143 Penemuan Tidak Dijangka

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Meter nyawa kedua-dua watak mereka mencecah nilai 0 pada masa yang sama.

Situasi sebegini memang boleh berlaku. Jika ia berlaku sewaktu pertarungan rasmi, kedua-dua watak yang mati serentak akan memulihkan ⅕ nyawa mereka secara automatik dan bertarung semula. Bagi Arena pula, ia tergantung kepada apa yang diputuskan oleh para pemain tersebut. Kebiasaannya, keadaan ini akan dikira sebagai seri, tidak ada sesiapa yang menang atau kalah.

Sewaktu Ye Xiu mencipta bilik ini, selain daripada menyelaraskan pertarungan ini menjadi Pertarungan Perjudian, dia tidak menetapkan apa-apa syarat lain lagi.

Bilik latihan Tiny Herb senyap sunyi. Selepas seketika, seorang pemain berkata: "Itulah kapten kita!!"

Semua ahli pasukan yang lain menambah seolah-olah terjaga dari mimpi: "Ya, ya!"

Tetapi wajah Wang Jiexi tidak menunjukkan sebarang rasa gembira atau marah. Dia hanya mengeluh kemudian menanggalkan fon kepalanya.

Bilik latihan kembali senyap semula.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ