webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · 都市
レビュー数が足りません
82 Chs

63.

Dengan renungan helangnya Xiana perhatikan lelaki lampai yang sedang berjalan dari seberang koridor dengan sabar. Sambil bermain dengan cawan berisi kopi di tangan.

Setelah diberi arahan oleh Mateo untuk tarik perhatian Desmond, Xiana dah buang masa dekat dinding tu semata nak tunggu lelaki tu keluar. Naik kejang kaki dia kerana kasut tumit tingginya.

Entah apa lagi Mateo tu rancang siap suruh dia ajak Desmond keluar bagai. What the heck! Merinding bulu roma dia bila dengar idea tu.

Kalau something berlaku dekat diri dia, akan dia hantui Mateo dalam tidur!

Masa itu la Desmond muncul dekat sebelah selekoh perantaraan jambatan koridor. Dengan kalut Xiana keluar dari selekoh tu. Ingat nak jalan dengan bergaya dan tawarkan air kopi dekat tangan pada Desmond. Sekali tu....

SPLASH!

Alahai...macam mana boleh jadi macam ni?

Tergamam Desmond sekejap lepas air kopi tumpah mengenai kemeja putih dia dan kot coklat beige yang dipakainya waktu itu.

"Oh...Tuan Desmond...maafkan saya."ucap Xiana yang kalut tepis air kopi dari kemeja tu.

Desmond hanya ketawa. "It okay..ianya hanya baju..saya boleh tukar."Desmond pegang tangan Xiana yang berada di pakaian dia.

Sambil buat muka bersalah Xiana tarik tangan dia dari Desmond. "Maafkan saya...saya betul-betul tak sengaja."

"It okay...relaks saya tak marah.."balas Desmond dengan mesra.

"Macam ni je la...apa kata saya belanja tuan minum sebagai tanda maaf saya. Serius saya betul-betul minta maaf. Mesti baju ni baju mahal."aju Xiana masa pandang Desmond dengan senyuman paling manis yang dia boleh buat lepas praktis semalaman macam nak tanggal tanggal tulang pipi dia.

Terus naik berseri wajah handsome Desmond lepas dengar. Dah la dia tunggu Xiana beri perhatian pada dia.

"Sudah tentu..bila?"

Xiana putus suis?

Bila ya?

Dia orang ada pesan dekat dia?

Huh?

"Bila tuan free?"tanya Xiana jawapan selamat untuk dia memandang dia lupa bila.

"Hari ni pun boleh kalau awak nak."

Alah di tanya balik dekat dia pulak.

"Umm...sure."angguk dia sambil senyum yang terpaksa.

Desmond tepuk tepi lengan Xiana."Saya pergi dulu kalau macam tu...jumpa nanti dekat depan pintu masuk lepas habis waktu kerja. Saya drive."maklum dia sebelum pergi patah balik ke arah yang sama dia lalu tadi.

"Ya..jumpa nanti."sahut Xiana sambil tunduk hormat pada lelaki tu.

Habis la dia!

Sambil melepaskan keluhan letih, Xiana tunduk kutip cawan yang jatuh dekat lantai tadi. Tak pasal-pasal dia yang kena buat semua ni. Tengah sedap Xiana mengutuk dalam hati, dia toleh je belakang. Berdirinya Mateo dekat depan dia.

"Mak!"cawan kertas dekat tangan terus di campak Xiana ke lelaki itu secara refleks. Bukan sengaja, cuma terkejut sangat sebab dia tak expect langsung Mateo akan ada dekati situ.

Dengan sekilas, tangan Mateo naik menyambut cawan itu ke dalam tangan dia sewaktu ia hampir hendak mengenai muka dia. Dengan wajah tanpa ekpresi dia turunkan tangan dia ke bawah lalu direnyuk kuat cawan tu kerana geram.

"Suka betul aku tengok kau mengurat dia?"tanya Mateo pada Xiana.

Mulut Xiana jatuh ternganga lepas dengar. "What?"tanya dia dengan muka dumbfounded. "Excuse me?"dia jalan dekati Mateo. Dia pulak yang disalahkan. "Awak yang suruhkan.."dada tu di tumbuk geram lepas berdiri depan si lampai tu.

"Memang la tapi tak payah nak over sangat..."Mateo palingkan badan ke arah lif di depan koridor lalu jalan meninggalkan Xiana dekat belakang.

Sambil ternganga tak percaya, Xiana tunding jari dekat diri."Saya over...saya buat macam yang awak mintak..."bidas Xiana semasa jalan di sisi lelaki itu.

"Mana ada aku suruh kau buat senyum macam tadi...tunjuk muka manis..dengan aku tak ada pulak.."kata Mateo sambil buat muka dan gaya seakan mengajuk apa yang Xiana buat.

Xiana baut muka tak percaya. Dah kenapa pulak Mateo ni?Takkan la lelaki ni....

"Hei..."Xiana berdiri depan lelaki tu dan jalan mengundur dengan tangan dekat belakang. "Awak jelous ke?"sakat Xiana.

Mateo menjuling mata menyampah lalu silangkan tangan ke dada. Buat muka macam budak-budak protes tak nak makan sayur.

Terus Xiana ketawa. "Ahaha...comel je..."dia kembali jalan di sisi Mateo. "So awak jelaous la ni?Uh?Awak jelous?"tanya Xiana soalan yang sama pada lelaki itu sehingga la mereka masuk ke dalam lif.