webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · ファンタジー
レビュー数が足りません
13 Chs

Bab Sebelas_Percaya

Kepalaku berpusing dan mataku kabur. Bila aku tersedar, aku berada di sebuah bilik kecil yg di lengkapi dengan perabot. Perlahan aku membuka mataku, aku berada di atas katil. Tangan, kaki dan mulutku terikat. Perlahan juga aku bangun dari katil dan terduduk. Mataku memerhatikan sekeliling sehingga aku terpandang Choy duduk di hujung katil memegang sebuah telefon. Bila aku bergerak, Choy juga turut tersedar. Dia menoleh ke arahku dan mendekatiku.

"U dah bangun. u lapar ke? u nak apa-apa tak?" tangannya membuka ikatan mulutku. Aku sedikit meronta kerana ikatan tanganku menyakitkan.

"Apa yg u dah buat ni, Choy? Lepaskan i!" aku menjerit. Dia hanya tersenyum dan mengambil sebungkus nasi, lalu menyuapkan sesudu nasi ke arahku. Aku menoleh tanda tidak mahu. Dia mengulurkannya sekali lagi, namun kali ini aku menggeleng. "Choy, apa yang u buat ni? Lepaskan i! Nanti mesti ada.. " belum sempat aku menghabiskan ayat, Choy menghempas makanan itu ke lantai, habis sisa makanan bertaburan. Aku terkejut dengan tingkah lakunya yang semakin pelik di pandangan mataku. Dia melangkah keluar meninggalkan aku dan mengeluarkan semula telefon bimbit miliknya dan terus mendail ke sesuatu nombor. Setelah selesai, dia terus keluar tanpa berkata apa-apa. Meninggalkan aku sendirian di dalam bilik. Aku sedikit meronta cuba melepaskan ikatan pada tanganku, namun tidak berhasil. Ikatan itu terlalu ketat sehingga tangan aku semakin sakit apabila aku cuba melonggarkan ikatan. Setelah beberapa kali aku cuba akhirnya aku mengalah. Kepalaku berpusing terus memikirkan apa yang telah terjadi.

Selepas berjumpa Choy semalam, keesokan pagi tu aku keluar bersama Hanna dan Am ke Mall berdekatan. Ketika aku membeli barang, Am meminta izin utk membawa Hanna bermain ke FunZone yang berdekatan dengan hypermarket tu. Aku hanya mengiakan sahaja memandangkan semakin hari, Hanna semakin suka mendekati Am. Mungkin itu satu permulaan yang baik. Jadi aku tidak fikir panjang hanya memberi kebenaran. Setelah aku siap membeli, aku menuju ke arah Hanna yang masih seronok di FunZone. Am meminta masa sedikit lagi utk Hanna puaskan hatinya disitu. Melihat keadaan itu, aku meminta izin Am utk menjaga Hanna sementara aku ke kereta untuk menyimpan semua barang-barang yang telah di beli ke dalam kereta dan terus menunggu dalam kereta. Dia hanya bersetuju. Sempat dia menarik tanganku dan mendekatkan mukanya padaku. Hampir tercium, namun dengan perlahan aku menolak. "Ini bukan budaya kita. Tak manis. " Dia hanya tersenyum. Aku menolak troli yang di penuhi barang terus ke kereta. Setelah siap memunggah barang, aku menghidupkan enjin kereta. Aku keluar dari pintu kereta pemandu ke pintu kereta sebelah penumpang. Ketika itu lah, tiba-tiba ada sehelai kain menutup mulut aku. Kain itu berbau alkohol yg kuat sehingga kepala aku berpusing dan mataku gelap. Dan apabila buka mata, aku berada di sini.

Lama aku menunggu ketibaan Choy, namun akhirnya aku terlelap. Mungkin ubat alkohol tadi masih kuat melekat dalam rongga pernafasanku menyebabkan aku masih mengantuk. Aku terkejut apabila, kain pada kaki aku diselak dan pehaku dipegang. Aku terus bangun dan terduduk. Pandangan mata Choy bertentangan dengan mata aku. Dia hanya tersenyum dan tangannya menyeluk hingga ke bawah. Aku cuba menahan dan beberapa kali cuba menepis. Dia menarik muka nya dekat denganku, seolah-olah aku miliknya dan ingin mengambil kesempatan atas diriku. Aku hanya mampu merayu dilepaskan dan jangan minta dia jangan lakukannya. Pada mulanya dia melepaskan setelah beberapa kali aku memujuk hingga sampai satu masa, dia sudah tidak tahan. Ketika aku berada di bawahnya, aku menjerit dan menangis minta tolong dilepaskan. Ketika itu juga, Am muncul dan menumbuk tepat ke arah pipinya. Bibir dia berdarah. Am mengangkat semula Choy dan menumbuk kembali Choy hingga seorang anggota polis menarik tangan Am. Am mengangkat tangan tanda mengalah. Pihak polis terus menggari tangan Choy dan membawa Choy keluar dari tempat itu. Tanpa berfikir panjang, Am terus meluru ke arah aku yg sedang menangis di atas katil. Am mengangkatku dan memeluk erat tubuhku. Setelah beberapa minit, dia. membuka ikatan tanganku dan tanganku terus memeluk kembali tubuhnya. Dia mendukung aku keluar dari situ terus masuk ke dalam kereta. Am meminta aku tunggu utk selesaikan beberapa urusan dengan polis dan aku di arahkan supaya dibawa ke hospital serta merta utk pemeriksaan lanjutan.

Cahaya dari tingkap wad aku membuat aku tersedar. Am tertidur di atas sofa di dalam wad aku. Ketika aku cuba bangun, Am terus tersedar. "Sayang, nak ke mana? Am bawa kan." jari aku menunjuk ke arah bilik air. Dia ingin mengiringiku tapi aku menolak. Aku bukannya sakit, hanya aku masuk air dalam badan kerana tiga hari tidak makan. Masa kejadian itu, aku tidak menyentuh makanan sedikit pun. Malah ketika itu, tidak terfikir langsung utk makan hanya fikir utk melepaskan diri. Sepanjang hari di situ, Am asyik di hubungi mama dan Lia untuk memastikan keadaan aku. Ada juga beberapa kali mama dan Lia cuba memberitahu utk datang melihat aku di sini. Namun beberapa kali itu juga lah Am cuba menenangkan mereka dgn memberitahu bahawa semua dalam keadaan baik dan selamat dengan ada beberapa orang polis yang menjaga pintu bilik ku itu. Mereka bimbang kalau-kalau Choy mempunyai rakan subahat lain. Am juga turut memerhati keadaan sekeliling walaupun di kawal ketat. Am lah orang yang lebih risau berbanding orang lain. Setelah keadaan aaku mula stabil, aku meminta utk discharged. Risau dengan keadaan Hanna yang hampir seminggu aku tinggalkan. Apa lah yang bakal jadi pada Hanna di rumah jika ketiadaan aku?

Ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah, Hanna terus menuju ke arah aku dan memelukku dengan tangisan yang amat kuat. Aku cuba mendukung anak kecil itu namun kekuatan tangan ku masih belum pulih sepenuhnya. Am terus mencapai anak itu dari tanganku dan mendukungnya. Am mendekatkan dirinya dan Hanna pada diriku utk mencapaikan tangan anak itu pada bahu ku. Hanna menangis sehingga hampir hilang suara. Aku menenangkan Hanna sehingga dia tertidur di pangkuan Am. Am meletakkan Hanna di dalam bilikku supaya dia dapat tidur lena.Aku merapati Maktam yang sibuk di dapur. Maktam terkejut dengan kehadiran aku ke dapur. Maktam melarang aku melakukan kerja memandangkan tenaga aku masih lemah. Aku hanya mengangguk. Aku bertanya kan khabar Hanna setelah aku tinggalkan dia. Menurut Maktam, sepanjang ketiadaan aku, Hanna selalu menangis merindui aku. Kadang-kadang makan pun tidak mahu. Nasib baik ada Papa Am, Nenek dan Maksu kesayangan dia cuba memujuk. Ada kala dia melupakan tetapi apabila ingatan dia mula sedar, Hanna mula menangis semula. Maktam akan memujuk dia sehingga dia tertidur kepenatan. Aku mula rasa kesian padanya. Aku mula terfikir bagaimana jika ketiadaan aku nanti. Dapat ke dia sesuaikan diri dengan keluarga dia. Soalan itu membuatkan aku termenung terdiam di situ. Akhirnya tersedar apabila Am menepuk bahuku dan menyuruh aku istirehat di dalam bilik. Tanpa banyak soal, aku menurut kata-katanya dan terus menuju ke bilik. Aku mula merebahkan diri di sebelah Hanna yang lena tidur di atas katil ku itu. Fikiranku mula melayang ke arah kejadian tempoh hari. That was terrible dan itu adalah trauma paling utama yang aku cuba elakkan setelah kejadian Am dulu. Aku tak sanggup melaluinya untuk sekali lagi. Cukuplah kejadian dulu.