webnovel

Chapter 42

Di kaki gunung-Tahun 1989

ZAFRAN berlari laju, mengayuh langkah pantas mengejar si gadis yang berada di hadapannya membuatkan belakang badannya berkeringat peluh. Mengahnya, mulai terasa menyempitkan dadanya.

Amin juga, berseiring dengan rakannya mengejar Maria. Tingkah si gadis yang tak terkawal sudah boleh dianggap, seperti binatang liar. Buas untul dikawal.

Namun, ketika di pertengahan jalan. Larian Amin perlahan dan pengerakkannya terhenti dari meneruskan langkahnya. Hatinya, berulah tidak enak. Bulu rumanya, meremang. Kaki tangannya, sejuk membeku. Bukan mudah untuk dia, merasai perasaan aneh yang timbul.

Amin menoleh. Membuang pandang ke belakang. Hatinya kian mendesah akan sesuatu perkara yang tidak baik, mungkin telah berlaku di asrama.

"Amin!" panggil Zafran tika, rakan sepondoknya itu, menghentikan lariannya. Dia juga berhenti separuh jalan, namun anak matanya masih memerhati Maria yang mulai jauh dari mereka. Risaunya, tidak keterlaluan apabila ada pelajar-pelajar lain yang turun sama turun embantu.

Sesekali, ada juga dia menoleh ke arah Amin dengan sekali pandang. Penatnya bermaharajalela. Dia kelelahan.

"Kau pergi. Ada sesuatu yang perlu aku selesaikan." ujarnya, dalam laungan yang tinggi. Amin berpatah semula. Kembali ke sekolah.

Zafran mengangguk. Dia kembali, meneruskan lariannya walau kini langkahnya sedikit perlahan. Penatnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

...

Amin berhenti seketika. Dia juga keletihan. Berlari ke sana ke mari, seperti ibu hilang anak. Mujurlah dia mengenakan seluar di dalam, jika tidak susah juga nak mengejar orang dengan memakai kain pelikat. Orang yang dikejar tak dapat, aib sendiri pulak yang mendapat.

"Kau nampak, apa yang jadi?" tanya Amin dalam nada suaranya, rendah seakan-akan orang yang sedang berbisik-bisik. Pertanyaannya, dibalas dengan anggukkan kepala.

Amin membalas anggukkan, tanda dirinya faham isyarat yang dia sendiri sahaja berkemampuan untuk melihat dan mendengar.

Bersambung...