webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · ファンタジー
レビュー数が足りません
6 Chs

Bab 6 Kaca Mata Biru

Aina mengikat rambutnya dengan kemas seperti biasa,mengenakan baju berwarna hijau tua dan berseluar kanvas. Muka Aina seakan-akan menyerupai Juliana Evans kerana bentuk muka yang bulat,mata bundar dan berkulit cerah. Ramai pelanggan Pak Abu bertambah terutamanya bilangan lelaki kerana mahu melihat Aina di sana. Malahan, kedai itu menjadi tumpuan anggota polis yang semakin bertambah bilangan untuk pergi ke kedai tersebut. Dari hanya tiga orang menjadi lapan orang.

"Tini, aku lapar sedikit, aku ada duduk dekat bangku depan, nanti ada apa-apa panggil,aku berehat kejap",Ujar Aina. Tidak lama kemudian, Amey pun datang dengan kaca Mata birunya yang menambahkan lagi segak wajahnya. "Kau buat apa dekat situ, pelanggan datang ni,ishhh",sindir Amey. "Apa? Haishh aku baru je duduk",omel aku sendiri. Ni kira semua, aku pun tunduk sambil jari jemari ligat menekan kalkulator yang tersedia di meja. Aku angkat muka dan melihat di sebalik kaca matanya, Amey memerhati aku. Namun,aku tidak endahkan kerana aku hanya melihat pantulan muka aku yang dua puluh sen pada kaca matanya. Setelah dibagi wang baki,"Terima Kasih MakCik",Ujar Amey. "Aku bukan MakCik la", jawab aku. Dia terus beredar dan kelihatan riang.