webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · 若者
レビュー数が足りません
59 Chs

Bab 34

"I love you, Nayli." ucap dia.

"Oh. I love you too!" balasku. Aku terlalu gembira. Gembira yang tidak boleh diluahkan macam mana rasanya. Lebih daripada 'cloud nine' dah ni. BOOM!

Aku membuka mata dan mengaduh sakit. Huhuhu... Sakit punggung aku...

"Nayli!" jerit Sarah dan Qistina.

"Macam mana boleh jatuh katil?" tanya Qistina. Sarah dan Qistina tergelak terbahak-bahak. Aku mengerutkan dahi. Menahan sakit. Aku memuncungkan bibir pula. Huhuhu... Mimpi ke? Hampeh!

Aku berdiri secara perlahan-lahan. Ah! Sakit oi! Aku duduk di atas katil.

"Macam mana boleh jatuh?" tanya Sarah pula.

"Entah la. Tapi tadi kita mimpi..." belum sempat aku menghabiskan ayatku, Sarah dan Qistina menyampuk.

"Mimpi apa?" tanya mereka.

"Sabar lah. Orang tak habis cakap lagi." marahku. Mereka tersengih.

"Kita mimpi..." aku sengaja melambat-lambatkan ayat seterusnya.

"Haih... Cepat lah cakap mimpi apa..." desak mereka.

"Kita mimpi... Jackson cakap I love you dekat kita!" ujarku. Kami ketawa.

"Hahaha... Kita harap sangat jadi betul-betul..." kataku, tersengih.

"Hmm... Habis tu Haizeq dengan Eiman nak campak mana?" tanya Sarah.

"Eh, tibe." jawabku. Aku menghiraukan kata-kata Sarah.

"Emm... Korang. Jom lah pergi breakfast dekat bawah. Nak mandi pool ni!" ujar Qistina. Kami bersetuju.

Kami mengambil makanan dan mengambil tempat. Haizeq, Eiman dan Johan yang baru turun mengambil tempat. Eiman yang sudah mengambil makanan itu mengambil tempatnya di hadapanku.

"Morning!" ucap Eiman.

"Morning!" balasku sambil tersenyum. Aku, Sarah dan Qistina menghabiskan makanan cepat-cepat.

"Uish. Lajunya makan..." kata Eiman.

"Hehehe..." aku hanya ketawa kecil. Aku, Sarah dan Qistina menuju ke swimming pool. Yeah... Swimming pool time!

"Eh. Mana diorang?" tanya Haizeq yang baru sahaja ingin mengambil tempat bersama makanannya.

"Pergi swimming pool lah tu..." jawab Eiman. Johan menggelengkan kepala dan tergelak kecil.

"Eii... Tak tunggu!" bentak Haizeq, geram. Siapa suruh lambat? Kan dah kena tinggal...

"1, 2, 3!" aku, Sarah dan Qistina melompat ke dalam pool. Ye... Tak habis lagi main air macam budak-budak... Main simbah-simbah... Dalam sibuk main dengan air, datang lah jejaka-jejaka melayu itu... Diorang join kitorang.

Sarah ada plan jahat. Kami berbisik. Ehehehe... 1,2,3! Kami menyimbah air kepada mereka.

"Ha! Ambik ni!" jerit Sarah. Aku dan Qistina tergelak.

"Eh. Asal aku kena jugak?" tanya Johan. Aku, Sarah dan Qistina tergelak. Hahaha... Haizeq, Eiman dan Johan membalas. Yes. Perang air bermula! Argh!

Kami bersiap untuk pulang. Huhuhu... Sedihnya... Kenapa rasa kejap sangat? Kami mengemas barang kami dan turun ke lobby untuk check-out.

"Korang. Kita jalan-jalan kat luar kejap, eh?" kata aku kepada Sarah dan Qistina yang menunggu di lobby. Mereka hanya mengangguk.

"Pergi lah dulu. Kejap lagi kitorang join." kata Qistina.

"Okay!" ujarku.

Aku melangkah ke arah pantai. Aku duduk di atas buaian yang menghadap pantai itu. Wah... Cantiknya! Oh. Seagulls! Aku memejamkan mata dan menikmati keindahan itu sambil mengayunkan buai itu. Ada seseorang duduk di buaian bersebelahan denganku. Aku terbau perfume yang menyenangkan. Aku membuka mata. Tekaan aku betul. Eiman... Aku memandangnya yang sedang memandang ke arah laut. Aku menilik wajahnya. Lama. Eiman memandangku pula bersama senyumannya.

"Kenapa pandang lama sangat?" tanya Eiman, tersengih.

"Saja..." jawabku, tersenyum. Kami memandang ke arah laut semula.

"Nayli." panggil Eiman. Aku berpaling. Peace! Selfie lah apa lagi?

"Lagi, lagi!" desakku.

"Hahaha... Okay..." Eiman akur.

"Phone aku pulak." aku memberi phoneku kepada Eiman. Klik Klik Klik! Haa... Dah berapa gambar ambik tu?

"Oh... Kat sini Nayli dengan Eiman. Dating ke?" tanya Sarah. Kelihatan Sarah dan yang lain turut ke sini. Aku mencebik. Eiman hanya tersenyum. Kami tahu Sarah hanya bergurau.

"Jom lah ambik gambar kat sana." ajak Sarah.

"Okay..." aku dan Eiman hanya bersetuju. Kami mengambil gambar.

"Um, korang. Boleh tak kita datang sini lagi lain kali?" tanya aku.

"Sure!" semua setuju. Kami melangkah meninggalkan tempat itu. Bye...

Hari ni aku drive lagi. Aku kembali gembira. Ha... Nak pergi mana pulak? Ni semua idea Sarah dan Qistina. Thanks to them...

Amusement park! Or fun fair! Ah. Lantak lah panggil apa pun... Aaahh! Jom jom jom!

"Korang. Cepatlah." desakku.

"Ye... Sabar, Nayli. Tahu lah excited..." kata Qistina.

"Korang. Cepatlah korang." ajak Sarah. Dia berdiri sebelahku. Hehehe... Ada gang...

"Mia, jom!" ajak Haizeq. Kami ke kaunter untuk membayar dan mengambil tiket.

"Wah..." kagumku. Dah lama tak pergi fun fair...

"Nak naik apa dulu?" tanya Sarah.

"Nak naik kuda yang pusing-pusing tu... Apa eh nama dia?" tanya aku.

"Carousel!" kata Haizeq.

"Yes. Carousel! Thank you, my dear Haizeq!" ucapku. Haizeq tersengih. Kami menuju ke carousel.

"Wah... Macam budak-budak tapi aku nak naik jugak!" kata aku. Aku, Sarah dan Qistina berpegangan tangan. Haizeq, Eiman dan Johan berjalan beriringan dengan kami. Kami mengambil kuda masing-masing. Sarah dapat unicorn yang aku nak. Qistina dapat tempat di sebelah Sarah. Aku terpaksa duduk dekat belakang mereka. Nasib baik kuda tu cantik jugak. Aku memandang kiri. Ada Haizeq. Aku memandang kanan. Ada Eiman. Aku tergelak memandang mereka. Mereka malu.

"Pakcik-pakcik ni nak pergi mana?" tanya aku, gurau. Mereka memandangku dengan muka tidak puas hati.

"Eh. Makcik ni. Makcik buat apa kat sini? Anak dekat rumah siapa jaga?" tanya Haizeq, turut bergurau. Ha... Kan dah kena! Padan muka kau, Nayli! Otak memerliku.

"Oh... Saya tak ada anak... Kahwin pun belum lagi... Saya kat sini nak fun-fun lah!" kata aku.

"Oh... Saya nak try boleh?" tanya Eiman pula.

"Emm... Tanya mak-mak saya kat depan tu dulu." kataku sambil tunjuk ke arah Sarah dan Qistina. Mereka berpaling ke belakang.

"Hui... Mengata apa tu hah?" tanya Qistina.

"Mak... Ada orang nak try kita..." aduku.

"What the... Hahahhah... Siapa?" tanya Sarah.

"Ni ha... Dua orang pakcik ni..." kata aku sambil tunjuk ke arah Haizeq dan Eiman. Kami semua tergelak.

"Eh kejap. Mana Johan?" tanya aku.

"Hahahha.... Tu... Dengan budak-budak tu..." kata Haizeq sambil menunjuk ke arah Johan yang menaiki unicorn dan dikelilingi kanak-kanak. Semua kanak-kanak itu memandang Johan. Johan malu. Kami tergelak terbahak-bahak.

"Yay! Dah nak start!" kata Qistina, teruja. Waw... Kita imbas kembali kenangan lama zaman kanak-kanak or remaja... Aku pun dah lupa last aku pergi fun fair bila.

"Ok! Nak naik apa pulak?" tanya Qistina.

"Kita naik pirate ship ride tu nak?" tanya Sarah.

"Jom!" kami bersetuju. Aku mengambil tempat di sebelah Sarah dan di sebelah Sarah ada Qistina. Kami mengambil tempat di belakang sekali.

"Uyyoo... Beraninya." kata Johan kepada kami.

"Oh... Yang tu biasa..." kata Sarah. Haizeq, Eiman dan Johan mengambil tempat di depan kami. Wah... Tingginya...

Nak naik apa pulak ni? Roller coaster! Hahaha... Yang ni lah yang paling dinanti-nantikan!

Aku duduk di depan sekali dengan Sarah. Uuuuu... Takut! Qistina duduk di belakang kami. Dengan minah salleh mana, aku tak tahu. Yelah, nak duduk tiga orang, tapi ada dua tempat duduk je. Johan duduk dengan Haizeq. Eiman duduk dengan mat salleh macam yang aku cakap tadi, aku tak kenal. So, jangan tanya Eiman duduk dengan siapa. Kesian Qistina dengan Eiman...

Kami terjerit-jerit. Dah la duduk depan sekali. Berpusing-pusing pulak tu. Aku dan Sarah mengangkat tangan.

"Dah naik! Dah naik!" jerit Sarah.

"Aaaaa..." aku tak tahu nak cakap apa. Aku memeluk lengan Sarah. Huhuhu... Dah nak turun... Ah! Takutnya! 1... 2...3...

"Sarah!" jeritku.

"Nayli!" jerit Sarah.

"Korang!" jerit Qistina dari belakang.

"Qistina!" jerit Johan. Aku, Sarah dan Qistina agak terkejut. Tapi tak sempat nak pandang belakang.

"Mia!" jerit Haizeq pula. Kami hanya tergelak.

"Huh..." aku melepaskan nafas lega. Kami turun daripada roller coaster itu. Aku mencari kelibat Haizeq. Dia sedang berlari. Dia nak pergi mana? Aku mengejarnya. Kami ke tandas.

Hi korang! Bab ni lambat sikit, kan? Sorry... Well, how? Okay? Hehehe... Sorry lah. Bab ni merapu sikit ayat dia... Korang comment lah apa-apa... By the way, thanks sebab sudi baca cerita ni! I'm blessed. Stay tuned, stay safe! Bye! Love you guys always!

missmiaacreators' thoughts