Cahaya suci tiba-tiba memancarkan sinarnya dari tubuh Heidens. Pedang Darahviolet Linley mula bergerak lebih perlahan, bagaikan diperosokkan ke dalam lumpur. Pada masa yang sama, cahaya suci iaitu 'Kitab Cahaya' merembes dari tubuh Heidens dan berlegar-legar di atas kepalanya.
"Matilah kamu!" Laung Linley dengan wajah yang bengis. Walaupun kelajuan pedang Darahviolet sudah diperlahankan, tetapi ia masih tidak cukup perlahan untuk memberi peluang kepada Heidens mengelak.
"Tidak!" Heidens tetap berusaha untuk mengelak.
*Slash!*
Darahviolet menetak serong bahu Heidens. Separuh dari tubuh lelaki itu, termasuk kedua-dua belah kakinya terputus. Bahagian yang terputus termasuklah tangan kanannya yang sebelum ini memegang tongkat sakti miliknya. Tetakan Linley begitu berkuasa sehingga membuatkan tongkat saktinya terjatuh.
"Uggghhh!!!" Heidens meraung kesakitan.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください