webnovel

Bab2

Semakin hari mereka semakin menyakitkan hatiku dan semakin panas aku dibuatnya..

Bukan itu saja mereka juga membuat pandangan yang membuat aku rimas...aku juga tidak mahu mengatakan apa-apa aku cuma memilih untuk kekal diam..mereka semakin memandang aku seolah-olah aku ni musuh mereka..

Kawan aku dari sekolah rendah dulu pun sudah tidak rapat dengan aku bukan itu saja mereka juga membuat aku seperti musuh mereka..

Pada waktu rehat pun mereka masih memberi tatapan yang tajam itu..bukan apa aku tidak pernah pun tahu hal seperti ini akan berlaku...

"Baru masuk sekolah dah buat musuh apalagi dah habis sekolah maklum lah aku ni cuma pendiam ada crush pun dianggap perampas padahal perasaan itu datang sendiri bukan aku yang menentukan perasaan itu"-Nurul

Sekali lagi aku upkan status aku

" Sorry kalau aku suka kat Alson aku tak tahu pun kau suka dia kalau aku tahu dari awal kau suka Alson memang aku tidak pernah jatuh hati dengannya"-Nurul

"Kalau korang dah tak nak maafkan aku takpa sebab aku kan dah buat kesalahan besar setakat pasal Alson tu aku dah tak nak dah dengan dia kau boleh ambil je dia aku tak kesah tapi satu je maafkan aku ye"-Nurul

Ternyata tidak semudah itu untuk meminta maaf terhadap mereka.. Sebab itulah aku tidak mahu menyukai seseorang dari dulu sebab aku tahu benda seperti ini akan terjadi mahu buat apa kalau perasaan ini sudah ditentukan oleh Allah SWT. Aku tidak boleh menyalahkan takdir ini..sudah ini nasibku begini sajalah..hilang crush bukan masalah besar hilang kawan itu sungguh menyakitkan walaupun dia tak pernah rapat dengan aku...

Alson aku dah tak nak dah dengan dia perasaan aku dah lama dah hilang tapi Farah pun rapat juga dengan Siti kenapa dia tak pernah bagitahu aku?

Betul ke dia kawan aku?mengapa dia tidak pernah bagitahu pun yang Siti sukakan dia?padahal dia sudah tahu aku sukakan Alson mengapa dia tidak hentikan sahaja?ketika mereka menyakitkan hatiku dengan perkataan ciee itu seolah-olah dia tahu Siti sukakan Alson??semakin mengalir air mata ku ke pipi aku pun langsung mengelapnya dengan lengan bajuku yang sudah basah untuk mengekalkan air mataku yang dari tadi tidak henti-henti..