578 Pemain dari Tyrannical Ambition

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Analisa Happy Sheep dipersetujui oleh kesemua Cleric lain di dalam pasukan. Mereka berkata jika pasukan ini mempunyai Tank seperti Unrivaled Super Hottie, percubaan dungeon akan menjadi sangat mudah. Biasanya, tindakan memuji seorang pemain Tank di hadapan seluruh pasukan akan dianggap sebagai sesuatu yang kurang ajar terhadap kesemua Tank lain, tetapi Seven Blossom Leaves sendiri cukup diyakinkan oleh kemahiran Unrivaled Super Hottie. Oleh itu, tidak ada sesiapa dalam pasukan Happy Sheep yang marah. Bagi Tank kedua, ketiga dan keempat pula, jika Tank utama sendiri telah dilupakan, apatah lagi mereka. Setelah membincangkan segalanya, semua orang tercungap-cungap akibat rasa kagum mereka. Happy Sheep tidak mahu merosakkan suasana, tetapi pada akhirnya dia berasa tidak selesa untuk memendam kata-kata ini di dalam hatinya. Oleh itu, Happy Sheep meminta semua orang untuk sedar ia sangat sukar bagi seorang jaguh seperti ini untuk menjadi ahli kekal dalam pasukan mereka.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ