webnovel

Interview

"Amboi.. happy nya muka. berseri-seri" tegur Adam yang kebetulan baru keluar dari pintu rumahnya. Aku dengan muka ceria mengikat tali kasutku.

" Mesti lah happy.. aku kena panggil temuduga hari ni.." sahutku dengan nada gembira.

" Patutlah senyum sampai telinga..hmmm kerja mana tu?" tanya Adam ingin tahu. Aku senyum tambah lebar.

"Kerja tempat impian aku?" kata ku sambil senyum-senyum. Adam buat mimik muka menyampah sambil memutarkan bola matanya.

" Serius lah.. kau interview di mana?"Desak Adam.

" Cuba teka!" ujarku lagi menambahkan bara api di hati Adam. Aku tahu dia makin geram. tapi muka Adam yang geram nampak comel.

" Tak nak bagitau tak payah.. tak ada masa nak main teka teki" Marah Adam dengan muka masam. Aku tergelak.

"Eleh.. merajuk?" tanya ku sambil angkat-angkat kening. Adam jeling dan aku jelir lidah membalas jelingannya. Kemudian sengaja ketawa besar.

"Tak macho la lelaki merajuk" perli ku lagi sambil ketawa.

" eh.. kau.. Aku cakap tak nak bagitau tak apa.. aku tak kisah.. merajuk apanya. lambat laun aku tahu juga mana kau interview.. aku doakan kau tak di terima kerja tempat tu.. kah..kah..kah.." balas Adam sambil buat ketawa jahat. Aku jengelkan biji mata lalu mendekat dan sepak ringan kaki Adam.

" Aduh!" Adam jeling aku tajam.

" oi.. banyak cantik kau punya doa! petang ni aku tak nak teman kan kau beli barang basah untuk mak kau!" ugutku dengan nada marah. Aku bukan marah betul-betul pun. Sudah bertahun-tahun shopping barang basah untuk keperluan mak Adam menjual nasi lemak dam kuih muih jadi tugas tidak rasmi terletak di baju aku dan Adam. Memandangkan Adam 'buta' dengan bahan-bahan basah. Aku lah yang jadi pembantu peribadinya untuk pergi membeli semua bahan-bahan yang di perlukan ibu Adam yang berniaga nasi lemak dan kuih muih.

"Aik.. tak nak temankan pun tak apa! Apa kau ingat aku tak boleh pergi shoping barang-barang tu tanpa kau!" kata Adam dengan ego. Dia mencebik dan angkat kaki pergi dari situ. Tanpa buang masa aku pun beredar tanpa mau peduli gelagat Adam. Aku tahu marah Adam tu macam pepatah 'hangat-hangat taik ayam" sekejap saja. petang nanti aku yakin, dia akan berlagak macam kena sumpahan hilang ingatan pastu buat macam tak ada apa-apa berlaku dan tegur aku macam biasa lepas tu panggil aku teman dia pergi shopping barang-barang ibunya. Membesar dengan Adam buat aku masak dengan perangai dia dan begitu juga sebaliknya. Bergaduh dengan Adam adalah asam garam rutin harianku yang buat hari-hariku lebih ceria. Akhirnya aku sampai ke Pustaka Biru. Selepas memaklumkan gadis di kaunter depan yang aku datang untuk temuduga, aku di suruh duduk di ruang menunggu. Tidak lama lepas itu beberapa calon temuduga lain juga hadir.

dup.. dap.. dup... dap..

itu lah bunyi irama jantungku saat menanti sesi temuduga. Tidak lama kemudian namaku di panggil masuk ke dalam bilik temuduga. Sebaik saja pintu terkuak lebar mataku tertangkap wajah kacak Ariman yang sedang serius meneliti borang permohonan kerja milik aku. Tiba-tiba aku rasa pipi ku menjadi panas dan rasa gemuruh yang sedapa upaya aku kawal.

"Silakan duduk.." ujarnya sambil melihat ku sekilas. Aku duduk dan memberanikan diri menatap muka Ariman sambil menunggu butir bicaranya. Tidak lama kemudian dia mengangkat muka.

" Cik Neerani.. saya Ariman pemilik pustaka Biru.. jika kamu berjaya interview ni, saya akan jadi bos kamu. Dalam borang ni kamu tulis.. kamu pelajar kolej Sri Perdana?" Tanya Ariman. Terang lagi bersuluh dia tanya hal yang sangat nyata. Dari gaya Ariman seolah-olah dia tidak ingat yang akulah gadis yang mengembalikan dompetnya yang tercicir dulu.

" ah.. ya. saya pelajar kolej Sri Perdana .. tahun satu.. " jawabku sambil bagi senyuman termanisku pada dia.

Ariman menganguk-angguk kepalanya. Matanya yang menawan itu meneliti muka ku hingga aku rasa gugup. Serta merta senyuman termanis itu tadi malap dan perlahan hilang. Aku tunduk tidak sanggup bertentang mata.

" Saya juga pelajar kolej yang sama.. saya senior kamu. Saya sudah tahun akhir" beritahu Ariman tanpa di pinta. Aku tahulah! bisik hatiku sambil cuba pujuk rasa hati, aku kecewa kerana dia tidak boleh cam bahawa akulah gadis yang memulangkan dompetnya itu.

"Ya.. saya tahu! saya sedia maklum kamu pelajar senior di kolej Sri Perdana" balasku dengan harapan dia akan ingat siapa aku.

"oh.. Kamu kenal siapa saya..?" tanya Ariman dengan nada sedikit terkejut yang di buat-buat. Aku tahu dia sedar yang dirinya agak terkenal dan tidak hairanlah ramai pelajar junior macam aku kenal dengan dia. Dia hanya pura-pura terkejut sebagai riaksi balas untuk pernyataan ku itu saja.

" Ya.. kamu memang senior yang fames.. kamu.. mungkin sudah lupa saya.. tapi saya pernah bercakap dengan kamu di kolej" ujarku perlahan. Aku berharap dia boleh recall. Tapi dia mengerut kening dan menatap aku dalam-dalam. Rasa kecewa dalam hatiku menjadi semakin besar. Biar betul dia lupa dengan gadis jujur dan baik hati macam aku yang telah memulangkan dompet nya yang berisi banyak duit itu tanpa mengambil walau sesen pun! nampak sangat yang muka ku sedikit pun tidak melekat dalam ingatannya!

"hmmmm... patut lah saya rasa macam saya pernah nampak kamu.. tapi minta maaf saya betul-betul tidak boleh ingat yang saya pernah bercakap dengan kamu.. bila tu?" Tanya Ariman. Aku senyum sumbing sambil menelan air liur. Ariman ni pintar, supaya aku tidak kecil hati dia sengaja cakap dia rasa macam pernah nampak aku! hakikatnya dia langsung tak ingat satu benda haram pun bila tenung muka ku.

"Tak apa.. saya maafkan. Benda kecil saja" ujarku pura-pura tidak berkecil hati. Tapi aku sedar yang riak mukaku pasti menunjukkan rasa kecewa. Ini kerana air muka Ariman berubah lepas mendengar kata-kataku.

"Kita satu kolej jadi memang tidak hairan yang kamu pernah bercakap dengan saya.. " ujar nya lagi dengan riaksi tertanya-tanya.

"Saya pernah terkutip dompet kamu dan saya pulangkan pada kamu, dompet yang berisi banyak duit dan ada gambar gadis di dalamnya" jawabku tenang sambil pandang tepat ke mata Ariman. Dia terpegun lalu menutup mulutnya yang hampir terlompong itu.

" kamu.. kamu gadis baik hati itu.. tapi.. oh.. maaf saya betul-betul tidak cam.. kamu masa itu pakai hoodie.. dan .. dan.. kamu kelihatan berbeza dari sekarang.. sorry.. sorry saya tidak sengaja .. saya betul-betul tidak cam!" Ariman berkali-kali minta maaf. Hari tu cuaca ada sedikit hujan dan aku baru balik dari menonton perlawanan futsal. Adam salah seorang pemain dan aku datang memberikan sorakan untuk Adam di gelangang futsal. Aku memakai hoodie dan cermin mata sedikit gelap kerana ketika itu aku terkena sakit mata. Tapi aku berkeras mahu datang biarpun mataku merah dan jadi sepet di sebabkan jangkitan sakit mata itu. Mungkin benar dia tidak cam sebab aku memakai hoodie dan cermin mata? tapi dia ada tanyakan namaku dan aku bagitahu namaku Neera. walaupun nama sebenar dalam I.C adalah Neerani.

" Tak apa.. saya tidak kisah pun. muka saya memang bukan memorable face pun.." kataku dengan nada sedikit merajuk. Sengaja! Serta merta muka Ariman kelihatan rasa bersalah.

" Bukan begitu.. saya betul-betul minta maaf. saya tidak sengaja.. tapi saya sangat ingat dengan gadis baik hati yang pulangkan dompet saya.. bila saya tawarkan wang sagu hati.. dia menolak. saya ingat nama dia.. Nira. rupanya nama sebenar kamu adalah Neerani. Terima kasih banyak-banyak.. saya rasa sangat terhutang budi dengan kamu, Neera" kata Ariman bersungguh-sungguh. Oh! jadi dia sebenarnya ingat nama ku! hatiku jadi berbunga-bunga.

" Dan lagi.. kamu di terima berkerja di sini.. gadis baik hati dan jujur kamu adalah lebih daripada layak untuk jadi ahli keluarga Pustaka Biru.." dan ungkapan Ariman buat aku gembira bukan kepalang. Rasa mahu melompat pun ada!

" oh.. saya diterima jadi pekerja sambilan di sini?" tanya ku dengan nada teruja. Ariman angguk dengan senyuman kacak yang membuat mataku 'silau'. Jadi sekarang aku ada peluang menatap wajah kacak ini lebih kerap lagi. Tak sangka pemuda kacak depan mataku ini akhirnya jadi majikan aku! Kalaulah aku berpeluang menjadi kekasihnya! namun gambaran wajah cantik dalam gambar yang terselit di dompet Ariman serta merta meragut mimpi-mimpi ku.

" Kamu boleh mula kerja minggu depan" ujarnya lagi..

" oh.. Terima kasih banyak-banyak! baik.. saya akan lapor diri sabtu depan" kataku tanpa menyembunyikan rasa gembira. Selepas bertanya beberapa hal tentang latar belakangku, Ariman menamatkan sesi temuduga. Aku pulang ke rumah dengan bersiul-siul keriangan.

*****