webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · 若者
レビュー数が足りません
60 Chs

Bab 47

Amirul masih ingat lagi. Dulu dia pernah sedih di sebabkan orang yang dia sayang pergi buat selamanya. Hati Amirul bergitu terkesan dengan pemergian orang tersebut. Hampir 360 darjah Amirul berubah sikap. Tetapi Tia lah orang yang cuba selamatkan Amirul dari tenggelam ke dasar kegelapan. Dan kali ini, giliran dia pula untuk selamatkan sahabatnya.

Memang sakit dan ia teramatlah sakit. Tapi sakitnya cuma satu. Selebihnya ialah kebahagiaan. Apa yang perlu kau buat adalah mencarinya.

Di dalam bilik hotel. Tia mula mengemas pakaiannya. Memandangkan esok pagi dia perlu berangkat untuk pulang ke rumah. Tia teringat kata-kata yang di lontarkan oleh Amirul. Memang betul kata dia. Tak akan aku nak macam ni selamanya. Sedih memang tetap sedih, tapi kehidupan harus di teruskan.

Trut!! Trut!!

Telefon Tia berbunyi. Seseorang membuat panggilan. Tertera nama Tasya di skrin telefonnya. Butang hijau di tolak ke tepi.

"Hello?" Jawab Tia.

"Tia! Rindu kauuu... bile nak balik?" Suara Tasya kegeriangan. Tia juga tidak berapa ingat sejak bila Tasya yang dulu pendiam kini bertukar menjadi periang. Awal perkenalan mereka, Tasya lebih suka menggunakan saya-awak berbanding kau-aku. Mungkin masing-masing sudah meningkat dewasa agaknya.

"Ye... aku pon rindu kau jugak... Insyallah esok aku baliklah." Sisa baki baju yang tinggal, Tia masukkan ke dalam beg.

"Kau ade belikan aku coklat tak?" Tanya Tasya.

"Kau ni... tengoklah esok kalau sempat aku singgah. Aku tak pastilah tiket aku pukol berape. Sebab Mirul yang belikan." Beritahu Tia.

"Uwwww... untunglah kat sane ade orang yang jage. Hehehe." Usik Tasya.

"Kau ni... kitorang kawan jelah." Tia mengangkat begnya yang siap mengemas untuk di letakkan di tepi katil.

"Eleh. Yelah tu... mule-mule kawan lepas tu?"

"Taklah... aku tak akan bercinte dengan die. Kau pon tahu kan?" Badannya di hempaskan ke katil.

"Ye. Aku tahu... ermm tadikan... aku terjumpe Zafril." Kata Tasya. Tia hanya senyapkan diri bila terdengar nama Zafril.

"Hello? Tia?" Panggil Tasya bila Tia hanya membisukan diri.

"Haaa.. ye-ye aku ade ni." Jawab Tia. Dia mula tak sanggup untuk mendengar khabar tentang Zafril.

"Ade pon... lepas tu kan aku tanyelah die pasal kau... tapi cara die jawabkan macam tak kisah jek pasal kau tau.. Pelik betollah." Sambung Tasya lagi.

"Er... Tasya aku nak tido dululah. Badan aku penat sangat." Tia mula menukar topik.

"Oh yeke? Tak pelah... nanti kau dah sampai call aku tau?" Tasya hanya akur dengan permintaan Tia.

"Ok. bye!" Tia terus mematikan telefonnya.

"B-." Tak sempat Tasya membalas perkataan bye. Tia terus mematikan panggilan.

"Eh?! Sentaplah ke? Hehehe." Ketawa Tasya.

"Padan muke kau Tia. Dulu tak habis-habis dengan Zafril. Sekarang mane pergi Zafril kau tu? Menyampah betul." Telefon di campakkan ke atas katil. Kini hati Tasya sedikit gembira dengan kejayaannya.

Kawan yang selama ni Tia anggap setia, tetapi hakikatnya menjadi gunting dalam lipatan.

Tok! Tok!

Pintu di ketuk kuat. Tasya terkejut. Riak wajahnya juga berubah.

"Tasya bukak pintu kejap!" Jerit ayahnya Tasya. Perlahan-lahan Tasya membuka pintu. Setelah itu ayahnya menolak pintu dengan kuat membuatkan Tasya jatuh ke lantai.

"Dah kenape lambat sangat bukak pintu?" Marah ayahnya. Tasya terdiam.

"Ke kau dah tak nak tengok muke aku dah?" Tanya ayahnya lagi.

"Ni, duit mane? Aku na duit cepat!" Gesa ayahnya.

"Tasya takde duit..." Jawab Tasya perlahan.

"Ah kau! Satu hari suntuk keluar mengadap jantan takkan takde satu pon yang sangkot?!"

"Mane ade saye mengadap jantan." Tasya cuba menepis tuduhan dari ayahnya.

"Tak payah nak pura-pura baiklah. Kau dengan mak kau same jek!" Kepala Tasya di tolak-tolak oleh ayahnya.