webnovel

Pertemuan Romantik Li Jinnan

編集者: EndlessFantasy Translation

"Hei…" Gadis yang berkelakuan pelik itu memakai baju Lolita berwarna biru. Dia kelihatan masih muda dan mempunyai rambut panjang yang sudah kusut-masai ketika itu. Jambul pepatnya yang beralun pada wajahnya yang putih menambahkan kecantikannya. Kolar bajunya terbuka luas dan mendedahkan lurah payu daranya. Ia tidak besar, tetapi menggoda kerana kelihatan segar. Penampilannya akan dapat menggoyahkan hati mana-mana lelaki.

Malangnya lelaki yang ditemuinya ialah Li Jinnan. Li Jinnan merupakan bekas tentera dan tidak pernah menyentuh mana-mana wanita sepanjang hidupnya, tetapi darah keluarganya amat kuat. Tiada seorang pun ahli keluarga Li yang suka bermain perempuan, begitu juga dia. Ketika ini dia hanya berasa jijik. Dia menolak gadis itu dengan riak wajah berang dan memberi amaran dengan nada dingin, "Berambus!"

Sebaik mendengar kata-katanya, gadis itu terus menangis lalu memeluk Li Jinnan tanpa mahu melepaskannya. "Jangan, jangan… Abang Luo'an, jangan halau saya."

Li Jinnan menutup matanya dengan marah lalu menolak gadis itu dengan kasar. Kemudian dia terus keluar dari tandas itu.

Tetapi gadis itu terus menangis dengan kuat sambil menjerit, "Kenapa kamu buat begini… Saya tuning kamu… Kenapa kamu tak… Kenapa… Kamu lebih sanggup… terima perempuan Ye Caili itu… dan tak mahukan saya…"

Lelaki lain yang berada di situ memandang Li Jinnan dengan hairan apabila mendengar jeritan itu. Li Jinnan tidak berpaling ke belakang dan terus berjalan ke dewan tempat Su Qianci berada. Namun dia terserempak dengan seorang lelaki lembut dengan rambut berfesyen yang memakai solekan, sut harimau bintang merah jambu dan sehelai skarf di lehernya. Lelaki lembut itu menjerit dengan penuh risau, "Ye Youyou, Ye Youyou, mana kamu pergi! Lari keluar begitu saja dalam keadaan mabuk. Teruk betul!"

Li Jinnan mengangkat sebelah keningnya apabila mendengar kata-kata itu. Lelaki lembut itu ternampak Li Jinnan dan matanya terus bersinar. Dia bertanya, "Hai, hensem. Ada nampak seorang gadis kolej yang memakai baju biru? Rambutnya kuning, kulitnya sangat cerah, tingginya…"

"Tandas lelaki." Belum sempat lelaki itu menghabiskan penerangannya, Li Jinnan menjawab dengan dua patah perkataan lalu terus berjalan pergi.

Lelaki lembut itu merenung belakang Li Jinnan lalu mengetap bibirnya dan kelihatan terpesona. "Oh Tuhan, kacaknya… Hei!" Dia segera tersedar tujuan asalnya. "Okey, tandas lelaki! ye Youoyou, keluar!"

...

Li Jinnan kini mempunyai vilanya sendiri. Selepas menghantar Su Qianci pulang ke rumah lama, dia memandu pulang ke rumahnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam ketika Su Qianci tiba di rumah lama. Tiga orang kanak-kanak itu telah tidur, tetapi Kapten Li masih menonton TV di ruang tamu. Selepas hampir empat tahun berlalu, ubannya kini telah semakin banyak. Pemikirannya yang tajam masih dapat dilihat pada mata tua lelaki itu. Tetapi Li Xuan sentiasa melayan anak-anak dan cucu-cucunya dengan baik.

Sebaik melihat Su Qianci pulang, dia terus melambaikan tangannya. "Qianqian, mari sini."

"Atuk." Su Qianci duduk di sebelah Kapten Li. "Kenapa Atuk belum tidur? Dah lewat ni."

次の章へ