webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · アクション
レビュー数が足りません
26 Chs

15

Tuala, berus gigi serta ubat gigi dan pencuci mukanya diambil dari dalam beg. Gayung diambil. Zip khemah mereka dibuka. Bila sahaja berada diluar khemah, Aulia menggeliat. Lalu, matanya melilau ke persekitaran perkhemahan mereka.

Sunyi. Hanya kedengaran bunyi dari air terjun yang mengalir deras di permukaan sungai. Kesian. Mesti diaorang penat. Itulah, tidur lambat lagi semalam.

Line clear? Dia terus melangkah ke arah sungai, apabila dia tidak melihat satu orang pun yang berada diluar khemah.

Setelah selesai mengurus diri, hoodie dipakai. Dia duduk di tepi sungai itu, sambil menatap seutas rantai pemberian Syafiq sempena ulang tahun hari

jadinya tahun lepas, yang berada di tapak tangan kanannya. Senyuman terukir dibibirnya dan selepas itu, keluhan kecil kedengaran.

Dia bangun dari duduknya, sambil mengusap-usap lengannya. Sejuk! Baru sahaja tangannya ingin membuka zip khemah, bunyi dari semak samun mencuri perhatiannya.

Aulia meletakkan gayungnya dihadapan khemah, kaki dihayun perlahan-lahan mendekati hutan itu. Dia menggenggam erat rantai pemberian Syafiq. Dadanya turun naik.

Tiba-tiba, satu figura yang dibelakang Aulia, menekup mulutnya sehinggakan dia pengsan dalam masa beberapa saat. Rantai ditangan, terlepas, apabila badannya rebah.

Aulia diangkat, lalu kaki lelaki itu melangkah laju menuju ke semak samun. Bila sahaja tiba di luar semak samun, kelihatan Vellfire berwarna putih. Aulia dibaringkan di kerusi penumpang.

Lelaki itu menutup pintu penumpang dan mengambil tempat disebelah pemandu. Lelaki yang memandu itu, mula menekan pedal minyak. Tayar mula bergerak dari posisi asal.

———

Pintu diketuk bertalu-talu. Tiada sebarang reaksi yang dia dapat. Pompuan ni dah mati ke apa? Setelah hampir menghabiskan masanya dalam 34 minit hanya untuk mengetuk pintu tuan puteri, dia mengambil. keputusan untuk masuk ke dalam bilik gadis itu.

Kepala digeleng beberapa kali, apabila melihat gadis itu, masih elok dibuai mimpi. Dia mendekati, katil Anah. Kaki diletak dibirai katil, lalu digegar olehnya.

'Asal bergegar pula ni? Gempa bumi ke?' bisik hati kecil Anah yang masih dalam tidurnya. Entahlah, aku tidur ke tak ni?

Setelah masih dia merasakan gegaran yang sama. Lantas dia bangun dari perbaringannya, dan dia melihat seorang lelaki yang berpakaian hoodie . Dia ingat ni korea ke? Rumah dia ini pun bukannya sejuk sangat. Ceh!

Lelaki itu mula menurunkan kakinya dari terus berada dibirai katil Anah. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar t-suitnya. Matanya masih memandang gadis yang mengalahkan puteri itu.

"Eii, apa ni! Masuk bilik tak ketuk pintu!" jerit Anah sambil menyilangkan tangannya ke bahu, bagi menutup dadanya.

"Eh, kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Kau tahu tak, tangan aku dah nak hancur ketuk pintu bilik kau ni?!" kerut dahi lelaki itu, belakang tapak tangannya dihala ke arah Anah.

"Kesah apa aku.." ujar Anah perlahan

"Apa kau kata?" lelaki itu mengerutkan keningnya

"Tak ada apa." balas Anah sambil menyisir rambutnya menggunakan tangan. Kadang-kadang bila tersekat tu, sakit woi!

"Dah, bangun. Buat sarapan!" ujar lelaki itu sambil berjalan keluar dari bilik

"Eh, asal saya pula yang kena masak?" tanya Anah pantas

Lelaki itu memusingkan badannya menghadap Anah

"Kau perempuan. Aku lelaki."

Anah menaikkan kening kanannya, sambil memandang lelaki itu

"Dah tu? Awak nak jadi perempuan eh?"

Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Menahan geram. Yelah, siapa saja tak stress dengan orang macam ini kan?!

"Apa yang kau merepek ni?"

"Tak ada apa-apa."

"Cepatlah masak. Aku lapar ni!" tengking lelaki itu.

Mamat ini kalau aku cincang-cincang, memang tak cukup! Dia ingat aku ni isteri dia ?!

Anah berdiri dari duduknya. Dia menolak lelaki itu keluar dari bilik, lalu pintu dihempas olehnya. Terjongket bahu lelaki itu.

Pintu dibuka, lelaki itu terus melihat kepala gadis itu yang seakan-akan hantu. Dahlah rambut kusut masai!

"Nye nye nye nye." ejek Anah pada lelaki itu, lalu pintu dihempas kembali

Lelaki itu terus membelek pintu bilik itu, ingin melihat sama ada, calar oleh pompuan tu atau tak. Nasib tak calar. Kalau calar, nayalah pompuan tu oleh aku!

Dia berpusing dan menuruni tangga untuk pergi ke tingkat 1.

Setelah Anah, selesai mengurus diri, tombol pintu diputar dan dia keluar. Dia menuruni tangga, malas nak naik lif, karang terserempak pula dengan mamat tak guna tu.

Laju sahaja langkah dia menuruni tangga. Tiba ditingkat 1, breakfast pilihan, diset di minda. Dia nak buat breakfast ala-ala omputeh.

Roti, salad, mayonis, dan tuna diambil, lalu digabung satu persatu. Tup tup tup, siap! Aku pun tak tahulah, ni sandwich ke apa. Kalau bukan omputeh pun, cukuplah ala-ala malay moden.

Mamat tu tak reti keluar ke? Macam sultan je. Anah naik ke tingkat 3, pintu diketuk 3 kali. Apabila tiada sebarang sahutan, dia membuka pintu itu. Kosong.

'Mana pula mamat ni. Itu pun nak merajuk!' desis hati kecil Anah. Ceit, perasan lebih saja engkau ni Anah!

Dia menerokai setiap bilik yang berada di rumah agam itu. Tiba di satu bilik, dia melihat sebuah piano mewah berwarna hitam. Cantik! Bilik ini pun tidak kurang mewahnya.

Dia memegang kepalanya apabila, kepalanya pening dan penglihatannya berpinar-pinar.

Tiba-tiba, terimbas satu memori berkaitan piano. Dia melihat satu sosok lelaki yang duduk disitu, tapi sedikit kabur. Dia juga melihat tempat itu, ada ramai orang.

Kepalanya semakin sakit. Dia menutup pintu bilik itu kembali. Kepala digeleng beberapa kali. Dia terus mencari lelaki itu, dan matanya tertancap ke arah sebuah pintu yang berada di bawah tangga. Tiba sahaja dia dihadapan pintu yang mewah itu, dia berhenti seketika.

Tangan memegang tombol pintu, dan dipulas perlahan.

**

Perempuan ni masak ke atau menyembelih. Kaki aku melangkah ke setiap sudut ruang bacaan aku. Novel bertajuk The Name of The Wind karya Patrick Rothfuss

Dia merebahkan badannya disebuah sofa kulit, sambil membuka buku itu melalui penandanya.

"Kvothe's father, the famous bard Arliden, starts composing what was to be the greatest of his works a ballad of the ancient tragic hero Lanre. For this composition,

Arliden starts collecting all the various tales of the mythical Chandrian and tries to get at the kernel of truth behind them without explaining how this is related to Lanre. This inquiry turns out.." dia berhenti membaca dan bangun. Dia menyimpan semula novel itu di rak buku dan menuju ke pintu

Tombol diputar dan ditarik. Kelihatan Anah yang seakan-akan ingin bertanyakan sesuatu. Mereka kini saling bertatapan antara satu sama lain.

"Saya siapa?" soal Aulia perlahan, menyebabkan lelaki itu terpampan seketika. Dia mula mempersoalkan benda ini.

Bermakna..

————

"All silence is the recognition of a mystery."

To be continue...