webnovel

Ketibaan

編集者: EndlessFantasy Translation

'Formasi Pertempuran Enam Titik Utama' terganggu disebabkan oleh kemunculan Alam Betara, menyebabkan seluruh 'Formasi Pertempuran Enam Titik Utama' terputus. Bebe lantas membunuh pakar tahap Dewa sebaik sahaja formasi itu putus.

"Haha, mari kita mulakan pembunuhan."

Pelatih Haluan Kebinasaan, Tulily menjerit lantang dan setiap kali syamsir warna darah di tangannya bercahaya, pakar tahap Dewa ditetak sehingga mati.

"Bunuh!" Wajah Barker dan adik-adiknya, lima Pahlawan Abadi tahap Dewa begitu garang sekali. Mereka menjerit marah sambil mengayunkan kapak besar mereka lalu menetak pakar tahap Dewa berhampiran.

Ahli Sihir Agung Ilmu Ghaib, Zassler pula ketawa kejam lalu menggunakan serangan spiritual dan serentak mengarahkan mayat hidup tahap Dewa menyerang pakar tahap Dewa yang malang dari pihak Gereja Cahaya. 'Mati… mati… bukankah kamu semua sangat suka membunuh 'pagan'? Matilah kamu semua.'

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ