Semua kepala di dalam bilik kuliah itu tunduk tekun mencatit nota yang tertera di papan putih depan podium sewaktu pensyarah dengan senyap menulis.
Di barisan ketiga kerusi paling hujung kelihatan Zara duduk sandar dengan muka tidak kisah membaca setiap butir tulisan yang mana sikit pun dia tidak faham.
Sejujurnya bukan pilihan dia untuk belajar dalam jurusan ni. Dia lebih prefer duduk dekat kafe dari petakkan punggung dia dalam kelas membosankan ini.
Daniel di sebelah seperti biasa, menjadi pelajar yang baik dan tekun. Kejap-kejap memandang ke depan dan mencatit segala yang ada di papan putih ke dalam buku nota.
Zara memerhati jari runcing lelaki itu mengengam kemas pen di tangan. Kemas sahaja tulisan lelaki itu. Berasa tertarik dengan tulisan Daniel. Zara menopang kepala dengan tangan kanan direhatkan atas meja kecilnya untuk memandang Daniel.
Lelaki itu tidak bercakap dengannya langsung sejak masuk kelas hingga kelas mula.
Daniel yang perasan dirinya diperhatikan Zara tidak hiraukan tindakan gadis itu. Dia hanya biarkan sahaja Zara memerhati dia seakan dalam bilik itu hanya dia seorang sahaja yang ada di dalam bilik tersebut yang menarik perhatian gadis itu.
Zara menguap kebosanan. Terus dia rehatkan dagu di atas lengannya di meja sambil memandang tepi wajah Daniel. Kalau diperhatikan, Daniel sebenarnya boleh tahan jugak orangnya. Cuma rupa paras lelaki itu tersembunyi dibalik kaca mata bingkai tebal, anak rambut hitam berkilat yang menutupi dahi lelaki itu.
Kalau lelaki itu berani sikit, mungkin Daniel boleh gunakan badan sasa itu dengan lebih baik. Tak adalah orang memperlekehkan lelaki ni.
"Senior masih marahkan saya ke?"bisik Zara sambil memandang Daniel dengan minat. Rindu kot dengan lelaki ni. Biasanya Daniel bercakap dengan dia. Bukan senyap macam ni.
Daniel memalingkan kepala kanan, bertentang mata dengan Zara yang sedang meniliknya sejak tadi.
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Daniel dengan nada perlahan.
"Senior tak bercakap dengan saya langsung.." Zara tarik muncung merajuk dia.
Daniel memandang lama wajah Zara lantas tersenyum.
"Awak ngantuk ke?"soal Daniel separa berbisik sambil menyelak anak rambut Zara yang jatuh menutupi tepi mata Zara ke belakang telinga. "Tanya soalan macam tu?Saya tak marah..maaf tentang malam tu..saya sendiri tak tahu kenapa saya marah.."
"Tak mengantuk cuma malas..."jawab Zara yang memandang ke depan. Hendak pastikan pensyarah mereka masih menulis. "kalau senior tak marah bagus lah.."
"Biar saya salin nota ni..nanti awak boleh pinjam." aju Daniel.
Zara memberi senyuman terima kasih pada Daniel. Macam mana lah lelaki sebaik Daniel boleh tidak disukai oleh orang. Bagi Zara, Daniel adalah seorang lelaki yang sweet dan gentleman. Rugi siapa yang bencikan lelaki ni. Kalau boleh, rasa macam nak simpan je lelaki comel sebelahnya ni dalam poket. Biar tak ada sesiapa yang boleh ambil.
Daniel kembali menyambung penulisannya. Tidak lagi kembali berborak sebab banyak yang dia kena kejar. Kalau lambat habis kena padam nanti semua nota tu.
Zara mengangkat kepalanya dari meja. Duduk sandar dengan malas di kerusi sambil memandang ke depan. Jari telunjuknya mengetuk-mengetuk permukaan buku teksnya.
"Kenapa dua hari lepas senior tak masuk kelas?"soal Zara yang ingin tahu.
Daniel menulis sambil bercakap.
"Saya tak sihat."jawab lelaki itu sambil memandang ke depan dan buku silih ganti.
"Tak sihat?Serius sangat ke mereka belasah senior?"bisik Zara sambil menyondong rapat ke Daniel. "Kalau saya tahu siapa mereka, lama dah mereka saya kerjakan..."ujar Zara sambil menumbuk tapak tangan kiri dengan kepalan penumbuk tangan kanannya.
Daniel yang dengar menarik sengih meleret ke kanan secara sembunyi.
"Sudah tentu..pastikan awak ajar mereka cukup-cukup..."ujar lelaki itu dengan perlahan.
Zara meletakkan tangan di atas bahu Daniel dan mendekatkan mulutnya ke telinga Daniel sewaktu Daniel sedang menulis. Lelaki tu sikit pun tak tunjuk reaksi terganggu dengan jarak Zara. Malah Daniel kelihatan bersahaja dan selesa.
"Siapa mereka?"bisik Zara.
Daniel memalingkan muka memandang Zara. Membuatkan wajah mereka berjarak seinci.
Serta merta mata Daniel turun ke bibir Zara. Tanpa sedar lelaki itu menelan air liur gemuruh.
Sementara Zara sudah menjungkit kening menanti jawapan dari Daniel. Tak kisah dengan jarak rapat mereka tu.
"Hei."Zara usik hujung hidung Daniel dengan hujung hidungnya sendiri.
Daniel tersentak lalu berdehem kecil.
"Anak dekan..."bisik Daniel sebelum kembali memandang ke depan.
Kening Zara berkerut tak suka lepas dengar. Dia tenung tepi wajah Daniel buat beberapa ketika sebelum kembali memandang ke depan. Dia mengecilkan mata saat termenung memikirkan sesuatu.
"Anak dekan?"sebut Zara dengan perlahan.