webnovel

teknik menggoda.

selesai memberi tugas kepada pelayan barunya, cempaka mempelawa ku najah untuk shoping bersama diikuti seorang pelayan barunya.

" mari umi bawa ke kedai perabot yang umi selalu pergi.." ajak ku najah. teruja membeli belah bersama menantunya.

" mereka akan hantar terus ke rumah ke umi?" tanya cempaka menurut sahaja.

"iya.. dalam satu hari bekerja. "

" baguslah.. "

" cempaka nak buat apa dengan perabot ni semua? umi rasa dalam villa tu semua dah lengkap." ku najah meluahkan kemusykilannya.

cempaka pamer senyum.

" umi.. villa tu buat penghuninya terasa jauh.. terasa gelap je.. hiasannya kebanyakannya kelam." jujur cempaka.

ku najah ketawa penuh elegen. orang berstatus macam dia nak ketawa kuat terbahak-bahak nanti dikata tidak sopan. makanya ketawalah sesopan yang boleh.

" dulu umi dah bising dah.. umi siap cakap lagi.. villa ni rumah manusia ke sarang vampire.. tapi maaflah.. laki cempaka tu.. keras kepalanya.. allah sahaja yang tahu." cerita ku najah.

" iya umi.. hmm.. patutlah.." rasanya cempaka dah faham. pasti ramai yang mencu a mengubah suaminya namun buntu.

" takpelah umi.. harap abang suka dengan apa yang cempaka buat ni.."

"nah cuba baju ni. tengok.. okey ke tak?" ku najah menunjuk sehelai lingerie warna merah yang WOW.

selesai memilih perabot. pasangan menantu dan mertua itu mula membeli belah pula. sepanjang berdua-duaan dengan ku najah, tak kering gusi cempaka ketawa.. umi mertuanya memang terbaik. sayang anaknya tak mengikut sikap uminya. hearthless betul suaminya itu.

" malam ni bolehlah cempaka pakao baju ni.. pakai seksi.. biar terjojol mata ikran tu.. " suka ku najah membayangkan cempaka mengenakan pakaian itu didepan mata ikran. biar cepat sikit dia menimang cucu.

" ishh.. takpelah umi.." tolak cempaka. malu dia nak pakai. teringat peristiwa malam pertama. walau gagal.. namun ikran itu lelaki normal. nanti habislah keperawanan cempaka. hahaha

" meh sini umi share satu rahsia dan teknik menggoda suami. biar dia tergoda dan tak jemu dengan kita." ku najah sudah mula memberi tip 18sx nya. habislah cempaka.

memerah pula wajah cempaka. dia malu tapi mahu mendengarnya.

" pertama.. jangan kerap pakai seksi. sesekali sahaja. kalau selalu nanti suamk jemu. kedua pula beli seluar dalam yang seksi-seksi yang menggoda. pakailah jarang-jarang dan jangan simpan satu bilik.asingkan bilik lain dan terakhir.. jadilah diri sendiri. ikran ni genius. dia suka sesuatu yang mencabar dan mudah tercabar. sesekali jual mahal. sesekali kena ada fighting. dalam rumah tangga ni cempaka. jangan kita harap suami 100% sempurna. yang sempurna dimata orang sebenarnya banyak kekurangan di mata kita isteri ini. " ku najah akhiri katanya dalam nada perlahan. awalnya penuh semangat waja..akhirnya pula penuh kesalan. kesal kerana anaknya lebih dasyat dari suaminya. bukan senang nak puaskan hati suaminyaitu dahulu. begitu juga anaknya ikran. dia tahu pasti ada kesukaran di awal ini.

cempaka terharu. umi mertuanya seolah memahami dan memberi galakan untuknya dan yang pasti dia suka dengan teknik menggoda umi mertuanya.

" kalau cempaka ada sesuatu yang cempaka perlukan.. cepat-cepat call umi dan kalau ikran buat cempaka sedih.. call umi. umi piat telinga dia."

cempaka mengangguk. dia merapati ku najah. memeluk tubuh wanita itu.

" terima kasih umi percayakan cempaka."

次の章へ