webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · ファンタジー
レビュー数が足りません
6 Chs

Bab 5 Memori tercipta

Bu, Bu, bedak ibu yang cap Amoi masih lagi ke?",tanya Aina. "Ada atas almari baju tu",Ujar Ummi Sidah. Aina nak kena guna sedikit ibu,takut pulak pelanggan Pak Abu lari tengok muka Aina sambil melangkah keluar menuju ke arah basikalnya. Seperti biasa Aina pergi menyusun botol-botol air namun kerja Aina agak banyak harini memandangkan stok kedai Pak Abu belum disusun lagi. Aina betul-betul sibuk sampai tak menyangka, Amey datang lagi ke kedai itu untuk membeli minuman. Aina hanya melihat sahaja sambil membuat kerja. Amey bergurau dan membuat telatah di depan Pak Abu yang berada di kaunter. "Apala kau Aina,kau budak lagi,apa benda la kau fikir,kenapa? kau tak boleh ke ada"crush",bisik hati Aina sambil tersenyum sendiri. Kemudian Aina terbiasa dengan keadaan seperti itu iaitu peramahnya pelanggan serta Amey terhadap Pak Abu dan keluarganya.

Cuaca yang panas terik petang itu membuat aku duduk di bangku depan sambil menjaga kaunter bersama Tini. Tini berada di meja kaunter. Pak Abu pula balik ke rumah berehat. Tengah merasa kenyamanan tiupan angin, datang seorang lagi polis yang baru , berkulit hitam manis dan muka bujur pergi membeli minuman bersama kawannya. Aku membiarkan sahaja Tini menjaga kaunter kerana aku tengok barang yang dibeli hanya minuman jadi tidaklah Tini susah untuk mengiranya. Namun,Tini gelabah sampai silap bagi wang. Tini terus memanggil aku. "Ya,kejap Tini",Ujar Aku sambil muka gelabah. "Aku pun capai wang baki sambil ku lihat senyuman di balik bibir polis itu kerana telatah Tini. "Mampus aku kalau Pak Abu tengok aku biarkan Tini menjaga kaunter ni",bisik hatiku. Kemudian, dia terus bagitau Tini, "Apala tu la start menggelabah",Usik polis itu pada Tini. Aku hanya senyum sahaja mendengar usikan terhadap Tini itu. Mereka pun beredar dari kedai.

Setelah itu, aku pun menggantikan kaunter untuk dijaga. Dua orang kawan dari sekolah aku pergi ke kedai sambil tersenyum dan berbisik-bisik ke arah aku tanpa diketahui sebabnya. Rupa-rupanya, mereka mengata aku kerana bekerja di kedai sahaja. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa terhadap kawan yang menilai aku sebegitu. Kerja aku penat seharian kerana barangan stok yang disusun adalah sangat banyak.

Tepat jam 6, aku balik ke rumah.

Sampai di rumah, Aku termenung di atas tilam sambil terfikir , kerja apa yang bagus untuk aku dapatkan masa sekarang? Aku sambung belajar ke? Atau aku umm? Sakit kepala la fikir ni. Harini aku dapat 250 sebulan,aku bagi dengan Ibu. Memang seronok dapat upah akan tetapi aku berasa sangat penat kerana kerja yang tak berhenti. Ahh,sudahlah berangan apa semua, aku nak turun ke kedai esok. Aina pun tidur.