webnovel

Kembali ke Tanah Sepi

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Tyranny sembang. Tyranny tumbang. Rekod Tyranny sudah melayang.

Sebuah pantun tiba-tiba muncul sewaktu mereka semua sedang bertekak. Para pemain yang mengejek Tyrannical Ambition mengulangi pantun ini berulang kali. Ramai pemain mencipta pantun mereka sendiri sebagai sambungan pantun ini. Pantun tradisional, pantun berirama… kesemua jenis pantun dikeluarkan.

Jiang You sudah tidak tahan lagi. Dia mula mencari pemain mana yang memulakan pantun ini.

"Woi Spearless! Kamu diam! Kalau kamu berani, lawan dengan saya di Arena ataupun di mana-mana sahaja. Siapa yang kalah kena makan kad akaun dia. Berani tak?"

Jiang You adalah ketua persatuan jadi kata-kata dan tindak-tanduknya melambangkan persatuan. Dia sudah lama tidak bertindak sebegini, tetapi memandangkan tidak ada sesiapa yang mengenalinya di server ini, dia berani untuk terus menyerang pemain yang menghinanya. 'Siapa kalah makan kad akaun' adalah satu terma yang bermaksud memadamkan akaun.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください