webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · アニメ·コミックス
レビュー数が足りません
34 Chs

*-Bandar Typhoon 2-*

Zyon, Safiy dan G-gong menumpang satu bas terapung ke sebuah pasar raya yang terletak di kawasan pedalaman bandar Typhoon. Pasar raya itu dari luar catnya buruk dan seram. Namun, dalamnya sangat cantik. Mereka masuk. Zyon pergi ke kedai pakaian manakala Safiy dan G-gong mencari keperluan sendiri.

Di kedai pakaian, Zyon sedang mencari mantel untuk menyesuaikan dirinya. Kebetulan di situ ada Yunus sedang mencari topeng. Dia ternampak Zyon.

"Hei...Zyon, kita berjumpa lagi..."

"...."

Doody datang dan menyorok di belakang Yunus.

"Dia makan roh untuk membesar, bukan?", tanya Zyon.

"Ha? Er....tak taulah mungkin? Dia ni takut sikit dengan orang lain... maklumlah kecil lagi..."

"Dekat bandar ni pun banyak roh boleh cari, cuba cari..."

"Takpelah...nanti aku cari...", Yunus berjalan ke kaunter untuk membuat bayaran. Kemudian, dia keluar dari tempat itu.

Selepas itu, Zyon menjumpai mantel yang diidamkan. Dia memakai kain mantel di belakang. Dia terus membayar. Zyon tunggu Safiy dan G-gong di luar pasar raya tersebut. Tiba-tiba, banyak kereta datang mengepung Zyon. Banyak robot keluar daripada kereta. Ada satu cyborg besar berbincang dengan rakannya.

"Boss, mengikut CCTV kita curi, dia tulah yang bunuh adik bos"

"Cis, nak kena dia ni!"

Cyborg itu berjalan ke arah Zyon dengan kekerasan yang teramat di hati.

"Hari ini ialah hari terakhir kau hidup, berani kau bunuh adik aku..."

"....."

"Berani kau membisu...datang ke bandar ni, bunuh adik aku dan masuk kawasan aku sesuka hati. Geng bersedia...jangan biar dia terlepas...ambik kau!"

DUMM!, cyborg itu tumbuk tanah. Tanah merekah bergerak ke arah Zyon. Zyon terus lompat mengelak. Salah satu geng guna bazooka kepada Zyon.

BOOM!, Zyon hilangkan diri.

BOM! BOM!, beberapa robot meletup musnah akibat serangan Zyon.

BUSH!, Zyon ditumbuk dan terpelanting ke dinding pasar raya. Dia jatuh ke bawah.

"Hahaha..lemah juga kau ni...aku ingat kau ni kuat sangat..."

"...."

DUSH!

*****************************************

"Zyon, kau perlu tunjukkan kekuatan kau pada mereka, bunuhlah mereka semua dan tunjukkan siapa lebih berkuasa!!", tegas satu suara.