webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · 若者
レビュー数が足りません
78 Chs

Bab 51 : Jumpa esok

"Terima kasih Taylor."ucap Zara pada Taylor sewaktu lelaki itu berdiri di depannya selepas membuka pintu untuk dia setelah pandu sendiri ke hostelnya.

"Sama-Sama Cik Zara..."Taylor tunduk hormat pada Zara.

Zara yang lihat tersenyum senang. Dah berapa kali dia pesan jangan gelar dia 'cik' tapi lelaki depannya ini sedegil tuannya sendiri.

Terus Zara tepuk bahu Taylor. "Awak dah ada teman wanita?"soalnya sambil membetulkan beg sandangnya di bahu.

Taylor tersentak memandang Zara selepas mendengar soalan tersebut.

"Kenapa Cik tanya macam tu?"

Zara ketawa kecil lantas menggeleng kepala. "Tak ada. Saja tanya. Saya yakin sangat kalau awak ada teman wanita dia adalah wanita paling bertuah dekat dunia ni sebab dapat teman lelaki gentleman macam awak ni.."

Taylor menutup pintu kereta sambil memerhati Zara bergerak menghadapnya saat jalan undur ke belakang.

"Tiada." jawab Taylor.

Zara tersenyum sambil melambai tangan. "Cubalah cari seseorang. Perlakukan dia seperti mana awak lakukan pada saya...."laung Zara apabila sudah kejauhan. "...terima kasih sekali lagi..jumpa nanti"lambai Zara.

Taylor mengangkat tangan membalas lambaian Zara. Dia berdiri di situ sehingga Zara brrpaling ke depan dan berjalan masuk ke dalam bangunan hostel.

Sambil bernanyi kecil Zara jalan mendekati pintu biliknya lalu dibuka.

"I'm home!"ucap zara sewaktu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut yang mana hanya membuatkan dia menjerit dan melompat dalam.masa yang sama sebab terkejut. "Argh!!"terkejut dia bila lihat lelaki ada dalam bilik perempuan. Atas katilnya lagi tu. Ingatkan siapa tadi!

Damon bangun dari duduknya di atas katil Zara bersama Sarah dari katil berhadapan dengannya.

"Balik pun...mana kau menghilang hah?"soal Sarah sambil jalan mendekati Zara.

Zara memandang awas ke arah Damon sambil memegang lengan Sarah.

"Asal dia ada dekat sini?"bisik Zara dengan perlahan.

Sarah berpaling memandang Damon lalu kembali memandang Zara.

"Kau lupa ke...kan majlis pertunangan kau orang tak lama lagi. Dia datang nak hantar baju dengan kasut. Tapi cincin belum lagi sebab dia tak tahu saiz kau....jadi dia datang nak jumpa kau sendiri dan beritahu hal tu dekat kau.."jelas Sarah.

Zara mengecilkan mata saat memandang curiga ke arah Damon yang sedang tersenyum ke arahnya. Sikit pun dia tidak tergoda. Bagi Zara, Damon itutidak ubah seperti ular. Nampak saja luaran cantik dan mengamit hati. Tapi dalam diam bila-bila masa sahaja boleh patuk dan membelit kita hingga mati.

"Boleh jer call..tak perlulah sampai datangasuk ke bilik pelajar perempuan macnji..."seloroh Zara.

Damon mendekati mereka berdua dengan tangan berada di poket

Zara mendiamkan diri. Dia hanya.mematai Damon dengan curiga.

"Esok awak ada kelas kan. Habis kelas sahaja saya arahkan orang untuk jemput awak ke tempat saya. Kita akan gerak sama-sama ke kedai cincin tu nanti."pesan Damon sambil memandang Zara.

Sarah yang dengar mengangguk kepala sambil memeluk bahu Zara.

"Aku akan pastikan dia di jemput." kata Sarah.

Mata Zara bergerak ke arah kotak di katilnya.

"Balik dulu.."pamit Damon yang menghulur tangan hendak memeluk Zara, tapi dengan pantas jabat tangan Damon.

"Ya.Terima kasih sebab datang tak beritahu." kata Zara.

Damon yang dengar menarik senyuman nipis di bibir. Secara paksa dia bawa Zara ke dalam pelukannya.

"Jumpa esok kalau begitu."Damon mengucup dahi Zara.

Sarah yang lihat tersenyum penuh makna.

Zara berdiri kaku di situ sewaktu Damon berlalu keluar dari bilik tersebut.