webnovel

big monster a.k.a big boss

" bos kau tu gila ke apa?" tanya ikwan kepada nazim sewaktu terserempak di dalam lift utama.

" saya pun tak pasti tuan ke-2.." nazim pun tak tahu nak cakap apa. perangai gila kerja dan gila ikran itu memang tidak akan berubah.

" masalahnya kalau dia seorang sahaja yang susah tidak apa..ni semua orang dikerahnya.." rungut ikwan. awal-awal dah dapat call dari boss besar nak dengar tentang perjalanan projek yang dikendalinya. apa jenis makhluklah abang sulungnya itu. orang lain cuti kahwin sebok ber honeymoon abangnya.. sebok carik pasal di pejabat. takkan tak dapat kut??

" ada tak boss besar cerita apa-apa pasal isterinya?" ikwan mula menyiasat. fia dah jadi busy body macam ikman pula.

" ishhh tuan.. saya tak pasti.. tapi rasanya semua okey.. cik puan pun tak bising." nazim tak berani nak komen lebih. tetapi lihat dari gaya ikran, semua macam berjalan lancar. kalau company besar ikran boleh handle apatah lagi rumah tangga. pasti kacang sahaja.

" dah tu.. kenapa dia tak duduk rumah?" ikwan sudah mula curiga.

" tuan ke-2 cuba tanya boss. mesti dia akan cerita. saya tak berani.." jawapan selamat nazim.

ikwan geleng kepala. nak tanya ikran?? hmm..esok jangan terkejut kalau tiba-tiba 5 projek mega berkapasiti sebulan selesai sampai tepat di mejanya. baik janganlah. big monster itu paling pantang di tanya perihal peribadinya.

akhirnya lift berhenti di level 32. pejabat big boss a.k.a big monster.

" okeylah.. semoga berhasil tuan ke-2.." nazim memberi ucapan maju jaya kepada bos ke duanya sebelum menghilang berlalu ke tempat lain. ikwan mengangguk.

" masuk.." suara ikran perlahan menyuruh masuk. kalau cara ketukan di pintunya itu beradap.. itu pasti ikwan tetapi jika ikman, dia takkan ketuk,terus terjah. marah 1000 kali pun ikman akan buat derk.

" bukan kau cuti ke long?" soalan pertama yang keluar dari bibir ikwan bila melihat wajah ikran.

" cuti.. " sepatah ikran menjawab. dia memang cuti cuma dia datang ke pejabat untuk memantau kerja mana yang belum selesai. kalau dia dalam bekerja,dia takkan datang lewat dan semua mesyuarat berskala besar akan dia selesaikan sendiri.

" nah ni laporannya.." ikwan menyerahkan folder di tangannya.

ikran mula meneliti. ikwan berjalan ke arah jendela luas di dalam bilik ikran. jelas pemandangan bandar k di hadapan matanya.

" wan.. ini next projek. fasa pertama dah selesai so.. fasa ke dua sahaja sebelum aku ambil alih sepenuhnya." ikran memberi satu fail baru untuk diteliti ikwan. ikwan mengambil fail yang di tangan ikran dan ingin berlalu sebelum ikran menahannya.

" pesan dekat umi suruh dia cepatkan urusan pembantu rumah." dalam mereka tiga beradik hanya ikwan sahaja yang menetap bersama umi dan abi mereka.

ku najah mula mengatur pembantu khas untuk cempaka setelah mendapat panggilan daripada ikwan. ada 5 semuanya. harap menantunya suka.

" nazri.. sediakan kereta. saya nak pergi rumah ikran." pesan ku najah pada pemandu peribadinya. dia tak tahu memandu.

" baik puan besar."

cempaka membuka pintu garaj kereta. ingin melihat kereta apa di dalamnya. namun apabila melihat isi didalamnya, cempaka berundur. dalam hatinya penuh dengan perasaan sedih dan teruja. kalau mustang denga mitsubishi dia taknak bawak. apatah lagi kereta mewah teramat mewah dan sangat mewah seperti tiga biji di dalam garaj itu. lakinya ini harap fia jadi pelumba ke??

"betul kot ni garaj kereta laki aku.. bukan garaj kereta jiran sebelah.." cempaka khawatir jua,mana tahu dia salah masuk garaj.

pon..pon.. ada bunyi hon di pagarnya. cempaka pantas berlari ke pagar apabila melihat alphard hitam bercermin gelap. pintu pemandu terbuka.

"puan.. saya pemandu ku najah." maklum nazri.

" sebentar." cempaka menekan butang open.

ku najah mencium kedua belah pipi cempaka. dalam suka bertemu menantunya terselit perasaan sedih atas perbuatan tidak bertanggungjawab ikran. adakah patut baru 2 hari bergelar suami isteri,ikran tinggalkan isterinya di villa ini sendirian.

" cempaka nak keluar?" tanya ku najah.

" iya umi.. nak pergi kedai perabot. abang pum dah bagi kebenaran.." kekok cempaka berbicara bersama umi mertuanya.

" owhh.. ini umk bawa maid untuk cempaka." umi memaklumkan tujuan kedatangannya.

cempaka melihat maid yang disediakan ku najah. ada 5 semuanya. 2 lelaki 3 perempuan.

" salam kenal puan. saya mario. saya ketua pelayan. puan boleh panggil saya butler mario." butler mario memperkenalkan dirinya.

cempaka mengangguk. dia memandang ku najah. teringat sesuatu.

" umi.. abang cakap selepas dua minggu baru ada maid datang.." maklum cempaka.

ku najah ketawa. kalau ikutkan dia mahu pilih pelayan terbaik dari yang terbaik untuk membantu melancarkan urusan rumah tangga kedua pasangan ini. cempaka cuma tumpukan perhatian untuk suaminya dan lahirkan cucu-cucu yang sihat untuknya. tetapi tadi dia dapat panggian dari ikwan yang anak sulungbya mahu pelayan secepat mungkin. secepat mungkin ikran itu pasti dalam tempoh 1 jam.

" umi risau cempaka tak boleh nak sesuaikan diri." alasan ku najah.

cempaka senyum.

" tapi 5 orang macam terlalu ramai umi. dalam villa ni cuma cempaka dan abang sahaja." benar. ramai-ramai orang gaji nak buat apa?

" takpe.. cempaka duduk diam sahaja.. lahirkan umi cucu secepat mungkin."

cempaka tersipu malu.

'ku najah.. saya masih dara lagi. anak umi tu pentingkan kerja dari isterinya.' namun hanya dalam hati sahajalah.

" owh.. umi jemputlah masuk. " cempaka mempelawa ku najah dan pelayan-pelayannya masuk.

次の章へ