Keadaan kelihatan semakin tegang namun Farhan dan Aisyahazira di lihat begitu tenang. Namun perkara itu tidak sesekali bagi para balachi dan bala tentera Syahami. Ada sesuatu yang mereka takutkan dengan dua orang manusia ini. Semenjak kehadiran mereka di sini, mereka tidak merasakan mereka berjumpa dengan orang yang sama seperti mereka.
Ada sesuatu kejanggalan yang dapat mereka rasakan dengan adanya mereka berdua di sini. Kejanggalan itu kian terasa bila balachi-balachi orang tua keparat itu makin mendekati Farhan dan Aisyahazira. Entah namanya ketakutan atau apa dan itu tidak di mengerti sepenuhnya oleh Syahami. Malah dia makin berkeras untuk meneruskan perlawanan terhadap mereka.
----
"APA YANG KALIAN TAKUTKAN?! MEREKA BERDUA BUKAN MALAIKAT MAUT!!! BUNUH MEREKA!!!!!"
Semakin lama yang datang, semakin banyak nyawa yang melayang. Banyak juga alat-alat dan jentera-jentera perang yang musnah akibat serangan balas yang tidak di duga datang dari arah mana. Seolah-olah, Farhan dan Aisyahazira di lindungi oleh sesuatu di sekeliling mereka.
Ada juga di kalangan mereka yang melarikan diri setelah mengetahui apa yang menyebabkan mereka tidak dapat menghampiri kedua-dua orang itu. Bukan semakin kurang, malah semakin bertambah dan jumlah mereka yang berpaling tidak berkurang walaupun sedikit. Itu menambahkan lagi berang yang semakin terlihat di raut wajah Djohann Syahami yang makin kemerah-merahan.
"CELAKA KORANG SEMUA!!! KORANG SEMUA TAK LEBIH DARI LALANG DI TEPI JALAN!!! KORANG SEMUA AKAN AKU KERJAKAN!!!!!" Sebaik Syahami melafazkan kata-kata itu, semua muncung senapang dan meriam di tala ke arah berlawanan dan terus bertembakan di antara satu sama lain. "MAMPUS KORANG SEMUA!!! MAMPUS KORANG!!!!! MAMPUS, MAMPUS!!! HAHAHAHA, HAHAHAHA; HAHAHAHA!!!!!"
Dalam kekalutan itu, beratus nyawa berjatuhan; bukan nyawa musuh melainkan nyawa para komrad sendiri di sebabkan oleh tindakan menggila 'Raja Terbuang' itu. Baginya, semua nyawa yang mati barusan tiada satupun nilai dan harga buat dirinya. Daripada terus melarikan diri dari medan pertempuran, lebih baik mereka semua mati di tangannya sendiri.
Farhan dan Aisyahazira mulai kebingungan melihat apa yang telah berlaku. Bagi mereka berdua perkara ini terlalu luar dari nalar-kebiasaan. Melihat para balachi yang ketakutan di serang oleh orang mereka sendiri lebih menakutkan sesiapa saja yang melihat kejadian ini di depan mata. Sungguh mengerikan. Tidak tergambar walaupun dengan berketi laksa perkataan.
Kegilaan 'Raja Terbuang' tidak terhenti di situ saja. Dia mengarahkan berpuluh artileri dan mortar beraneka variasi untuk menyerang orangnya sendiri yang cuba untuk menyelamatkan diri. Kesudahannya, angka yang berjatuhan meningkat dengan sangat mendadak melebihi apa yang Puteri Zion dan sahabatnya dari Bumi itu bayangkan. Tak dapat mereka berdua hitungkan angkanya.
Agresi dari pihak soldadu dan bala-tentera yang di kemudi oleh bapa saudara Aisyahazira itu semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Bukan setakat kekurangan dari segi aset dan jumlah ketenteraan malah dari segi kekuatan dan moral, kerana Syahami langsung tidak mempeduli walau sedikitpun tanggungjawab yang akan dia tanggung di kemudian hari.
"BANGSAT KALIAN!!! KALIAN LANGSUNG TAK BERGUNA!!! KALIAN PATUT MATI SEBELUM KALIAN SEMUA DATANG KE SINI SEJAK DARI MULA LAGI!!" Kemarahan Djohann Syahami tidak dapat di bendung buat kali ini. Dia sudah muak dengan semua ini. Matanya sekarang hanya terpaku ke arah Aisyahazira, anak saudaranya sendiri yang dia rasakan sudah keterlaluan.
"KAU, AISYAHAZIRA; KAULAH PUNCA SEGALA MASALAH!!! KAU ANAK MENAKAN TAK KENANG DEK UNTUNG… KALAU AKU TAK MEMANDANG ABANG AKU SEBAGAI RAJA ZION, SUDAH LAMA AKU HAPUSKAN KAU!!! DAN SEKARANG KAU PULA BERANI NAK MENENTANG AKU; KAU SIAPA, HAH!?" Aku berdiri di depan Aisyahazira dan Aisyahazira sangat terkejut dengan tindakanku. "OWHHHHHHH…"
"INILAH DIA ORANGNYA, YANG AJAR ANAK MENAKAN AKU JADI BEGITU LANCANG BERBICARA… DAH LAMA AKU NANTIKAN KAU… DAN AKU AKAN HAPUSKAN KAU SEBELUM AKU HAPUSKAN AISYAHAZIRA!!!" Djohann Syahami sudah mempersiapkan serangan jitu dan tepat menghala ke arah Farhan. Dia terus menerpa dari kereta besi baja kebanggaannya tanpa teragak-agak walaupun sedikit.
Serangan dari Syahami itu sangat padu, dengan hanya satu tendang keras; aku terperesek jauh ke belakang hampir beberapa ratus meter dari tempat aku berdiri. Mujur aku dapat bertahan. "WAH, MASIH BERDIRI KAU YA; KAU BUKAN SEBARANG ORANG YANG DAPAT MENAHAN SERANGAN SEKERAS ITU… BAGUS, BAGUS!!!" Aisyahazira kelihatan tergamam dalam diam.
Aku di gasak dengan tumbukan yang bertubi-tubi dan tanpa henti. Di selangi dengan berkali sepak terajang serta hentakan siku berselang kepala lutut. Namun aku tetap terus bertahan, menangkis dan menepis serangan yang aku terima secara berterusan. Tujuan ayah saudara Aisyahazira itu satu, membuat aku tidak mampu menampan diri aku lagi.
"HAH!!! HEBAT, HEBAT… AKU SUDAH LAMA TAK MERASA SEBEGINI TERCABAR KEKUATAN AKU SELAMA NI… KAU MEMANG SETANDING UNTUK BERSALING BERBUNUHAN DENGAN AKU DAN AKU TAKKAN MENYERAH SEBELUM NYAWA KAU AKU CABUTKAN!!! Dengan lafaz itu, Syahami secara tiba-tiba melompat sedepa tinggi lalu memberi rejaman. Aku hampir terperosok ke tanah dengan serta-merta.
Rejaman itu begitu kuat hingga permukaan tanah yang aku berdiri terjunam 5 meter dalam. Walaupun di hentam sebegitu kuat, aku tetap lagi bertahan dan itu menambah lagi rasa ghairah Syahami untuk terus berlawan denganku. "INI BARU DI KATAKAN SAMA-SAMA KUAT, SAMA-SAMA DAHSYAT; HAH, HAH; KAU MEMANG HEBAT!!!" Syahami seolah-olah mengejekku.
Aku agak terasa dengan kata-katanya namun aku tetap menumpu perhatian sepenuhnya dengan tidak melayani kegilaannya yang masih ketara dari semasa ke semasa. Tidak semena-mena; Aisyahazira turun tangan dan itu sangat memeranjatkan aku dan Djohann. "Cukup!!! Hentikan semua ini!!!" Aku memberi isyarat kepada Aisyahazari supaya jangan terlibat dengan perseteruan kami. "OWHHHHHHHHH…"
Kali ini Aisyahazira pula yang membelakangkan aku tanpa aku meminta. Dia tanpa teragak-agak bersuara dengan sangat lantang. "Jika mamanda mahu benar dengan Planet Zion dan seisinya; beta sanggup serahkan dengan beta turun takhta demi mamanda, tetapi jangan apa-apakan teman beta!!!". Syahami begitu tertarik dengan permintaan anak saudaranya itu. "OWHHHHH, YAAAAA?!"
Tak semena-mena, Djohann memberikan serangan secara tiba-tiba ke arah Aisyahazira dalam keadan anak gahara Raja Zion itu masih memberikan ucapan dan itu sangat memeranjatkan aku yang tidak sedar dengan perkara itu, "PADAN MUKA KAU, AISYAHAZIRA!!! PADAN MUKA KAU!!!! HAHAHAHAHA, HAHAHAHAHAH!!!" Aisyahzira yang terkena serangan itu, terkulai layu rebah di pangkuanku.
"Bertahan, Aisyahazira, tolonglah bertahan!!!" Aisyahazira yang semakin lemah bersuara dengan nada mendatar. "Saya nak awak tahu, betapa aku sangat suka pada awak; Farhan… Maafkan saya…" Aisyahazira memejamkan mata erat-erat. Tiada reaksi. Aku yang berderu dengan airmata memadang tepat ke arah 'Raja Terbuang". "KAU, AKAN MATI DI TANGAN AKU, DJOHANN SYAHAMI!!!"
Bersambung...