webnovel

Janggalnya…

編集者: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menarik nafas lega apabila menyedari orang itu hanya Tang Qing. Reaksi terkejut Su Qianci turut memeranjatkan Tang Qing.

Tang Qing yang kelihatan malu tersenyum dan berkata, "Saya cuma nak pastikan kamu okey. Kamu rasa tak sihatkah?" Dia tidak menyangka Su Qianci akan ketakutan. Lebih memalukan lagi, Su Qianci takut disebabkan wajahnya.

Su Qianci turut berasa agak malu dan terbatuk kecil. "Saya okey. Terima kasih, Cik Tang."

Riak wajah Tang Qing kembali bersahaja dan dia mengangguk dengan lemah-lembut. "Baguslah."

Perasaan malunya dibiarkan sahaja. Dua lelaki di belakang Tang Qing yang mengikutinya turut berasa agak hairan.

Tang Qing berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku. "Kali ini kami tak berjaya menangi bidaan itu. Saya tak sangka Encik Li sangat tekad seperti abangnya. Kami belum mampu untuk lima kali ganda harga asal. Selepas ini kami akan lebih bersedia. Atau mungkin kita akan berpeluang untuk bekerjasama di masa hadapan," kata Tang Qing lalu menghulurkan tangan.

Su Qianci bangun lalu menyambut tangannya sambil tersenyum. "Saya tunggu."

Mereka hanya mengucapkannya sebagai tanda beramah-mesra. Senyuman Tang Qing bertambah lebar dan dia berkata dengan lembut, "Maafkan saya, saya minta diri dulu."

"Saya rasa kurang sihat, jadi saya akan duduk di sini. Jumpa lagi."

Tang Qing mengangguk lalu berjalan ke arah lif. Sebaik sahaja membelakangi Su Qianci, senyumannya terus hilang. Dia mengetap gigi sambil menggenggam tangannya.

Su Qianci!

Tang Qing menekan butang lif lalu masuk ke dalam. Kemudian dia memandang salah seorang lelaki yang mengikutinya. "Kamu dah jumpa dia?"

"Belum lagi. Saya dengar orang gaji yang lepaskan dia tanpa sebarang dadah atau peralatan suntikan." Lelaki itu melihat jam pada telefon bimbitnya dan berkata, "Dia patut dah balik sekarang."

Tang Qing tersenyum sinis. Lif itu berhenti dan serentak itu juga, telefon bimbit Tang Qing berdering.

"Cik Tang, saya dah jumpa dia. Pemberhentian dadah dah beri kesan dan dia dalam kesakitan. Kami jumpa dia di tepi jalan, dia terpaksa kembali sendiri."

"Okey, bagi dia dadah itu, tapi bagi sedikit sedikit dalam satu masa. Jangan beri dia terlalu selesa. Biar dia tahu apa akibatnya cuba larikan diri," kata Tang Qing lalu ketawa dengan kejam. "Aku akan balik sekejap lagi. Tunggu aku sampai."

"Baik, Cik Tang."

Selepas menyelesaikan urusan bidaan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada Su Qianci, Li Jinnan pergi ke tandas.

Li Jinnan sedang menghisap rokok sambil berdiri di tempat buang air. Ketika hampir selesai, kedengaran bunyi kasut tumit tinggi semakin hampir dengannya.

Li Jinnan mendongak dan melihat seorang wanita yang menghampirinya dengan wajah kemerahan. Wanita itu berjalan terhuyung-hayang dan sendawa. Sekali pandang Li Jinnan sudah tahu wanita itu sedang mabuk. Li Jinnan memalingkan wajahnya dan menzip seluarnya selepas selesai membuang air. Tanpa menghiraukan wanita itu, dia memadam rokoknya dan terus berjalan ke sinki.

Tetapi nampaknya wanita itu tidak mahu membiarkannya sahaja dan terus terjatuh ke atas Li Jinnan. Li Jinnan yang tidak sempat mengelak terus dihempap tubuh itu. Matanya kelihatan menunjukkan perasaan jijik. Dia menolak wanita itu, tetapi wanita itu kemudiannya terus memeluknya dengan erat!

"Abang Luo'an…"

次の章へ