webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · アクション
レビュー数が足りません
26 Chs

9

Pukul 10:07 malam

"Macam mana dengan perempuan tu ? Dah jumpa belum ? " tanya lelaki yang sedang membelakangi orang suruhannya , sambil duduk di kerusi beroda tiga , melihat ke luar tingkap .

"Belum jumpa , boss . " jawab lelaki itu , sambil kepalanya ditunduk .

"Cari dia sampai dapat ! " jerit lelaki yang sedang duduk tadi , sambil berdiri , meja dihentak dengan kuat menggunakan tangannya .

Kuli lelaki itu mengangguk.

Kerusi mula dicapai dan diduduk semula . Nafas dihela kasar .

'Ada kuli pun , semua tak boleh pakai , hm !'

***

Sementara itu, malam Remember Us pun baru sahaja berakhir .

Kerusi disusun kembali, oleh AJK kebersihan. Semua yang menyusun lelaki, tiada perempuan.

Bak kata para student perempuan , 'No girls , only boys! '

Anah yang berada di hadapan pintu besar sambil menunggu Teena , menoleh seketika apabila namanya dipanggil dari belakangnya .

Dia melihat Aliff berlari ke arahnya .

"Ada apa Aliff ? " tanya Anah apabila melihat Aliff yang kelihatan sedikit serabut

"Anah, im really sorry about this night... You dah cukup perfect malam ni , cuma gara-gara pasangan, orang ramai , tak nak undi you . Tapi, kalau dari awal, dia macam kat atas pentas tadi,

rasanya you mesti akan menang. I am really sorry, Anah. I tak berniat pun nak, sakitkan hati you . Can you accept my apologies? " ujar Aliff dengan penuh rasa bersalah

"Wait,wait . Kenapa awak cakap macam ni? Look , im okay right ? Tak ada apalah , nak dibimbangkan , lagipun saya dah banyak kali menang , nanti macam tak adil pula bagi orang lain . " balas Anah

"No , i still nak minta maaf . Kalau you kecil hati dengan I , apa kata you luah je , im ready to hear that .. Asalkan , you tak benci I. " ujar Aliff dengan nada perlahan dan lembut , pandangan redup diberikan .

"Tak , tak , tak . Saya tak kecil hati pun lah, jangan risau okay ? " balas Anah sambil tersenyum

"Okay , i percaya kalau macam tu . You nak i hantar balik ? " tanya Aliff

"Tak apalah , terima kasih . Saya tunggu Teena ni . "

"Kalau macam tu , naik sekalilah kereta saya . "

"No, its okay . You must really tired , you have to go rest in your home . "

"Okay, kalau macam tu. Kirim salam dekat Teena, ye. See you later , Anah. " ujar Aliff, mengundurkan kakinya perlahan-lahan ke

belakang, lalu pusing ke belakang setelah kakinya yang dibaluti kasut kulit berwarna biru itu , menyentuh jalan raya .

Anah hanya mengangguk .

Setelah, melihat kelibat Aliff agak jauh darinya, Anah pun berpusing ke belakang .

"Teena ni lambat sangat ar!" bisiknya perlahan, apabila melihat Teena menapau makanan yang disediakan itu .

Yalah , kalau tak makan banyak-banyak , nanti rugi !

Anah tersenyum dan menggeleng kepalanya apabila mengingat kata-kata Teena pada 19 minit yang lalu .

Anah terdiam sejenak . Mana Raf ? Desis hati kecil Anah

Selepas habisnya aktiviti diorang malam ni , dia langsung tak nampak batang hidung lelaki itu . Entah pergi mana dia agaknya !

"Miss me ? " sapaan satu suara garau dari belakang Anah.

Tak habis-habis , semua orang dari belakang ! bisik Anah dalam hati .

Anah menoleh ke arah suara itu .

"Eh, Raf!" ujarnya bila nampak Raf , yang kini telah menjadi seperti sediakala. Nerd .

"Kenapa tak balik lagi ? "

"Tunggu Teena . "

"Oh, nak saya hantar? Naik kereta ?"

Anah terdiam sejenak. Entah kenapa hatinya berbelah bahagi. Sama ada nak terima atau tak.

Argh, buntunya !

"Tak apa lah, terima kasih je. Lagipun awak mesti penat, baik awak balik dan berehat. " balas Anah sambil menghadiahkan senyuman kepada Raf

"Are you sure ?" tanya Raf sambil mengangkat kening kanannya

Anah mengangguk .

"Okay, i will leave you right now. Nah, this is my number. Text me, if you nak cakap apa apa. I really hope that you will text me. " ujar Raf sambil memberikan senyuman lalu berlalu pergi .

Anah melihat Raf sehingga beredar . Selang beberapa minit, mata masih terus tertumpuh ke arah kereta Audi yang meluncur di jalan raya .

Anah mengeluh perlahan.

"Bah! " kejut Teena dari belakang , menyebabkan lamunan Anah tersentak .

"Ei, kau ni, tak baiklah! " beritahu Anah sambil mengerut keningnya, nada suara berbunyi merajuk

"Alah, tu pun nak merajuk. Jom balik , tapi sebelum tu aku nak makan burger ! " Kata Teena sambil meletakkan tangannya dia bahu Anah

"Ha , jomlah . Kejap lagi , kau tu makin gemuk dah ! " ujar Anah sambil menunjuk tapau di tangan Teena , dan perut Teena

Teena tidak memakan kata kata Anah , dia tahu Anah cuma bergurau .

Gelak daripada Teena tercetus akhirnya .

Kaki mula diorak ke arah gerai burger Mat Din.

***

"Dia tak jawab calllah, bang ! " ujar Datin Riana

"Hm! Ada anak jantan pun, kuat merajuk! Macam tak ada benda lain kena buat ! " keluh keras daripada Tan sri Isyraf kedengaran

"Bang, dah dahlah tu. Dia tak nak balik tu sebab dia tak suka abang paksa dia. Abang macam tak kenal dia tu, dari kecil memang keras kepala. " gumam Datin Riana bersama nada kecewa .

"Engkau tu manjakanlah dia sangat . Engkau nak dia tu mati bersama sama dengan penyakit dia tu ke? Entah kenapa anak lelaki kau tu, sayang sangat dengan penyakit yang dia bawa tu! " gelas ditangan

diletak ke atas meja. Giginya diketap, rahangnya bergerak.

Ibu jari Datin Riana terus menerus menekan nombor anaknya pada pad panggilan telefonnya itu .

***

Telefon diatas meja makan di pandang sepi, entah kenapa dia berasa berat sungguh ingin menjawab panggilan dari kesayangannya .

Hoodie hitam yang menutupi sebahagian kepalanya di turunkan . Dia terus menerus melihat skrin pada telefonnya, sehingga tidak lagi kedengaran sebarang bunyi.

Telefon Iphone 11 max dipandang sepi .

Lain yang ditunggu, lain yang datang !

Desis hati kecilnya. Tambahnya lagi , dengan keluhan kasar

---

To be continue...