webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · アクション
レビュー数が足りません
26 Chs

5

3 Hari Kemudian

Anah menuju ke kampusnya bersama-sama Aulia

"Akak okay dah kan?" soal Aulia sambil berjalan bersama-sama dengan Anah menuju ke kawasan kampus

"Iye. Akak okay dah. Lagipun, Encik Iskandar mesti marah kalau student dia asyik cuti saja." balas Anah dengan nada bengang apabila Aulia asyik bertanyakan soalan yang sama

"Alah..encik Is mesti faham punya.."  kata Aulia kepada kakaknya. Yes, memang kena faham pun. Takkan nak tunggu sakit sampai koma baru faham keadaan aku ni?

Tiba di pertengahan jalan, menuju ke kampus, sebuah kereta meluncur laju, sehingga fail Anah jatuh ke atas jalan raya

"Woi, memandu tak pandai perlahan-lahan sikit ke!" tengking Anah. Ni yang aku tak suka. Memandu, macam tempat parkir ni tempat race je! Ha, jangan sangka Anah ni ayu sangat ea . Dia bab marah ni , kalah Aulia tahu!

Kereta tadi berhenti di hadapan mereka, Aulia yang menolong kakaknya tadi, berpaling ke arah pemilik kereta itu, hampir sahaja ingin ditengking nya

pemilik kereta BMW itu, tapi apabila dia melihat rupa-rupanya Encik Iskandar yang keluar dari kereta itu, pura-pura dia menolong kakaknya kembali

"Sorry, cik. Awak okay ke?" soal Iskandar menuju ke arah Anah dan Aulia

"Kertas-kertas yang ada kat fail aku, semuanya jatuh. Ini kau kata okay?" kata Anah masih tunduk menyusun kertas-kertasnya itu. Bengang juga dengan sikap macam tu. Dari awak saya, automatik jadi aku kau.

Aulia membesarkan bola biji matanya, sewaktu mendengar ucapan kakaknya itu.

"Anah! " Tegur Iskandar setelah melihat keberadaan student kegemarannya itu dengan nada terkejut dan lembut. Anah yang menyusun kertas itu, tersentak seketika, dia berpaling ke arah pemilik suara itu

"Maafkan saya, ye Anah. Saya tertekan kuat pedal kereta tadi." Ujar Iskandar sambil membantu Anah menyusun kertas yang habis berterabur ke atas tar itu

'Alamak! Habislah aku! ' jerit Anah di hati, sambil tersenyum kepada Encik Iskandar. Walhal, hatinya sudah menggelabah.

"Eh, tak apa encik! Maaf terlampau jalan ke tepi tadi! Tak perasan pun kehadiran kereta Encik tadi!" ujar Anah sambil menarik kembali kertas yang disusun oleh Encik Iskandar

Aulia disisi mengangguk

"Eh tak! Saya yang cuai sangat! Maaf ye Anah! " ujar Iskandar, bernada risau

Anah hanya senyum kepada Encik Iskandar. Mereka berdiri daripada tadi yang asyik melutut di jalanan.

Baru sahaja Anah ingin meminta diri, dia ditegur oleh Iskandar

"Anah dah sihat ke? "soal Iskandar kepada Farhanah

"Alhamdulillah dah. Maaflah encik, sebab saya ponteng kelas beberapa hari ni." ujar Anah bernada lembut, Aulia menjadi penonton sahaja

"Tak apa. Janji Anah sihat," ujar Iskandar sambil tersenyum ke arah Anah

Memang sukar untuk student UPM perempuan mendapat senyuman semanis itu, daripada Encik Iskandar.

Encik Is juga merupakan pujaan ramai pelajar perempuan tak tertinggal juga lecturer perempuan.

Anah hanya membalas senyuman Encik Iskandar sebelum mereka meminta diri untuk pergi ke kampus

"Baiklah. Hati-hati berjalan tu, jangan sampai Anah pula yang jatuh!" jerit Iskandar sewaktu Anah dan Aulia semakin jauh darinya

Anah hanya mengendahkan jeritan Encik Iskandar, bukannya kurang ajar tapi takut ada khabar angin yang buruk lagi tentang dia dengan Encik Is, seperti sebelum ini..

Setelah kelibat Anah tidaklah kelihatan dari jauh , Iskandar tersenyum sebelum dia masuk semula ke dalam perut kereta.

Tayar mula berputar dan meninggalkan pagar kampus itu .

***

"Haih, penatnya!" setelah Anah sampai sahaja di biliknya, dia menghempaskan badannya ke katilnya yang telah dibungkus kan dengan pembalut katil, bantalnya juga telah dibungkus.

Anah beruntung kerana roommate nya itu seorang kawan baiknya, malah dia sangat prihatin terhadap Anah

Pintu dikuak dari luar, muncul kelibat seorang gadis dimuka pintu. Dia juga terkejut melihat keberadaan Anah

"Anah!" jerit Qisteena sambil memeluk Anah, di mana Anah sedang berdiri

"Teena!" jerit Anah setelah mendengar jeritan sahabatnya itu, mereka berpeluk antara satu sama lain.

"Ei, rindunya aku dengan kau. Rindu nak lepak dengan kau kat kedai Mat Din. Kau dah sihat ke ni belum?" soal Qisteena

"Dah. Apa kata petang ni kita lepak kat kedai Mat Din, rasanya lama dah aku tinggalkan Si Din tu! " ujar Anah lalu gelak bersama Teena

"Haah, weh! Hari tu aku pergi kedai dia dengan Nik, lepas tu, dia kata 'mana Anah?' " Beritahu Teena sambil menceritakan kembali kisah yang berlaku sewaktu di kedai Mat Din

Mereka gelak bersama

"Ei dahlah, gosip dengan kau ni, memang buat aku tak dapat solat" kata Teena

Mereka pun segera menyiapkan diri mereka,untuk solat dan pergi ke kedai Mat Din

***

"Bengaplah kauorang ni! Setakat cari tahu, di mana tempat tinggal dia pun tak boleh ke?!" jerkah lelaki itu

"Kami dah jumpa. Lokasi dia sebelum ni dah ada dalam data. Tapi...data itu hilang secara tiba-tiba, tanpa kami ketahui siapa yang menggodamnya. Pakar sains komputer pun, kami dah upah. Kami dah ugut dengan bermacam-macam, tapi mereka masih tak dapat temui faktornya." balas lelaki yang berpakaian kot, dan botak itu.

"Jadi, apa punca semua ni?! Apa gunanya aku upah orang yang berkemahiran tinggi-tinggi, kalau ini hasilnya?! Benda yang remeh pun tak boleh buat ke, bodoh?! Nanti kalau atasan marah aku, aku nak jawab apa?!" jerkahnya lagi

Terhinjut bahu orang upahannya itu. Keluhan kasar dilepaskan oleh lelaki itu, kemudian dia duduk dikerusinya semula

"Lelaki tu pula macam mana?" tanya lelaki itu sewaktu kemarahannya beransur-ansur reda.

"Dia...masih bersembunyi di perhutanan."

"Bagus. Jaga dia baik-baik. Pastikan dia tidak lari ke mana-mana. Kalau tidak, eksperimen kita tidak akan berhasil. Darah gadis itu, sangat penting untuk menghasilkan eksperimen ini. Jadi, aku nak benda ni selesai sebelum 4 bulan. Bersurai."

Orang upahannya terus beredar.

***

Badan dihempas atas katil mewah bersaiz king itu. Fikirannya menerawang memikirkan gadis yang bercuti selama beberapa hari itu. Rindunya untuk menatap wajah itu, cuba dibendungnya.

Sewajarnya, dia sepatutnya menelefon gadis itu, tapi oleh kerana mereka tiada apa-apa ikatan, rasa segan terus menerus menghalang dirinya daripada menelefon gadis itu.

Yelah, takut dikatakan syok sendiri. Betul, dia tahu gadis yang cukup indah itu mustahil mencintainya. Walau dia kaya raya, tapi dia  tidaklah sekacak hero malaya.

Megat terus terlelap dalam kesepian yang membelenggu dirinya.

———

To be continue...