webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · ファンタジー
レビュー数が足りません
13 Chs

Bab Enam_Perkahwinan

Am setuju dinikahkan dengan bersyarat. Segala persiapan perkahwinan, Mama dan Alia yg uruskan. Aku hanya menjadi patung cendana. Mengikut sahaja segala yg telah di aturkan.Dari ke pelamin hingga la bilik pengantin, semuanya di urus baik oleh weeding planner mama. Ramai juga yg hadir ketika majlis pernikahan itu. Waktu pernikahan kami di buat sebelah petang di masjid besar. Semasa hari pernikahan itu, aku nampak Syira juga turut hadir melihat pernikahan Am.Semua tetamu juga turut nampak kehadiran Syira di perkarangan masjid itu. Semasa Am baru sampai menaiki keretanya, Syira terus menerpa ke arah Am seolah-olah dia cuba mencari perhatian Am ketika itu. Am melayan keranahnya bagaikan seorang bidadari. Keadaan itu buat aku makin sukar utk menerima Am sebagai suamiku. Bagiku, aku memang tak kisah langsung jika perkahwinan ini tidak diteruskan.Tapi disebabkan rasa bersalah, Am dan aku terpaksa merempuhinya. Demi menjaga nama baik mama. Ketika di majlis itu juga, Am juga macam acuh tak acuh ketika dia harus menerima akad. Namun bila mama mula memuncungkan mulutnya, Am meneruskan pernikahan itu. Riak wajah Syira juga seolah tidak mahu menerima keadaan itu. Wajahnya yg tidak puas hati, dia terus keluar meninggalkan majlis itu. Selepas upacara pembatalan air sembayang, Am juga terus meninggalkan aku di majlis pernikahan kami sendiri. Dia berlari mencari kelibat Syira di merata kawasan masjid. Aku tahu dia masih sayangkan Syira dan dia tidak mudah utk pisahkan mereka. Perempuan secantik dia, laki mana yg tidak akan sangkut. Tambahan pula dia sudah bersama Am sejak dari England lagi. Lagi sukar utk lepaskan. Ada juga dua tiga lagi kawan-kawan Am turut mengikuti jejak Am mencari Syira. Mama dan Alia mendekati aku dan cuba menenangkan aku. Ketika itulah aku terasa sakit. Sakit yg amat sehingga aku tidak mampu bernafas. Melihat keadaan aku yg kurang sihat, mama mencadangkan utk aku pulang dulu sebab akan ada majlis resepsi akan menyusul esok. Jadi mama tidak mahu aku keletihan.

Malam pertama kami, aku pun tidak tahu Am ke mana. Dia mungkin sedang memujuk Syira yg sedang marah padanya. Aku tidak peduli. Yg penting kami sudah selamat dan tidak akan ada perkara yg pelik akan berlaku lagi.

Majlis persandingan mama raikannya di sebuah hotel mewah. Ramai tetamu besar yg hadir dan antara mereka juga ada yg mengenali arwah ibu bapaku dan Am sendiri kerana Am merupakan manager syarikat mama sekarang. Menjadi buah mulut orang ramai, apabila Syira muncul di majlis persandingan kami itu dengan memegang erat tangan Am. Sudah pasti ramai yg pelik dengan kejadian itu. Belum apa-apa pengantin lelaki sudah curang. Semua pun ramai yg mengata majlis itu. Mahu tak mahu, secara tidak sengaja, aku menarik tangan Syira dan membawa dia keluar dari majlis itu. Di luar majlis, aku cuba berbincang secara baik dengannya.

"Cik, Syira. Tolong lah. Utk hari ni je. Jangan malukan mama. Kesian kat dia. Semua orang duk mengata dia.Tolonglah" aku mengeluh. Dengan wajah selamba dia tersenyum sinis.

"Kenapa plak aku nak kena dengar cakap kau? Salah kau. Kau yg rampas Am dari aku. Terima je la hakikat." dia memandang aku atas bawah dengan jelingan sombongnya itu.

"Tak ada istilah siapa rampas siapa. Am tu hak cik Syira. Tapi buat masa ni saya harap cik Syira tak cari pasal nak jatuh kan mama. Kalau cik Syira malukan mama, jangan haraplah cik Syira dapat jumpa Am lagi."mukanya bertambah marah.

"Tak ada siapa yg boleh halang i dari jumpa Am. Am is mine. Kalau u cakap macam tu. Tak apa. i pergi. Tapi u ingat ye? Hidup kau takkan bahagia. Percayalah cakap i. I akan pastikan u menyesal nikah dengan Am." dia terus berlalu keluar dari situ. Alia menemui aku dan aku hampir terduduk. Dada aku sakit hingga sesak nafas.

"are u okay Dee? U nampak stress ni. Nak rehat kejap tak?" Alia memapahku dan beberapa orang pekerja mama datang memapahku.

"I'm okay, Lia. Just i wanna take five. Boleh ke?"

"U pergi rehat kat bilik persalinan kat belakang. Nanti i update mama. Suhana, tolong bawa Dee ke bilik ye?" Suhana hanya mengangguk dan mereka membawaku perlahan ke bilik. Sampai di sana, aku terus membuka persalinan dan menunaikan solat. Semasa berdoa, aku tidak tahu dari mana, kepalaku gelap dan terus terbaring di atas tikar sejadah. Bila aku buka mata, aku sudah pun berada di rumah mama yg masih berpakaian pengantin. Aku di kelilingi mama dan beberapa orang tetamu yg membantu aku.

"apa yg dah jadi, mama?" pelahan aku bangun dan membetulkan kedudukan aku.

"Jangan lah bangun, Dee. Dee penat tu. Just rest okay. Yg lain biar mama uruskan." Mama terus keluar meninggalkan aku. Dalam kelibat tetamu yg melihat ku, tiba-tiba wajah kak Liza muncul di kalangan mereka.

"Kak Liza!!" Aku terjerit sedikit. Kak Liza hanya tersenyum dan memelukku.

"are u okay, Laila?" Kak Liza seperti memahami aku. Dia tahu terlalu berat utknya melepaskanku pergi tetapi apakan daya, dia hanyalah selaku penjaga. Selebihnya, pelajar itu sendiri perlu pilih jalan hidupnya sendiri selepas tamat Spm. Kak Liza membetulkan pakaianku dan make up supaya tidak nampak penat dan pucat keletihan.

"Kak Liza harap Laila bahagia ye? Cuba ambil hati suami. Jangan mudah mengalah. Ingat pesan akak. Laila kena kuat." pesan kak Liza sambil membetulkan makeup di wajahku. Aku hanya tersenyum. Tapi aku tahu dia merasa juga penderitaan ku. Dalam beberapa minit kemudian, Am datang mencariku di bilik persalinan.

"kau dah okay ke? Tadi mama kata kau pengsan?" soalannya yg acuh tak acuh membuatkan aku hanya bangun dan terus keluar meninggalkan dia di bilik itu. Dia juga turut mengikuti aku dari belakang dan menarik kuat bahu aku.

"Kau jangan ingat kau dah menang ye? Kau tengok lah apa yg aku akan buat kat kau nanti. Kau nak sangatkan. Biar aku puaskan kau nanti." matanya tajam memandang mataku. Mungkin dia marah bila aku menarik tangan Syira tadi. Tapi bila fikirkan balik, memang patut pun aku buat macam tu.

"Sekurang-kurangnya kita halal. Aku dah tak kisah." Aku menolak tangannya dan berlalu meninggalkan dirinya yg terkejut dengan jawapan dariku. Aku tahu dia tengah marah. Tapi aku rasa hari tu, hari yg sesuai utk aku balas dendam. Lepas ni memang susah.Malam selepas majlis persandingan itu, mama meminta Am utk tidur di dalam bilik pengantin. Mulanya Am menolak tetapi apabila mama mula membebel, dia terpaksa. Mama juga ada berpesan padanya supaya tinggalkan sahaja Syira dan jaga aku sebagai isterinya. Tapi aku sudah tahu apa jawapannya dan aku langsung tidak mengharapkan apa-apa dari perkahwinan ini. Aku tahu dia pasti sukar utk berubah.

Sebulan perkahwinan kami, dia telah mula tunjuk belang lamanya. Balik lambat, bawa balik Syira dalam biliknya hingga pagi. Tapi kali ini lebih melampau. Am seolah-olah tidak takut langsung dengan mamanya. Melihat keadaan Am, mama memohon dan menyuruh aku bersabar melayani kerenah Am. Walapun begitu, aku cuba bersabar dan pelajari cara-cara utk menambat hatinya. Semua perkara aku cuba berusaha utk mengambil hatinya. Macam biasalah, diberi susu, dibalas tuba. Hanya hamburan maki hamun dan lepasan nafsunya sahaja yg aku dapat. Setiap kali selepas bersama, dia pasti akan meninggalkan aku sendirian di bilik. Dia tidak akan tidur sekatil denganku. Sudah beberapa kali, mama dapat tangkap yg dia tidur dalam biliknya. Samada sendirian atau berdua, aku tak pasti. Semuanya sakit yg ku rasakan.