di sekeliling bilik itu. Aku ternampak ada satu potret. Oh my god! My nightmare! Aku berlari menyorok di belakang Sarah dan Qistina. Huhuhu... Ada The Nun kalau nak lebih jelas, Valac yang berada di penjuru bilik itu. Aku orang pertama yang berlari keluar dari situ. Huh... Akhirnya... Habis jugak haunted house tu. Haunted house ni lah yang paling scary.

"Mia! Kenapa kau tinggal aku?" tanya Haizeq.

"Aku takut Valac..." kata aku.

"Uiii... Lajunya Nayli..." kata Eiman.

"Sebab aku tak nak jumpa nightmare aku..." kata aku.

"Siapa? Valac?" tanya Eiman.

"Yes... I have a lot of nightmare..." kata aku.

"Eh, eh! Dah lah. Jom, jom! Aku nak pergi satu tempat ni..." kata aku. Aku menarik lengan Haizeq dan Eiman berjalan menuju ke arah Sarah, Qistina dan Johan yang sudah mara di hadapan.

Ferris wheel! Yang ni of course! Aku, Sarah, Eiman dan Haizeq masuk cepat-cepat.

"Qis, Johan... Tak muat lah... Korang naik yang lain lah." kata Sarah. Kami tersengih. Saja nak bagi chance kat diorang...

"Eii... Diorang ni! Saja je!" kata Qistina, geram.

"Ehem. Jom." ajak Johan.

"Hah? Err... Okay..." kata Qistina, malu. Qistina dan Johan jalan beriringan.

"Wah! Cantiknya!" jeritku sambil melihat keluar. Wah...

"Eh... Jangan lah jerit. Sakit lah telinga..." kata Sarah.

"Hah?! Apa?! Tak dengar!" jeritku. Annoying kan? Saja... Padan muka Sarah. Sarah mengaku kalah. Haizeq dan Eiman hanya tergelak memandang kami. Kami menikmati pemandangan itu. Kitorang selfie. Eh... Yang tu semestinya!

"Eh. Korang." panggil Sarah. Aku, Haizeq dan Eiman memandangnya.

"Korang rasa apa jadi dekat Qistina dengan Johan?" tanya Sarah, nakal. Kami tergelak.

Suasana ketika ini tersangatlah krik krik. Qistina dan Johan berpandangan. Muka Qistina berona merah. Qistina terus pandang luar. Malu lah tu...

"Ehem." Johan berdehem. Qistina memandang Johan. Johan tersenyum kepada Qistina. Qistina? Muka dia dah nak meletop...

"Cantikkan?" tanya Johan.

"Yeah..." jawab Qistina.

"Awak pun cantik jugak..." kata Johan. Ah! Malunya! Jerit Qistina di dalam hati.

"Thank you..." ucap Qistina.

"Welcome, my dear Qistina..." balas Johan. Mereka berpandangan dan tersenyum.

Hi korang! Bab ni panjang sikit... Btw, how? Okay? Harap okay lah. Korang comment lah apa-apa. Nanti saya reply. Thank you sebab sudi baca cerita ni. Saya terharu sangat. Thanks tau! Okay lah. Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe! Bye! Love you guys always and forever! ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts