webnovel

CRUEL BUT ROMANTIC

都市
連載中 · 22.1K ビュー
  • 10 章
    コンテンツ
  • レビュー結果
  • NO.200+
    応援
概要

Beryl Hortencia Lewelda, seorang gadis pintar di kampusnya yang disenangi ramai kerana kebaikan dan kecantikannya. Namun,tak kurang juga yang ingin membunuh mahupun menculiknya kerana status keluarganya yang kaya-raya. Oleh itu,sang ayah iaitu Sir Ivan McGonagall's telah mengupah seorang bodyguard yang handal untuk mengawasi dan melindungi anak gadis kesayangannya itu. Tapi bodyguard ini selalu bertindak kejam dan tiada siapa yang mengetahui identiti sebenarnya. Meskipun begitu, sang bodyguard ini ada juga sisinya yang sweet. Dia harus melakukan apapun demi untuk memastikan gadis kesayangannya sentiasa selamat.

タグ
4 タグ
Chapter 1CHAPTER 1

Dari tingkat atas mansion keluarga Tuan Ivan, terlihat seorang gadis yang berpakaian blaus putih dan mengenakan skirt paras lutut berwarna biru sedang berjalan menuruni tangga marmar bersama beg sandangnya yang berwarna pink.

Gadis berusia 23 tahun itu sedang bernyanyi kecil sambil membetulkan rambut panjangnya yang berwarna brunette. Kakinya yang jinjang melangkah tenang ke arah dapur di mana kedua-dua orang tuanya sudahpun duduk di meja makan sambil menikmati sarapan.

Saat melihat kedua-dua orang tuanya, bibirnya yang berwarna peach mengukir senyuman manis.

"Morning mom,morning dad," sapanya mesra sambil menarik kerusi duduk di sebelah ibunya. Sang ayah dan ibu membalas senyuman manis anak gadis kesayangan mereka itu.

"Morning too,sweetheart," balas sang ayah sambil mengunyah French toast yang telah disediakan oleh chef mereka.

Beryl menghirup latte yang telah disediakan khas untuknya setiap pagi,kerana dia memang meminta pada maids mereka untuk menyiapkan minuman itu untuknya setiap kali sarapan.

Latte telah menjadi minuman kegemarannya sejak dulu lagi dan kebiasaannya itu terbawa-bawa sehingga dia dewasa kini.

French toast yang telah terhidang cantik di atas piring putih di hadapannya kini disantapnya dengan perlahan, menikmati rasa susu dan telur yang melapisi bread tersebut.

"Hari ini,mom and dad ada kerja lebih sikit jadi mungkin akan balik lambat. Sweetheart jangan balik lambat dari kampus,okay? Habis saja aktiviti di kampus,terus balik rumah. Jangan merayau-rayau lagi di luar sana," perintah sang ayah dengan tegas namun penuh kasih sayang.

"Yes,dad. Dah berpuluh kali daddy pesan hal yang sama sampai telinga ni dah hafal ayat daddy tu."

Beryl memotong French toastnya dengan pisau pemotong makanan sambil tersenyum kecil. Sang ibu pula menyiku lengan anak gadisnya dengan lembut sambil turut tersenyum.

Puan Rosy,wanita berusia 40an itu kenal benar dengan sifat suaminya yang akan selalu menasihati anak gadis mereka itu sebelum keluar rumah supaya sentiasa berhati-hati di luar sana.

Sebagaimana risaunya dia akan keselamatan anak gadis mereka di luar sana, begitu jugalah risaunya suaminya memikirkan sang anak setiap kali seorang diri di luar rumah.

Bahkan untuk berjalan-jalan mengambil angin di taman bunga di hadapan mansion sahaja sudah membuat kedua orang tua itu risaukan Beryl, sehingga gadis itu kadang lelah dengan keterbatasan segala aktiviti yang hendak dilakukannya.

Namun dia akur kerana setiap yang dilakukan, semuanya demi keselamatan dirinya dan juga keluarganya.

"I know you're tired already listening to this everyday,but you know it's for your own good," ujar Tuan Ivan.

"I know,dad. I get it."

Beryl mengukir senyuman buat sang ayah agar ayahnya tidak terlalu merisaukannya. Namun sang ayah tahu anaknya itu terasa terkongkong dengan segala keterbatasan serta tidak dapat bersuka ria selayaknya gadis seumuran dengannya.

Tapi anak gadisnya itu tidak pernah membantah sedikitpun setiap nasihatnya. Dia tahu anak gadisnya itu sentiasa ingin menjaga hatinya dan juga isterinya.

"My dear, your dad has chosen a perfect bodyguard for you. Menurut apa yang daddy kamu telah selidiki dari orang itu,dialah yang paling boleh diharap untuk menjaga dan melindungi kamu ke manapun kamu pergi," ujar Puan Rosy.

"Bodyguard yang lama ke mana,daddy?"

Kening Beryl berkerut. Setahunya, bodyguardnya selama ini belum lama bertugas tetapi dia hairan kenapa bodyguardnya kini sudah berganti.

"Bodyguard yang lepas ada hal mustahak,jadi dia minta bertugas ke tempat lain. Jadi yang sekarang ni, bodyguard yang direcommend sendiri oleh kawan daddy dari USA. Katanya yang ini paling excellent dalam kerjanya dan boleh dipercayai."

"Daddy,saya penat asyik bertukar bodyguard. Nanti nak kena bagitahu lagi mana kampus,mana tempat restoran yang saya suka pergi,mana tempat saya suka ambil angin. Letih nak terangkan satu satu lagi," keluh si gadis sambil meneguk sisa lattenya.

Tuan Ivan tertawa lucu mendengar celoteh anak gadisnya. Dia tahu benar bagaimana anak gadisnya itu sering mengomel harus memberi tahu semua details satu persatu kepada bodyguardnya setiap kali ditukar ganti.

Ini kerana dia ingin mencari orang yang benar-benar dapat melindungi anak gadisnya dengan baik. Dia perlukan seseorang yang cekap dan tangkas dalam melaksanakan tugas melindungi anak gadisnya jika terjadi sesuatu.

"No worries, sweetheart. Bodyguard yang ni daddy jamin kamu akan suka sebab kerja dia memang tip top."

"Is that so, daddy?"

"Yes,sweetheart. Daddy tak pernah menipu,kan?"

Beryl tersenyum simpul. Setelah menghabiskan sarapannya,dia mengecup dahi sang ibu begitu juga dengan ayahnya.

"Alright. I'm going mom,dad. See you."

Diraih beg sandangnya lalu diselempangkan di dadanya.

"Take care, sweetheart," ujar keduanya.

"I will mom,dad." Beryl melambai ke arah mereka lalu melangkah menuju kereta Porsche milik keluarganya.

Dia sudah melihat dari kejauhan sosok seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan kacamata hitam yang dipakainya. Orangnya bertubuh tinggi serta berbadan tegap.

Rambutnya disikat rapi dengan potongan cool. Tubuhnya tersalut baju hitam yang ditutupi jaket kulit jenama mahal disertai dengan seluar panjang yang juga berwarna hitam.

'Daddy ni upah bodyguard ke,model ni?' bisik hati gadis itu.

Lelaki di hadapannya kini lebih menyerupai seorang model jika dibandingkan dengan bodyguard.

'Habislah pelajar perempuan histeria nanti!' cetus hatinya lagi seraya menggeleng.

"Selamat pagi,cik muda," sapa lelaki itu dengan suara yang dalam dan maskulin.

"Saya Jay Alvarez, bodyguard baru anda."

Beryl memandang lelaki itu dari atas ke bawah lagak seorang pengawas mengawasi seorang anak murid. Lelaki itu terlihat sangat tampan,wajah yang bersih tanpa cela sedikit pun oleh jambang mahupun misai.

Rahang yang kuat menunjukkan orangnya yang dingin dan tegas. Tubuhnya yang athletic menandakan dia orang yang sentiasa rajin bersenam dan pastinya telah mempelajari seni bela diri.

"Baiklah Jay,ayuh ke kampus." Beryl masuk ke tempat duduk belakang setelah Jay membukakan pintu untuknya.

"Baik,cik muda." Jay menunduk hormat lalu menutup pintu kereta. Dia kemudian menuju ke tempat duduk pemandu.

"Kamu tahu kan di mana kampus saya?"

"Ya,cik muda. Saya telah diberitahu semuanya oleh Tuan Ivan," jawabnya dengan yakin dan profesional. Wajahnya datar tanpa ekspresi apapun.

"Baguslah."

Jay memandu dengan cermat di jalan raya. Tiga puluh minit kemudian,mereka pun tiba di depan kampus Beryl. Jay keluar terlebih dahulu lalu membuka pintu kereta untuk majikannya.

Saat itu juga mereka berdua terus menjadi perhatian ramai terutama sekali para gadis yang sememangnya pantang melihat lelaki tampan seperti Jay. Beryl hanya mampu menghela nafas panjang nan berat.

Setelah berjalan beberapa langkah,Beryl terhenti.

"Kenapa ikut saya?" soalnya setelah menyedari Jay mengikutinya dari belakang.

"Ini arahan dari Tuan Ivan. Saya harus mengikuti cik muda walau ke manapun demi keselamatan cik muda. Saya tak boleh tinggalkan cik muda walau sekejap pun," jawabnya datar dengan ekspresi serius dan dingin.

"No way,dad!" getus si gadis sambil membebel perlahan dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Namun sang bodyguard mendengar bebelannya dan tetap dengan postur tegapnya.

Ketika majikannya melangkah menuju ke kelasnya,dia turut mengikuti gadis itu dari belakang dengan pandangan penuh waspada di sebalik kaca mata hitamnya.

Setiap gadis yang mereka lewati histeria bagaikan orang gila saat melihat sosok seorang lelaki tampan dan maskulin memasuki ruang kampus mereka. Bisikan kedengaran di sana sini.

Beryl hanya mampu memekakkan telinga,malas hendak melayan karenah mereka. Ketika sudah sampai di kelasnya,Jay turut melangkah masuk sekaligus membuatkan seisi kelas senyap seketika menatap mereka berdua di muka pintu.

Beryl menjadi malu serta-merta. Dapat dirasakan mukanya merah menahan malu kerana menjadi perhatian seluruh isi kelas.

Dia cepat-cepat duduk di tempatnya lalu mengeluarkan sebuah buku tebal dan berpura-pura menelaah.

Selang beberapa minit kemudian, seorang pensyarah wanita memasuki kelas dan dia turut terkejut mendapati seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri dengan tegak dan penuh siaga di bahagian belakang kelas.

"May I know who's that guy over there?" soal Mrs. Monica sambil menatap pelajarnya satu persatu. Beryl mengangkat tangannya teragak-agak.

"I'm sorry,Mrs. Monica. He's my bodyguard and he needs to be anywhere I go. I think my dad has already informed the faculty about this," jawabnya perlahan.

Dia sebenarnya tidak selesa jika harus menjadi perhatian seperti ini. Semua sedia maklum bahawa ayah Beryl adalah seseorang yang sangat disegani dan dihormati kerana kemurahan hatinya.

Bahkan kampus ini sahaja dibangunkan dengan hasil titik peluh keluarga mereka. Jadi setiap pensyarah di fakulti ini sangat menghormati Tuan Ivan dan seluruh keluarganya.

"Oh,my apology Beryl. I think I've forgotten to check my e-mail your dad has sent us this morning," ujar wanita 50an tersebut setelah melihat skrin layar telefonnya.

Biasanya Tuan Ivan akan menghantar emel kepada mereka sekiranya ada hal penting yang ingin disampaikannya.

"Alright,he can stay," jawab Mrs. Monica dan disambut dengan senyuman Beryl.

"Thank you,Mrs. Monica," jawab Beryl dengan hati yang lega.

Kelas pun dimulai seperti biasa. Seluruh pelajar di dalam kelas sedang tekun menumpukan perhatian pada sesi pembelajaran mereka pada hari itu.

Setelah 30 minit sesi pembelajaran berlangsung, tiba-tiba kelas dikejutkan dengan tindakan Jay yang sedang menekan leher seorang pelajar lelaki yang duduk di hadapan Beryl.

Kedua-dua tangan pelajar itu ditahannya ke belakang. Kolar bajunya dicekak kuat. Jeritan pelajar lelaki itu memenuhi ruang kelas.

"Jay,what the heck are you doing!?" jerit Beryl seraya bangun dari duduknya. Namun Jay tidak mengendahkan cik mudanya.

"Give me that phone in your pocket!" Jay menekan leher lelaki itu.

"Jay,stop it!" arah Beryl panik melihat lelaki itu termengah-mengah mencari nafas.

"Hey,what is going on there?" Mrs. Monica mengalihkan pandangannya ke arah mereka bertiga.

"Ask this guy what he was doing under the table!" Suara Jay menderam marah. Tangannya tetap tidak melepaskan tengkuk lelaki itu.

"Give me that thing before I break your neck!"

"Hey,take it easy! No killing in my class,please." Mrs. Monica mendekati mereka bertiga,mencuba untuk meleraikan pertelingkahan di antara kedua lelaki itu.

"Okay...okay..saya bagi..tolong.. hentikan.." rayu lelaki yang bernama Olaf itu.

Jay segera melepaskan tengkuk dan tangan Olaf. Olaf terbatuk-batuk mencuba menghirup udara untuk mengembalikan aliran oksigen ke dalam tubuhnya. Dengan tangan yang terketar-ketar,Olaf menghulurkan telefon dari dalam poketnya kepada Jay.

Jay merampasnya kasar lalu melihat segala isi dalam galeri telefon Olaf. Setelah menemukan apa yang dicari,dia menyerahkan telefon itu kepada cik mudanya. Beryl yang kebingungan mengambil telefon itu dari tangan Jay. Saat matanya terarah ke skrin putih tersebut, serta-merta kemarahannya meluap.

"Dasar lelaki miang! Berani-beraninya kamu tangkap gambar saya secara curi-curi!" Beryl memukul-mukul tubuh Olaf menggunakan telefon di tangannya. Jay sekadar membiarkan cik mudanya melampiaskan kemarahannya tanpa berniat hendak menghentikannya.

"Hey,Beryl take it easy. Tell me what is going on here." Mrs. Monica menahan tangan gadis itu.

Dengan nafas yang masih meluap dengan kemarahannya,Beryl menyerahkan telefon tadi kepada pensyarah wanita itu pula. Setelah melihat segala isi dalam telefon itu,jelas pensyarah itu juga kemarahan.

"Olaf,go to the disciplinary office now!" perintahnya tegas. Olaf menurutinya dengan wajah tertunduk malu dan kemerahan menahan amarah kerana telah dipermalukan di hadapan kelas seperti itu.

"Class, I'll be back in a while and in the meantime,please do your revision." Olaf dan pensyarah itu menghilang di sebalik pintu.

"Are you alright,miss?" soal Jay sambil memandang Beryl di sisinya.

"Yes, I'm fine."

Beryl kembali melabuhkan punggungnya di kerusi kayu tersebut. Jay kembali ke posisinya di belakang kelas. Sebaik sahaja Jay kembali ke belakang, rakan-rakan sekelasnya lantas mengerumuni meja Beryl dan bertanyakan hal yang berlaku. Beryl menceritakan hal tadi lalu ramai yang mulai mencemuh perbuatan Olaf.

"Olaf tu memang student paling teruk masalah disiplin dia. Ada yang kata dia pernah intip pelajar perempuan mandi. Teruk kan?" kata seorang.

"Ish,teruknya. Tak senonoh betul la dia tu," tambah seorang lagi.

"Itulah. Kami yang lain ni selalu dia buli jugak," sokong seorang pelajar lelaki dan turut dipersetujui oleh yang lain. Beryl turut sama tidak menyangka sikap Olaf sebegitu teruknya.

Setelah selesai kelas,Beryl mengemas semua bukunya lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Dia menunggu yang lain semua keluar,barulah dia keluar dari kelas dengan diikuti Jay yang setia menunggu di belakang.

"Bagaimana awak tahu dia ambil gambar masa tu?" tanya Beryl yang sedari tadi sudah tidak sabar-sabar hendak bertanyakan soalan itu pada Jay.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk sentiasa berwaspada pada apa yang berlaku di sekitar saya," jawabnya dengan wajah dinginnya.

"Are you an eagle?" Beryl memandang wajah itu dengan mendongakkan sedikit kepalanya kerana Jay lebih tinggi darinya.

"Yes and I need to be careful any time and get ready to hunt my prey."

Jay memandang tepat ke wajah cik mudanya. Mata amber gadis itu seakan mencuba menerobos masuk untuk melihat sepasang mata yang ditutupi oleh kacamata hitam itu.

Ketika menyedari bahawa sepasang mata yang tersembunyi itu sedang memandangnya dengan tajam,Beryl cepat-cepat melangkah keluar dengan hati yang berdegup kencang.

'Pandangan mata saja sudah dapat mematikan,apatah lagi kemampuan yang dia ada.'

Dia mengusap dadanya,mencuba untuk mengembalikan detak jantungnya yang berlari tidak keruan. Baru saja dia tiba di pekarangan luar kampus,Jay tiba-tiba menarik tubuh Beryl ke belakang sehingga gadis itu hampir saja terjatuh namun Jay memegang kedua-dua lengannya dengan kuat.

Dia memandang bodyguardnya itu dengan kebingungan sesaat namun setelah melihat sebuah pasu bunga besar terjatuh tepat di tempat dia berdiri tadi sebelum Jay menariknya ke belakang,kini dia faham kenapa Jay bertindak sedemikian.

Pasu bunga itu pecah berderai mengeluarkan segala isi tanah serta bunga yang telah hancur. Beryl mendongak ke atas untuk mencari siapa yang melakukannya namun tiada siapa yang kelihatan.

Tidak mungkin juga pasu itu memang diletakkan di situ padahal di tingkat atas adalah koridor pejalan kaki dan pasu bunga tidak pernah diletak di atas koridor.

"Biar saya yang periksa,cik muda. Anda jangan kemana-mana sehingga saya kembali,"arah Jay seraya berlari ke tingkat atas melalui tangga.

Beryl bahkan belum sempat hendak menghentikannya. Ketika Jay pergi, tiba-tiba seseorang mencekup mulutnya dari belakang dengan menggunakan kain lalu mengheret gadis itu ke sebuah tempat yang sunyi di belakang kampus.

Gadis itu meronta-ronta hendak melepaskan diri namun tubuhnya yang kecil tidak dapat menandingi kekuatan orang yang menariknya itu.

Dia berusaha hendak menjerit namun mulutnya ditutup rapat.

Blaus yang dipakainya sudah sedikit robek di bahagian dadanya akibat dari kesan hirisan pisau salah seorang antara mereka. Lelaki yang menyeret tubuhnya itu tertawa senang hati melihat gadis yang tidak berdaya itu.

Dia sudah mulai menangis ketakutan ketika mendapati tiga orang lelaki asing yang menyeret tubuhnya dengan kasar memandangnya penuh nafsu.

Beryl berusaha sedaya-upaya melepaskan tangan yang menekup erat mulutnya dan berjaya. Dia menjerit sekuat hatinya namun mulutnya kembali diserkup kuat sehingga dia hampir kehilangan nafasnya.

Dari tingkat atas,Jay terdengar jeritan yang sangat dikenalinya lalu dia bergegas berlari turun menuju ke arah suara yang didengarinya tadi.

Sepantas kilat Jay berlari menghampiri tempat arah suara yang didengarinya tadi dan kini dia berdiri di hadapan tiga orang lelaki yang sedang memegang kedua-dua tangan cik mudanya manakala seorang lagi menekup mulutnya.

Jay memandang mereka dengan bengis dan tangannya dikepal erat.

"How dare you bunch of filthy touch her!"

Jay menghampiri salah satu dari mereka lalu melayangkan penumbuk ke wajahnya. Lelaki itu terus terpelanting ke belakang kerana tubuhnya yang kerempeng bagaikan sudah berbulan tidak makan.

Tidak berpuas hati,lelaki kerempeng itu diangkat lagi lalu dihentam tubuhnya ke atas selonggok batang besi buruk di atas tanah. Lelaki kerempeng itu mengerang kesakitan.

Lelaki yang kedua pula maju hendak menumbuk rusuk Jay namun Jay lebih tangkas mengelak lalu dia menendang perut si keparat itu. Tubuh lelaki itu sedikit pendek dan kecil.

Lelaki itu terus tertunduk merintih kesakitan sambil memegang perutnya yang terasa senak. Jay membelasahnya cukup-cukup.

Melihat kedua-dua sahabatnya yang tewas,lelaki yang sedang menekup mulut Beryl itu berniat hendak cabut lari namun Jay terlebih dahulu menarik kolar bajunya sehingga lelaki itu hampir tercekik.

Jay melayangkan penumbuknya sekali lagi ke wajah lelaki yang sedikit gempal itu. Tumbukannya dilayangkan bertubi-tubi mengenai tubuh lelaki gempal itu sehingga lelaki itu tidak berdaya lagi.

Beryl yang melihat segala kejadian itu hanya mampu menutup matanya kerana tidak tahan melihat darah yang mengalir dari tubuh mereka yang telah dihentam oleh Jay tanpa belas kasihan.

"Cakap! Siapa yang arah kamu semua untuk buat benda ni?!" Jay menekan dada lelaki gempal itu dengan kasutnya yang hitam berkilat.

"O..Olaf.." jawab lelaki gempal itu sehingga terbatuk-batuk mencari nafas.

Jay menyeringai tajam. Tangannya mencapai sesuatu di balik jaket kulitnya lalu mengeluarkan sepucuk pistol kecil. Pistol itu diarah tepat ke kepala lelaki yang sedang terbaring lesu di bawah kakinya kini. Beryl yang melihat situasi itu segera menjerit nyaring.

"Jay! Stop!" Beryl berlari ke arah Jay lalu menahan lelaki itu daripada melakukan apapun yang ingin dia lakukan saat itu.

"Tolong hentikan. Kita balik saja."

"No! I won't let them get away!"

"Jay, tolonglah jangan buat hal. Biarkan saja mereka. Kita boleh serahkan mereka pada polis."

Jay mengetap rahangnya marah. Lalu tanpa amaran, tiba-tiba Jay mengacukan pistol ke dahi Beryl dengan wajah yang penuh kemarahan.

Riak terkejut dan ketakutan jelas terpancar di wajah cik mudanya. Kemudian tanpa kata,Jay langsung meninggalkan tempat tersebut menuju ke tempat parkir kereta. Sebelum berlalu,dia sempat melemparkan jaket kulitnya kepada cik mudanya.

あなたも好きかも

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · 都市
レビュー数が足りません
10 Chs

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · 都市
レビュー数が足りません
57 Chs