webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · 都市
レビュー数が足りません
82 Chs

59.

Kediaman Elissa....

Sambil bawa dulang berisi minuman dan snek untuk makan petang, Elissa jalan dekati pejabat papa dia. "Papa minum petang..."maklum dia semasa tolak pintu pejabat papanya ke dalam bersama senyuman di bibir.

Dengan serentak dua kepala bergerak memandang Elissa semasa dia jalan menghampiri set sofa tempat mereka duduk.

Papa Elissa yang duduk di sofa tiga seat itu hanya diam membisu, sementara lelaki muda yang duduk di sofa satu seat bersuara mesra.

"Terima kasih Cik Elissa. Buat susah-susah saja." sapa suara dalam yang menenangkan hati bila dengar.

Elissa yang membongkok hidangkan minuman itu angkat kepala memandang lelaki kacak bercermin mata depannya sambil tersenyum manis. "Tak ada la yang susahnya...Encik-"

Sambil tersengih meleret lelaki muda itu pun bersuara."Tak perlu panggil saya encik...panggil saja Mateo."

Elissa tersenyum manis sambil selak anak rambut dia ke belakang telinga kerana segan. "Mateo.."sebut Elissa. "Anda berdua berborak la...ada apa-apa boleh panggil."pamit dia semasa melirik ke Mateo dengan renungan suka.

Papa Elissa diam memandang cangkir di dulang itu dengan renungan kosong.

"Baik.."balas Mateo sambil mengangguk kecil.

Elissa jalan ke arah pintu pejabat itu lalu menutup semula semasa jalan keluar. Tertutup saja pintu itu dengan rapat, Mateo kembali memandang serius kepada Jonathan.

"Kita berhenti dekat mana tadi?"tanya Mateo dengan nada bersahaja dia.

Tapi buat telinga Jonathan, ianya ibarat amaran.

"Ah...aku ingat. Kita berhenti dekat part dimana papa aku angkat kau, Encik Jonathan sebagai orang yang paling dia percaya dalam company kan?"seloroh Mateo. "Tapi itu la...orang yang paling dia percaya tu jugak yang tikam dia dari belakang..."

Mata Papa Elissa gerak mengerling ke Mateo lepas kenyataan itu di lafazkan oleh Mateo. "Mateo..."

"Shh...siapa suruh bercakap?"pintas Mateo sambil letak jari ke bibir. "Kau hanya boleh bercakap bila aku suruh."

Terus menggigil bibir papa Elissa, kedua-dua tangan yang berada di lutut itu sudah pucat lesi. Lalu dia pandang ke arah lelaki berkot hitam, bersarung tangan hitam dan bersweater turtle neck yang berdiri dekat sebelah pintu pejabat. Dia ingatkan Elissa akan nampak, tapi tak. Masa pintu itu terbuka, lelaki ini tersembunyi di balik daun pintu tersebut. Buatkan Elissa langsung tak sedar yang dalam bilik ni bukannya ada dua orang. Tapi sebaliknya tiga orang.

Sambil melepaskan hela nafas panjang, Mateo pandang wajah gelabah Jonathan dengan minat. "Relaks la...kenapa takut sangat. Aku bukannya makan orang.."ujar dia sebelum tersengih jahat.

Papa Elissa tak dapat nak buat apa-apa. Dia mterlalu takut.

"Sekarang dengar arahan ni baik-baik. Jangan bagi aku ulang tiga empat kali.."Mateo kerling ke Kian yang berdiri sejak tadi. Dia juihkan kepalanya memandang Kian supaya mendekat sebelum pandang Jonathan semula. "First aku nak kau buat pengakuan untuk semua kerja jahat kau yang kau dah buat pada family aku. Second kau beritahu siapa je yang terlibat dalam skema untuk rampas kuasa dari papa aku. Senaraikan setiap seorang dengan betul...pastikan yang betul-betul terlibat bukan nama palsu yang kau reka. Ketiga, buat permohonan maaf yang ditujukan kepada mama aku terutama sekali. Clear?"kata Mateo sambil silangkan kaki dan sandarkan siku dia dekat lengan sofa tu.

Semasa Mateo beri penjelasan, Kian sibuk set up kamera dan audio untuk rakaman tu.

"Mateo...tolong uncle..jangan macam ni.."rayu papa Elissa dengan muka merayu dia. "Uncle tahu uncle salah...uncle menyesal. Sumpah...sejak kejadian tu berlaku. uncle tak pernah berhenti fikirkannya.."

Mateo angkat tangan ke bibir pada Jonathan supaya diam. Yang mana terus diikut oleh Papa Elissa serta merta. Orang tua itu ketap bibir rapat-rapat.

"Pandang depan, tangan dekat lutut and chin up. Beritahu semuanya dengan bangga."Mateo berdiri tegak sambil betulkan kot di badannya. "Uruskan dia...aku lengahkan anak perempuan dia."ujar Mateo semasa jalan ke arah pintu.

Kian pandang belakang badan Mateo. "Tuan nak saya apakan dia lepas dia selesai buat pengakuan?"

"Ikatkan tali gantung untuk dia...kesian pulak nak suruh dia panjat-panjat bagai nanti...kemudian biarkan dia pilih sendiri...nak hidup dekat muka bumi ni dengan cemuhan orang atau mati tanpa susahkan sesiapa.."jawab Mateo tanpa berpaling ke belakang. Dia pegang tombol pintu tu lalu keluar dari bilik tersebut.

Kian pandang semula ke Papa Elissa. "Dah sedia?"tanya Kian semasa hendak tekan butang rakam.

Jonathan pandang Kian dengan renungan takut dan sedih dalam masa yang sama. "Tolong jangan apa-apakan anak saya...dia tak bersalah." minta Jonathan.

"Jangan risau..."jawab Kian sebelum tekan butang 'R' pada kamera itu lalu diam memerhati Jonathan di situ.

Ini la saatnya. Akhirnya beban dan perasaan serba salah yang dia tanggung selama ni akan hilang juga. Perlahan-lahan Papa Elissa tarik nafas lalu dihembus keluar. "Selamat sejahtera semua.."ucap papa Elissa sebagai kata-kata aluan sewaktu pandang ke lensa kamera itu dengan renungan nekad.